Maruah Islam yg tidak dibela- bacalah dengan HATI

January 23, 2009

jihad

Masanya sudah tiba untuk kita bangun drpd tidur yg panjang! Cukuplah kezaliman dan penghinaan yang dilakukan ke atas umat  Islam.Cukuplah maruah dan harga diri kita diragut secara rakus oleh musuh-musuh Islam. Saban hari,darah saudara-saudara kita tumpah ke bumi baik lelaki ,wanita,dan kanak-kanak . Nyawa mereka menjadi terlalu murah. Mereka mati dlm keadaan yang perit,pedih dan tersiksa kerana pembelaan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

            Lihatlah penderitaan dan perjuangan saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan ,Chechnya, Kasymir dan di lain-lain tempat.Musuh-musuh Islam menyerang dan membunuh mereka dari segenap penjuru.Tetapi lihatlah semangat dan keberanian mereka.Walaupun tanpa kelengkapan dan persenjataan yang sempurna,mereka tetap bangun melawan,diri mereka dijadikan perisai demi mempertahankan Islam dan maruah diri.

            Peristiwa yang mengerikan ini bukanlah suatu cacatan sejarah silam atau cerita novel.Ia berlaku di zaman kita,di depan mata kita,ketika kita masih hidup lagi! Tetapi,kita hanya melihat dan berpeluk tubuh! Alangkah besarnya dosa kita kerana kita membiarkan saudara kita dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa.Malah kita bersenang-lenang,sibuk dengan dunia sendiri dan sibuk memuaskan keinginan nafsu dan isi perut.Sedangkan kita seharusnya turut merasai penderitan mereka dan melakukan apa saja dan terdaya untuk membela maruah umat Islam.

Sabda Rasulullah saw:

Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling kasih sayang,cinta-mencintai dan kasih-mengasihi ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,maka bahagian anggota lain juga merasa sakit dan tidak dapat tidur malam (kerana sama-sama menanggung kesakitan).”                                                      (Bukhari dan Muslim)

            Malang sekali, dikebanyakkan negara umat Islam, yg kaya raya dan mewah, yg pemerintahannya terdiri drpd kalangan yg mengaku beragama Islam, mereka tidak melakukan apa-apa dan lebih malang lagi menyokong dan bersekongkol dengan mereka yg memerangi umat Islam. Ini berlaku kerana mereka sendiri adalah manusia yg tidak ada maruah dan nilai Islam dalam diri. Apalah yg boleh diharapkan daripada orang-orang yg mabuk dengan dunia, menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya, menjadikan negara Kafir sebagai kiblat dan tempat punca rezeki negara dan langsung tidak ada kesedaran untuk menegakkan, meninggikan dan mempertahankan kesucian agama Allah. Malah, mereka menjadi alat kepada pihak kuffar untuk menjayakan agenda mereka, untuk menjahanamkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka ini adalah dikategorikan oleh Allah sebagai orang fasiq, zalim dan munafik.

            Lihatlah dunia disekeliling kita hari ini. Kemungkaran dan kezaliman semakin berleluasa. Kemungkaran paling besar ialah tidak melaksanakan syariat Allah dan menyembah berhala-berhala moden seperti kebendaan,menguna pakai undang-undang ciptaan manusia, pangkat, kemasyhuran, kehendak nafsu dan syaitan.Ini adalah syirik yg perlu diperangi dan ditentang habis-habisan kerana ia akan meragut dan membahayakan iman umat Islam.

            Dalam masa yg sama, manusia-manusia yg sombong dan angkuh ini, tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada peringatan dan ancaman Allah. Walau pun gempa bumi menggegar dan menelan beribu-ribu malah berbelas-belas ribu manusia, dan ribut taufan memusnahkan segala apa yg dibina,penyakit yg pelik-pelik timbul sejak akhir-akhir ini, tetapi mereka masih engkar dan takabur. Bahkan, mereka masih berani melanggar hukum Allah secara terang dan nyata, menghinanya, menghina sunnah Rasulullah saw, para ulama’ yg soleh dan para da’ie yg mengajak manusia kembali kpd Allah. Malah merekalah yg bersungguh-sungguh mengadakan program-program mungkar, mempertahan dan membela para pendokong kemungkaran.

            Lihatlah kesannya kpd masyarakat. Gejala kerosakan akhlak, hedonisme(keseronokan dan hiburan), krisis aqidah, Black Metal dan sebagainya turut berlaku. Kononnya  mereka menyeru kepada kemajuan, kemodenan dan kecemerlangan hidup, sebaliknya apa yang berlaku adalah amat menyedihkan.

            Apa erti kemajuan jika dimurkai Allah? Disebabkan sikap hipokrit dan kejahilan mereka itulah, orang–orang  bukan Islam semakin berani untuk menghina Islam. “Jika mengamalkan Islam dalam negara, bermakna memusing jarum jam kebelakang. Islam bukan agama kemajuan.” Jangan hairan perkataan biadap ini telah dikeluarkan oleh orang bukan Islam secara terang dan nyata dihadapan umat Islam. Di mana maruah dan harga diri umat Islam? Di mana kekuatan mereka? Mengapa Allah membiarkan mereka dilanyak dan dihina musuh?

            Sedarlah wahai umat Islam! Jangan biarkan musuh-musuh Islam terus meratah dan membakar tubuh saudara Islam kita hidup-hidup. Jangan biarkan mereka terus menghina dan memijak-mijak kemuliaan dan ketinggian Islam. “ Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” Sesungguhnya hanya amal jihad yg dapat membebaskan ummah dari segala kemelut ini.

            Firman Allah swt yg bermaksud;

Orang-orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadaNya, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi di dalamnya kesenangan yg kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yg besar.” (at-Taubah :20-22)

            Jika kita takutkan Allah dan beriman dengan hari akhirat, kita harus menggembelingkan seluruh kekuatan, pemikiran, tenaga, harta bahkan titisan darah untuk membela agama Allah. Jangan kita takut dan gentar kepada apapun di dunia ini kerana kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan bahagia yg hakiki lagi abadi. Apakah kita takut ancaman manusia lebih dari ancaman Allah? Apakah akibatnya nanti jika kita meninggalkan amal jihad, mendiamkan diri apabila agama Allah dan nabi dipermainkan? Bagaimana kita mahu mengaku umat Nabi saw jika kita tidak bangun mempertahankannya? Sedangkan para sahabat sanggup menjadikan belakang mereka sebagai perisai untuk mempertahankan Nabi saw daripada anak panah musuh terus menusuk ke tubuhnya.Kita mempunyai cita-cita besar(masuk syurga) tetapi tidak diikuti dengan usaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang yg tidak mahu mencapai ketinggian.

Firman Allah swt yg bermaksud:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada lagi fitnah dan ( sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka.” (al-Baqarah: 193)

 Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam wasiatnya pernah berkata :

“Wahai kamu umat Islam! Kamu telah tidur begitu lama, cukup lama untuk pemerintah zalim menguasai kamu. Kamu rela hidup sebagai hamba dan menundukkan diri kpd mereka. Kini, masanya telah tiba untuk bangkit dan menghancurkan rantai-rantai perhambaan. Jihad itulah hidupmu, maruahmu dan kewujudanmu bergantung padanya (dengan kuasa Allah).”

“Wahai kamu, pendakwah Islam! Kamu tiada nilai dibawah mentari melainkan kamu berjihad dan menghancurkan pemimpin zalim, kuasa kuffar dan mereka yg bersalah. Carilah kematian dan kamu akan diberi ganjaran kehidupan.Jangan sekali-kali tertipu dengan syaitan atau dengan impian palsu. Jangan sesekali menipu dirimu dengan kitab-kitab yang kamu baca atau amalan-amalan tambahan yang kamu lakukan. Jangan sekali-kali menyibukkan dirimu dengan tugas-tugas mudah dan meninggalkan penyelesaian yg susah (jihad).”

Akhirnya renungilah pesanan Saidina Umar al-Khattab ra kepada Panglima Saad bin Waqaas:

“Adapun sesudah itu, maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada orang-orang yg bersamamu dari para tentera(pejuang), agar bertaqwa kpd Allah swt kerana bertaqwa kpd Allah itu persiapan yg utama untuk menghadapi musuh Allah dan ‘strategi terkuat’ dalam peperangan. Dan aku perintahkan kepadamu dan pejuang yg bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu, kerana dosa pejuang itu lebih menakutkan daripada musuh kamu. Dan sesungguhnya kaum muslimin itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah. Seandainya bukan kerana itu maka kita; tidak mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka seperti jumlah dan kelengkapan mereka. Apabila kita sama dengan mereka dalam maksiat maka mereka mempunyai kelebihan atas kita dalam hal kekuatan. Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita, maka kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.”

            Hidupkanlah jiwa dengan perasaan cinta untuk mencapai kemuliaan hidup atau mati syahid. Kuatkan iman dan amal, buangkan perasaan cinta kpd dunia, maralah ke hadapan dengan keberanian dan tawakkal kpd Allah. Janji Allah pasti benar. Jangan ragu!

Regards,

Mohd Hisham Ghazali (Ikhwan KIDI)

 


Ahlan Ya Sanah Jadidah 1430h/2009

January 9, 2009

Selamat tahun baru untuk semua. Rasanya masih belum terlambat untuk mengungkapkannya memandangkan peralihan tahun baru sahaja bermula. Saya sendiri menjadi agak renggang dengan dunia penulisan blog untuk masa-masa mutaakhir ini. Apa pun, saya tetap dan masih disini untuk bersama sahabat-sahabat maya sekelian bagi mengutip mutiara-mutiara hikmah yang segar dan mewangi. Biarlah sedikit tetapi istiqamah. Persoalan istiqamah adakalanya menjadikan laman blog ini agak suram, seolah-olah saya sendiri menjadi ketandusan “energy” untuk mengungkap ayat-demi ayat. Mungkin kesuraman ini perlu disirami dan dibajai dengan ruh insani yang sentiasa gagah dengan maarifat Ilahiyah yang suci.

Bumi Palestin Berdarah Kembali

Tiada apa yang lebih memilukan untuk menyambut kedatangan Muharam melainkan meratapi pembantaian secara rakus oleh regim yahudi laknatullah keatas umat Islam Palestin. Luka dan duka mereka adalah luka dan duka kita jua. Walaupun tidak atas nama keagamaan, keegoan negara Israel telah melampaui norma-norma peradaban kemanusian moden yang tidak dapat dimaafkan.

Saya hanya mampu mengeluh dan menangisi nasib mereka. Jiwa merasa tidak tenteram kerana takut nanti diakhirat kelak, persoalan ini akan dibangkitkan kepada saya kerana saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu untuk membuat sesuatu untuk menggerak seluruh jasad ini ke medan itu bersama mereka. Ampunkanlah dosa-dosa ini tuhanku. Aku  hanya mampu berdoa dan memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Semoga warga Palestin akan sentiasa di rahmati dan di lindungi oleh Allah.

Azam Tahun Baru

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan demi kekuatan untuk mengharungi detik-detik kehidupan yang lalu sehingga saya dapat melalui hari ini dengan seadanya. Pun begitu masih banyak lompong-lompong kecacatan perlu diperbaiki dan diperkemaskan agar kejahilan-kejahilan silam dapat diatasi.

Azam adalah niat. Dalam ilmu pengurusan moden ianya disebut sebagai objektif ataupun matlamat. Sesuatu organisasi perlu meletakkan objektif,misi dan misi untuk menggerakkan halatujunya. Tanpa ini semua, organisasi yang bergerak akan menjadi organisasi yang caca merba.

Begitu jualah diri kita ini yang perlu diorganisasikan dengan sebaiknya dengan meletakan azam/matlamat/misi/visi yang jelas agar haluan perjalanan hidup tidak tersasar dan menjadi lebih bermakna.

Tidak perlulah untuk saya menceritakan apakah azam baru saya untuk tahun kehadapan ini, tetapi cukuplah untuk saya berkongsikan dengan sahabat sekelian bahawa saya telah meletakkan dua jenis azam. Azam tersebut ialah azam untuk matlamat pembangunan fizikal/material dan juga azam untuk matlamat pembangunan spiritual/kerohanian.

Isyarat Awal Menjadi Ayah

Saya memanjatkan kesyukuran berganda untuk perkhabaran gembira ini. Zaujah saya telah disahkan mengandung untuk anak kami yang pertama. Penantian selama 3 tahun perkahwinan akhirnya termakbul jua.

Ini bermakna, saya perlu menggandakan persediaan dari segala aspek seperti kewangan, emosi dan lainnya. Apa yang lebih utama adalah factor kesihatan saya dan juga zaujah. Allah lebih mengerti dan memahami apa yang telah dan akan dikurniakan untuk hamba-hambanya. Semoga tahun 2009/1430 yang baru mendatang ini akan memberikan lebih makna dan nilai dalam pengembaraan kehidupan seterusnya.MR.

 

 


سنة حلوة يا جميل

November 5, 2008

dsc02255

Tazkirah & Muhasabah Ulangtahun ke 30 Untuk Diriku Yang Hina & Faqir

Saya menerima email dengan tajuk tarikh keramat dari seorang sahabat. Tiada apa yang keramat. Cuma terkenang balik detik 30 tahun yang lepas yang mana Allah telah mengizinkan saya untuk lahir buat kali pertama ke dunia ini. Kelahiran ini adalah misi kembara ruh ke alam dunia dengan pinjaman pakaian alam ajsam/jasadi. Potensi dan rahsia roh tetap tersimpan rapi di dalam qalbi yang diliputi pakaian alam jamadat dan nabatat. Roh yang telah maarifat kepada Allah di alam lahut sebelum ddilahirkan kedunia akan mengharungi ujian keduniaan yang mempunyai tarikan graviti dari unsur nafsiah,insaniah dan syaitaniah.

Kembara menuju kelahiran yang kedua

Aqidah Islamiyah mengharamkan kita untuk mempercayai irkarnasi (kelahiran semula) seperti mana yang di percayai oleh penganut hindu dan buddha. Mereka percaya bahawa roh mereka pernah dilahirkan satu masa dahulu dan dilahirkan semula pada masa kini ataupun mereka juga percaya bahawa mereka akan dilahirkan semula pada kelahiran masa hadapan.

Aqidah Islamiyah juga mengharamkan kepercayaan tanasukh ruh seperti mana yang dipercayai oleh aliran syiah atau pun aliran-aliran tarekat yang sesat. Mereka percaya bahawa roh manusia boleh berpindah-pindah dari satu jasad ke jasad manusia yang lain serta memberi pengaruh ke atas jasad tersebut. Sebab itu di dalam bidang perubatan tradisional dan perbomohan, aktiviti “menurun” adalah syirik dan haram.

Manusia yang lahir ke dunia akan melalui satu fasa ghaflah(lupa dan lalai) terhadap penciptanya. Ghaflah ini akan mengakibatkan potensi roh yang asalnya bersifat fitrah, suci dan bersinar (maarifat) akan pudar bilamana titik-titik hitam dan noda-noda dosa membaluti qalbi (hati) dengan zulumat(kegelapan). Bermula dari point inilah setiap manusia wajib melalui proses pembersihan semula jiwa (tazkiyatun nafs) agar kesucian maarifatullah tetap terpelihara. Maka maksud sebenar kelahiran semula untuk kali yang kedua yang perlu difahami di sini ialah kelahiran kembali ruh kita dalam konteks dan erti kata bersih, suci dan bersinar dari unsur-unsur syirik, asyik dan jelira terhadap kasih sayang tuhan, sentiasa maarifatullah dan tidak ghaflah dan pandangan hati kita terus tembus ke hadrat Allah tanpa ada hijab dan penghalang ( syuhudiah ).

Hakikat Roh

Mengenang dan menhitung perkiraan tahun untuk umur adalah kerana kita terikat dengan relatif duniawi sedangkan hakikat ruh tidak begitu. Harun Yahya dalam hurainya telah menjelaskan tentang konsep keabadian masa yang mana hakikat ruh tidak mempunyai ruang, waktu dan tempat yang khusus. Tetapi oleh kerana keterikatan dengan perjanjian umur dunia, roh telah dibebankan dengan pakaian alam jisim/jasadi dan terpaksa memikul bebaban syariah untuk ditunaikan.

Ruhiyah dalam Tanggungjawab Khalifah dan Ubudiyah

Setiap manusia majib bermaarifat kepada Allah dalam konteks melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tuntutan bermaarifat ini adalah tuntutan rukun agama yang ketiga iaitu ehsan. Rasulullah menjawab tentang ehsan apabila ditanya oleh penghulu malaikat (Jibrail) bahawa ehsan itu ialah kamu beribadah dengan melihat Allah tetapi kalau kamu tidak melihatnya yakinlah bahawa Allah melihat kamu.

Mengapa kita solat tetapi masih melakukan perkara keji dan mungkar sedangkan Allah berkata “Solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar”. Sebab itu penyempurnaan rukun yang 13 itu adalah penyempurnaan dari rukun iman dan islam, tetapi mungkin belum disempurnakan dari aspek penyempurnaan rukun ehsan.

Penyempurnaan Rukun Ehsan

Penyempurnaan rukun ehsan di perbahaskan dengan pelbagai kaedah kerana ianya berorientasikan sifat-sifat ruhiyah. Allah telah menggariskan dengan cantiknya panduan untuk manusia bagaimana untuk menggapai hakikat ehsan. Ianya diungkap dalam bentuk mujahadah nafsu untuk menyucikan kembali jiwa-jiwa yang ghaflah. Walau apa juapun jalan yang dipilih, pastikan ianya seperti yang di sarankan oleh Al Quran dan As sunnah.

Segala tuntutan syariah seperti solat, zakat, puasa, haji, dakwah & jihad, jika dilakukan dengan penuh keikhlasan akan menghasilkan maarifatullah yang hebat. Cuma mana persoalannya, bila soal kemanisan ehsan belum dapat di capai di dalam manhaj ibadah ini, mungkin persembahan ubudiyah kita kepada Allah masih bercampur dengan jiwa yang tercemar dan tidak sakinah. Inilah tujuan tazkiyatun nafs dalam menggapai kesempurnaan rukun ehsan.

Untuk memenuhi tuntutan ini mengikut selera harakiyah, bacalah buku2 seperti Bahtera Penyelamat(Mustafa Mashyur), Hikam Syarah Said Hawa (perbahasan tasauf tauhid untuk haraki) dan menadahlah kitab-kitab yang lain dari guru yang arif seperti kitab minhajul abidin ( Imam Al Ghazali), hikam ( Ibn Athaillah Al Askandari), penawar bagi hati dan sebagainya. Adalah lebih aula untuk mencari guru-guru yang arif sebagai mursyid untuk membimbing jalan ke manhaj ruhiyyah. Muliakan mereka dan muliakan jalan ibadah, dakwah & jihad kita dengan keberkatan ilmu ulama’-ulama’ yang mukhlis, bukan dengan manhaj yang dibuat-buat dengan bimbingan nafsu dan ammarah.

Selamat Ulangtahun Hari Lahir!


Catatan Idulfitri :١٧ شوال

October 17, 2008

 

Senyuman & Ketawa Adalah Penawar Hidup

Suasana Oktober 1993 bagi insan seperti saya pada waktu itu adalah masa-masa yang kritikal dan mendebarkan. Waktu itu adalah musim peperiksaan PMR.

Saya telah menerima sekeping poskad “by-hand” yang dititipkan dari seorang rakan sekelas dengan kata-kata semangat seperti yang tertera di atas. الحمدلله, kata-kata tersebut telah memberikan saya satu inspirasi dan semangat kekuatan yang luar biasa bagi menghadapi saat-saat yang mendebarkan seperti PMR ini.

Kata-kata yang dititipkan adalah kata-kata yang biasa yang sesiapa sahaja boleh mengungkapkannya tetapi bagaimana ianya menjadi suatu azimat yang bermakna itulah apa yang cuba saya jelaskan. Saya dapat merasakan keihklasan, kemesraan dan ketulusan persahabatan terkandung didalam roh kata-kata itu yang diolah dalam bentuk yang menyegarkan pada sekeping poskad dengan kecerian gambar pemandangan disebaliknya dan yang lebih bermakna ianya telah dihantar pada waktu yang tepat, di waktu ketika mana saya memerlukan kekuatan semangat dan sokongan moral. Itu cerita 15 tahun dahulu. Terima kasih sekalung budi wahai sahabat.

Persahabatan Perlu Kreatif

Selain menjaga adab-adab persahabatan dan megetahui hak-hak persahabatan, kita perlu bersifat kreatif dalam apa jua suasana persahabatan agar jalinan ini tidak menjadi hambar. Persahabatan yang diumpamakan seperti cermin kepada diri kita perlu di pupuk dengan suasana yang kreatif. Mengenali seseorang sahabat tidak cukup hanya sekadar mengenalinya secara luaran atau fizikal. Cubalah juga unutk kita mengenalinya seperti dia adalah diri kita yang kedua, mengenali segalanya dari aspek zahiriah dan batiniyah.

Tiga perkara asas dalam pembinaan perhubungan seperti mana yang di gariskan oleh As Syahid Imam Hassan Al-Banna ialah :

  1. Taaruf – Berkenalan
  2. Tafahum – Memahami
  3. Takaful – Tolong menolong/Imbang mengimbangi.

Saya percaya bahawa jika ketiga-tiga asas ini dapat dihazam dan dijiwai, kita akan dapat menuai hasilnya dalam bentuk keindahan ukhuwah dan aspek taawun akan berlaku dalam suasana yang harmoni. Kekreatifan kita dalam membentuk persahabatan memerlukan sedikit pengorbanan dan cubalah sedaya upaya untuk bersifat “memberi” daripada banyak mengusulkan perkara-perkara “meminta”.

Apa Maksud Sebuah Persahabatan

Salah satu antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah kelak ialah dua orang lelaki(sahabat) yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah juga kerana Allah.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memenuhi kepentingan peribadi diri sendiri, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Kesimpulan

Nenek pernah berpesan. Carilah kawan atau sahabat yang baik kerana sebahagian besar peribadi kita adalah terkesan dari pengaruh kawan dan sahabat. Kalau bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan mendapat kesan wanginya. Kalau bersahabat dengan penjual ikan, kita juga akan terkesan dengan bau ikannya (bukan mengatakan penjual ikan itu hina, sekadar kiasan).

Untuk sahabat-sahabatku sekelian. Maafkan daku kerana belum sempurna menjadi sahabatmu yang baik. Masih banyak hak-hak kalian yang belum dapat ku laksanakan dengan sempurna. Untuk kalian, sekalung penghargaan kerana telah menjadi sahabatku yang baik dunia dan akhirat.


Penyakit ‘aku hebat’

August 18, 2008

Ulasan Ringkas Dari Saya :

Saya membaca artikel ini daripada tabloid Harian Metro, Ahad semalam. Menghalusi artikel ini menjadikan ianya tidak lari dari tajuk perbincangan yang pertama di dalam kitab Hikam Ibnu Athaillah Al Askandari.

Dalam posting kali ini, saya tidak mahu mengulas panjang, sekadar memanjangkan buah tangan tulisan Ustaz Zaharuddin untuk renungan kita bersama. Tokku pernah berpesan bahawa sifat “aku” tidak boleh di aplikasikan dalam kehidupan kerana ianya mewarisi 2 sifat keakuan yang berbeza.

“Aku” yang pertama ialah sifat ananiyah syaitan yang mana syaitan telah mengaku tiada yang lebih hebat melainkan dia. Keengganan syaitan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana keegoaan sifat “aku” yang menyatakan dia lebih mulia dari adam kerana adam dari tanah dan dia dari api.

“Aku” yang kedua sifat keakuan yang datang dari sifat ketuhanan. Manusia selaku hamba diharamkan untuk menggunakan gelaran “aku” seumpama ini kerana ianya merupakan syirik yang besar dan menyesatkan. Inilah yang telah berlaku kepada Firaun apabila menyebut “Akulah tuhan sekelian kamu yang paling tinggi”.

Petikan dari Harian Metro :

CABARAN dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan.

Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)

Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: “Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid.”

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu.

Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT.

Ada yang terdetik: “Aku hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam,” sedangkan dia lupa ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya.

Dahsyatnya aku, sibuk betul. Lagi detikan hati: “Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah… hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini.”

Ada yang berasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang daripada berasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa daripadanya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah dia terlupa dek keghairahan memuji dirinya, ada ramai lagi yang lebih sibuk daripadanya dalam hal dakwah, malah lima hingga enam ceramah setiap hari.

Malah, ada yang jauh lebih sibuk daripada berceramah seperti mereka yang berjuang dalam penulisan kitab selama 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, ramai yang berjuang, namun bukan sekadar memberi ceramah tapi sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti ceramah itu, sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan.

Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat umat daripada sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahlah ia sedikit, malah perasaan sebegini menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah SWT. Inilah nasihat buat saya dan rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.

Sabda Nabi bermaksud: “Dua perkara yang sesiapa dapat memperolehnya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.

“Iaitu sesiapa yang melihat mengenai agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang yang kurang daripadanya sehingga dia memuji Allah atas nikmat yang diperolehnya.” (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun, malang bagi ramai yang mengamalkan hadis ini tetapi secara terbalik. Dalam hal dunia, sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu daripada segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk daripadanya, lalu menganggap dirinya lebih baik, seperti berkata: “ala, orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ (sekurang-kurangnya) solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu.”

Paling alim

Selain daripada itu, ada yang terdetik: “Akulah antara yang paling alim dan paling mendalam.” Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.

Sedangkan terleka daripada firman Allah SWT, ertinya: “…dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui.” (Yusuf: 76)

Ini yang menjadikan Khalifah Umar al-Khattab berkata: “Semua orang lebih faham daripada Umar al-Khattab.” (Tafsir Ibn Su’ud, 6/276)

Ini yang disebutkan oleh Ibn Qayyim, ertinya: “Di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, ada pula mereka yang lebih mengetahui daripadanya sehingga tamat pada ilmu Allah SWT, dan yang sempurna dalam ilmu tidak lain selain Allah.” (Zad Al-Masir, 4/262)

Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.


MASA

August 12, 2008

Masa terus berlalu dan saya masih disini, seperti ini. Seakan-akan tiada apa. Terlalu banyak ruang masa dan waktu telah memintas kedudukan saya. Saya terpaksa mengakui bahawa diri ini terlalu kerdil dan lemah untuk memintas ruang-ruang waktu yang ada. Semuanya singkat bahkan terlalu singkat. Umur pinjaman Tuhan ini juga terlalu singkat. Terlalu singkat untuk menghapus dosa-dosa silam. Terlalu singkat untuk melakukan kemaarufan berganda. Terlalu singkat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa.

Kadangkala saya menjadi bingung. Sibuk sangatkah saya ini sehingga segalanya dirasakan singkat, seolah-olah tiada langsung ruang kesempatan. Mungkin inijugalah kebenarannya sehingga ALLAH telah menjadikan perkataan masa, waktu dan seumpamanya sebagai janji dan sumpah didalam Al Quran.

Benar juga telahan hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali yang menyatakan bahawa apa yang paling jauh dengan diri kita ialah hari-hari semalam. Jauh kita tinggalkan dan tidak akan berulang kembali. Belum sempat hari semalam disempurnakan, hari ini dan esok datang menjelma.

Kita punya agenda, misi dan bebanan yang bertimbun-timbun berbanding kesempatan masa yang ada. Kelemahan kita merancang, menyusun dan meletakkan keutamaan menyebabkan kita kalah dengan masa. Masa seringkali memintas. Akibatnya, kita seolah-olah keletihan dan tidak bermaya untuk bertarung dengan cabaran masa.

Lima Sebelum Lima

Umur hidupku semakin meningkat dan berusia. Paling tidak telah banyak asam garam telah mewarnai perjalanan hidup ini, paling tidak pun telah melewati suku abad yang pertama. Segala kebenaran ungkapan lima perkara sebelum lima perkara telah saya rasakan.

Muda sebelum tua. Saya sedar bahawa waktu telah menghukum bahawa kehidupan saya samakin tua. Walaupun belum menunjukkan tanda-tanda kulit akan mnegendur dan berkedut, fasa kehidupan ketika ini sudah saya rasakan tua. Saya cuba berkira-kira dengan pantasnya 25 tahun yang sudah berlalu, begitu jualah yang akan saya jangkakan 25 tahun yang bakal saya tempuhi.

Sihat sebelum sakit. Tanda-tanda fasa sakit telah saya rasakan. Faktor kehiudpan zaman kini dengan pemakananan dan gaya hidup moden telah memperlihatkan simtom-simtom kesakitan sebelum fasa tua menjelma. Tekanan gaya hidup dan kerjaya, menjadikan stress sebagai penyakit yang membunuh secara senyap.

Kaya sebelum miskin. Saya tidaklah kaya mahupun berharta. Sekadar memenuhi tuntutan hidup seharian ataupun sekadar cukup makan. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang bertambah adalah hutang. Cabaran inilah yang saya rasakan perlu di atasi. Langsaikan segala hutang sebelum, keupayaan kudrat dan iradat pinjaman Allah ini di tarik balik.

Senang sebelum susah. Zaman susah dan zaman senang silih berganti. Ironinya, ia bagaikan satu persaingan diantara kelemahan diri dan taqdir yang telah ditentukan. Fasa ini adalah fasa beringat kerana kesusahan itu sentiasa mengekori kita sama ada ianya disebabkan kelemahan kita, ujian tuhan ataupun bala tuhan kepada manusia.

Hidup sebelum mati. Fasa ini sahaja yang belum saya rasai secara nyata. Ya Allah, singkatnya masa ini berbanding galasan dosa-dosa saya selama ini. Berkenaan mati ini, Tokku pernah berpesan. Beliau berpesan supaya mematikan diri kita sebelum mati yang sebenar tiba. Apa maksudnya wahai tuan guru? Beliau menyatakan bahawa, kita hanya boleh berjumpa dengan Allah selepas kita mati. Segala macam hijab akan dibuka selepas kita mati. Tetapi di sini Tokku menyebut bahawa kita perlu menemui Allah semasa didunia lagi. Hijab-hijab hati perlu dibersihkan supaya jaminan perjalanan ke “sana” ada jaminananya. Jangan sampai kamu mati dengan tidak membersihkan zulumat yang menyaluti qalbi insani.

Ya Allah, hanya engkaulah punca segala kekuatan. Aku hanya insan yang lemah dan kerdil yang hanya meminjam sedikit qudrat dan iradahmu untuk aku meneruskan pengembaraan mencari makna kehidupan bertuhan. Ampunilah dosa-dosaku.


Dari Mimbar Jumaat Kedutaan Indonesia

July 18, 2008

Sudah lebih 7 bulan saya ditugaskan untuk menjaga projek implementasi SAGA di Kumpulan Wang Persaraan(diperbadankan). Saya menganggap kedudukan KWAP adalah di persekitaran yang elit dan mewah kerana terletak di kota kemasyuharan Bukit Bintang yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan pencakar langit seperti KLCC, hotel-hotel bertaraf lima bintang dan juga pusat-pusat membeli belah yang mewah bertaraf “world”.

Hampir setiap kali hari Jumaat, saya akan menunaikan solat Jumaat di Kedutaan Besar Republik Rakyat Indonesia yang terletak di Jalan Tun Razak. Saya kira itulah tempat yang paling hampir dan mudah untuk di kunjungi. Masjid yang paling hampir adalah Masjid As-Syakirin,KLCC disamping adakalanya saya akan menghala ke Masjid Imam Syafie di Maluri ataupun ke Masjid Al-Bukhari di Jalan Hang Tuah.

Saya kira ada kelainan bersolat di kedutaan RRI ini berbanding masjid-masjid yang ada di Malaysia. Mungkin pertamanya ialah kerana ianya bukan masjid, tetapi sekadar tempat yang dibenarkan untuk bersolat Jumaat. Dari segi perlaksanaannya, saya kira ianya cukup ringkas. Apa yang saya maksudkan ringkas ialah apabila perlaksanaannya dibuat tanpa azan yang pertama, salawat untuk menjemput khatib naik ke mimbar dan tiada selawat selingan semasa duduk antara dua khutbah. Walaupun ringkas, saya kira ini adalah memadai kerana apa yang saya sebutkan sebagai “ringkas” itu bukan menjadi perkara rukun sebenarnya. Ini jugalah yang perlu kita fahami di dalam hakikat fiqh solat Jumaat yang sebenar.

Apa yang menarik tentang khutbah ialah, ianya di sampaikan oleh khatib Indonesia dan disampaikan didalam bahasa Melayu Indonesia. Apa yang lebih menarik ialah khutbah  disampaikan secara bersahaja tanpa terikat dengan teks-teks dari JAWI. Kelancaran dan penggunaan gaya bahasa saya kira sangat halus dan teratur sekali.

Intipati Khutbah 18 Julai 2008

Intipati perbahasan khutbah berkisar kepada hadis yang telah dibacakan dengan mafhumnya seperti mana di bawah.( Sekadar apa yang saya ingat semasa khutbah-sila rujuk hadis yang lengkap)

Maksud hadis :

Akan tiba satu zaman, ilmu agama semakin kurang diminati dan dipelajari, fitnah akan berleluasa dan jenayah bermaharajalela. Sahabat bertanya kepada Rasulullah : jenayah apakah itu wahai Rasulullah?. Rasulullah menjawab : Qatlu! Qatlu! Qatlu! (pembunuhan).

Sahih Bukhari, dari Sunan Ibnu Majah.

Khatib telah menerangkan bahawa hadis ini merupakan hadis yang cukup luar biasa kerana ianya menceritakan  perihal yang akan berlaku. Nabi telah menyebutnya 1400 tahun yang lalu. Saya rasa banyak lagi hadis-hadis yang telah diberikan oleh Rasulullah yang menyatakan apa akan berlaku di akhir zaman terutamanya tentang fitnah akhir zaman.

Tiga fakta utama didalam hadis diatas telah benar-benar berlaku kini di Malaysia dan di seluruh dunia amnya. Fitnah telah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Rasulullah juga telah “mentaukidkan” kata-kata “Al-Qatlu” sebanyak tiga kali. Maha Suci Allah! Hari-hari kita di hidangkan dengan berita bunuh.

Hakikat Akhir Zaman  Dan Penegakkan Syariat Hudud.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa gejala jenayah bunuh ini sebagai takdir akhir zaman semata-mata. Berita ini dinukilkan oleh Rasulullah untuk kita renungkan dan seterusnya apa yang sepatutnya kita lakukan. Disinilah perkara yang perlu kita teliti ialah perkara pemerkasaan tauhid dan perlaksanaan syariat hudud serta takzir.

Perlaksanaan hudud adalah satu hukum yang wajib. Allah menyebut didalam Al-Quran berkenaan tiga fasa hukum bagi seiapa yang tidak melaksanakan hukum Allah. Pertamanya dihukumkan sebagai orang-orang yang zalim, keduanya ialah orang-orang yang fasiq dan ketiganya ialah menjadi golongan orang-orang kafir.

Hudud perlu dilaksanakan dengan kuasa pemerintahan. Disinilah keperluannya untuk kita menegakkan negara Islam berdasarkan hukum-hukum syariat Islamiyah. Hukum asal menegakkan daulah Islamiyah ialah tidak wajib. Justeru penegakkan syariat Islamiyah adalah wajib dan ianya tidak akan terlaksana tanpa adanya kuasa pemerintahan, hukum menegakkan daulah Islamiyah jatuh kepada “WAJIB”.

Penerusan ZIKIR dan FIKIR

Khatib berpesan, perkasakanlah kehidupan spiritual. Jangan hanya bergantung kepada kekuatan aqal. Aqal dan ruh perlu seimbang. Perkasakanlah kekuatan ruhaniyah dengan berpandukan AlQuran dan Sunnah Nabi lebih-lebih lagi bagi menhhadapi arus ujian fitnah akhir zaman. Zikrullah janganlah ditinggalkan. Banyakkan berzikir, hebatkan tafakkur dan tajamkan tadabbur.

Mudah-mudahan ada petunjuk didalam zikir dan fikir.

 


Kembara Salik Selepas Tiga Bulan Operasi

July 9, 2008

Segala puji-pujian dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana blog Kembara Salik ini telah memasuki operasinya untuk bulan yang ketiga. Tempoh selama itu saya rasakan merupakan satu tempoh yang terbaik untuk saya mengukur pencapaian diri ini di dalam bidang penulisan blog.
 
Sedikit sebanyak saya dapat merasakan cabaran ini agak menakutkan kerana saya memahami setiap patah huruf yang ditaip akan dipertanggungjawabkan kelak. Maka dalam persoalan ini, saya kembali kepada niat yang asal mengapa saya menyertai dunia blog ini. Untuk mencari “glamour” atau jaguh jauh sama sekali kerana saya merasakan diri ini terlalu kerdil untuk bersaing dengan para bloggers di luar sana.
 
Perkongsian Pintar
 
Saya percaya  ramai lagi individu-individu di luar sana yang mempunyai iltizam dan aspirasi yang sama yang sentiasa berfikir dan berusaha untuk menjadikan Islam itu sebagai “ad-deen” sebagai satu manhaj hidup. Disinilah saya melihat ragam dan kepelbagaian fikrah bertembung tetapi dengan matlamat yang satu iaitu penegakkan syiar Islam. Maka medan blog adalah salah satu medan yang paling ampuh saya kira untuk individu-individu sesama muslim/daie berkomunikasi dan berdiskusi dalam suasana silatur rahmi. Mereka boleh bertukar-tukar ilmu dan maklumat dan masing-masing boleh mengambil iktibar dan manfaat dalam menajamkan lagi kemahiran-kemahiran hidup, dakwah dan fikrah mereka.
 
Perkongsian pintar inilah yang sepatutnya menjadi satu medan pembentukan masyarakat dengan agenda kasih sayang, berteraskan kepada kasih sayang kepada Allah. Jikalau berlaku perdebatan dan khilaf sekalipun, biarlah ianya berjalan diatas dasar ukhwah dan rasional ilmu yang baik.
 
Kembara Salik : Mencelah Di Kesibukan Dunia Maya
 
Sekalung penghargaan saya kalungkan buat seluruh warga pembaca dan pengunjung ”Kembara Salik” atas sokongan dan kepercayaan kalian. Medan ini telah terbukti menjadi satu medan pengukuhan persahabatan antara saya dan kalian semua.
 
Sehingga tarikh hari ini, blog ini telah mencecah hits sebanyak 1000 pengunjung semenjak ianya dilancarkan. Sekali lagi saya bersyukur kerana niat untuk “berkongsi” dan “memberi” sedikit sebanyak menjadi kenyataan. Saya memberikan kredit kepada artikel Ustaz Hasrizal ( http://saifulislam.com ) yang bertajuk Erti Hidup Pada Memberi kerana saya amat yakin ramai yang sudah terkesan dengan bacaan tersebut termasuklah saya. Sebab itulah, setiap kali jika ada pertelingkahan kecil antara saya dan isteri, saya akan berfikir saya yang bersalah terlebih dahulu kerana tidak memberi yang sebaiknya kepada isteri saya.
 
Kesimpulan
 
Sebagai kesimpulan untuk posting ini, saya memberikan kredit sekali lagi kepada wordpress selaku penyedia perkhidmatan blog ini kerana, keserasian saya telah wujud disini. Untuk setakat ini saya berpuashati dengan servis yang diberikan walaupun ada perkara-perkara yang tidak boleh saya lakukan di sini. Secara keseluruhannya, portal ini saya kira efektif dalam aspek “content management” dan kerana itulah ianya menjadi antara pilihan utama para bloggers.
 
Sebagai perkongsian dengan anda semua, saya lampirkan di bawah ini perkataan-perkataan yang telah digunakan oleh pengunjung didalam enjin carian (e.g : google,yahoo) sehingga terjumpanya laman blog Kembara Salik sejak ianya mula dilancarkan.
 
Terima kasih untuk semua.
 

Search Terms for all days ending 2008-07-09 (Summarized) 

 

 

 

Search Views
kembara salik

7

tokku ibrahim

4

taufan nargis

3

sifat seorang isteri

2

baju pengantin muslim

2

soalan menguji keberkesanan komunikasi k

2

rijalullah

2

kembara muslim

2

www tasauf imam ghazali.com

2

tazkiah hati + tasauf

2

rewang majlis perkahwinan

1

transfer ilmu hikmah

1

alam rumahtangga

1

belanjawan rumahtangga

1

baju musliman pengantin

1

kitab sirr salikin karangan

1

himpunan sajak bertemakan dadah

1

janakan

1

budaya perkahwinan jawa

1

silaturrahim adat jawa

1

muafakat membawa berkat satu amalan murn

1

tanggung jawab pemimpin

1

mbecek

1

kitab ahmad fahmi zamzam

1

samsudeen “yahoo.com” iran

1

kursus umrah manhaj rasulullah s.a.w

1

hikmah sabar dalam rumahtangga

1

sajak kerohanian

1

bencana alam dunia

1

sufi mujahid

1

tokku ibrahim mohamad

1

tokku hj, ibrahim

1

kembarasalik.wordpress.com

1

http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/

1

nafkah zahir isteri

1

faktor kebahagiaan rumahtangga

1

kerana ketaqwaan

1

kembarasalik

1

adat kahwin masyarakat orang jawa

1

ghuraba786

1

bicara tokku

1

da’wah sahabat rasulullah

1

mengenal diri tasauf

1

amalan wali wali

1

permainan terpandu

1

cara bersihkan najis

1

karangan masalah kenaikan harga petrol k

1


Pandangan Di Dalam Kaabah

July 8, 2008

Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.

Sejarah

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: ” Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci ” Dinding Hatim adalah 33 kaki ” Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki ” Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. “Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,” jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Senibina

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Pandangan Dalam Kaabah

 

Sumber :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaabah

www.chillnite.com/rare-picture-of-holy-kaaba-from-inside

www.geocities.com/TheTropics/Coast/9150/Kaaba.html

www.panoramio.com/photo/4023805


KRISIS MINYAK : Sambungan episod kisah kezaliman…

June 9, 2008

Saya mengikuti perkembangan isu kenaikan harga minyak dengan penuh minat sejak ianya diumumkan minggu lepas. Saya percaya bahawa apa yang saya rasakan pada saat ini turut dikongsi oleh jutaan umat rakyat Malaysia khususnya. Tidak ketinggalan, Indonesia juga dilanda badai “tsunami minyak” yang menimbulkan reaksi bantahan rakyat jelata dari pelusuk negara tersebut. Fenomena ini saya istilahkan dengan “fenomena kejutan” kerana secara fitrahnya, apabila manusia mengalami apa-apa kejutan, secara spontan ia akan memberikan reaksi yang diluar jangkaan samaada ianya berbentuk negatif ataupun positif. Teori ini jugalah yang pernah kita pelajari didalam subjek sains semasa di sekolah menengah dahulu dengan apa yang kita namakan ianya sebagai hokum/teori refleksi (tindak balas).

Kecelaruan perasaan diantara rasa terkejut, marah dan geram cuba untuk diredakan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai solusi yang bertemakan kepada subsidi, rebet, langkah-langkah penjimatan dan sebagainya. Tetapi pujukan-pujukan ini secara keseluruhannya masih gagal untuk meredakan suasana kemarahan hati-hati rakyat kerana dengan naiknya harga bahan bakar petrol & diesel, maka menurut bacaan ilmu ekonomi, barang-barang keperluan lain juga akan turut meningkat. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana semua peniaga merasakan kos operasi yang semakin meningkat akan mengecilkan skala margin keuntungan mereka.

Maka rakyat jelatalah juga yang akan terus meraung dan menanggung azab yang berpenjangan kerana kuasa beli wang yang ada pada mereka semakin mengecil dan menghaus. Tidak keterlaluan kalau saya katakana kenaikan harga minyak ini telah MEROMPAK hak kehidupan golongan marhaen seperti saya kerana segala-galanya akan dinilai semula dengan nilai wang yang semakin tiada nilainya. Gejala inflasi akan terus menjadi-jadi dan dalam suasana inilah segala macam musibah, bala dan petaka boleh berlaku. Suasana huru-hara ini akan menjadi bertambah rumit kerana ukuran nilai kehidupan pada hari ini semuanya diukur dengan kekayaan wang dan kebendaan.

Penstrukturan Semula Bajet Kewangan Bulanan

Saya memperuntukkan secara tetap bajet mingguan untuk penggunaan petrol kereta sebanyak RM50.00. Ini hanyalah untuk kegunaan pergi berulang alik ke pejabat, belum lagi peruntukan sekiranya ada perjalanan jauh hujung minggu seperti balik ke kampung, kursus dsb. Sebelum kenaikan harga petrol, saya akan mendapat sebanyak lebih kurang 25 liter petrol untuk setiap RM50.00. Selepas kenaikan kepada RM2.70 seliter, ini bermakna dengan bajet RM50.00, saya hanya akan mendapat lebih kurang 18.5 liter petrol. Jika saya ingin mengekalkan penggunaan sebanyak 25 liter seminggu, ini bermakna bajet bulanan saya akan bertambah sebanyak RM70.00.

Mungkin nilai RM70.00 tidak begitu banyak dirasakan jika tidak mengambil faktor kenaikan harga-harga barangan yang lain. Tetapi, dengan melihat perkembangan mutakhir yang segala-galanya dibayangkan dengan kenaikan yang mencanak-canak seperti tarif elektrik, gula, tepung, beras dan entah apa lagi, bolehkah saya katakan jumlah RM70.00 itu tidak banyak. Itu saya istilahkan baru ibunya, yang mana anak-anak kenaikan harga barang akan terus meningkat. Secara jujurnya kalau boleh saya katakan bahawa bajet untuk sedekah mungkin tidak sebesar itu saya peruntukan. Mungkin ini juga caranya Allah mengambil balik keberkatan rezeki hamba-hambanya yang tidak menginfaqkan rezeki mereka ke jalan Allah.

Fenomena “duit pisang” ini memaksa saya untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan bulanan dan juga perancangan untuk pembelian barangan-barangan lain. Orang Kelantan/ Terengganu kata, jangan nak “tebing” juga, kerana kalau “nnebing” juga, alamat padahlah jawabnya. Wah! Dashyat betul penangan kuasa kapitalis dalam menentukan haluan ekonomi dunia, sampaikan semua pemimpin-pemimpin Islam pun terpaksa bersikap “yes bos!”

Putaran makna ekonomi yang saya pelajari satu masa dahulu iaitu bagaimana menguruskan sumber yang terhad berbanding kehendak-kehendak yang tidak terbatas tiba-tiba terlintas kembali difikiran. Terlalu banyak kehendak-kehendak yang tidak dapat saya penuhi samaada untuk saya atau keluarga saya jika diukur dengan sumber pendapatan yang terlalu terhad. Pada masa-masa sebeginilah idea-idea untuk menjalankan perniagaan menjelma kembali. Buat masa ini saya belum bersedia untuk menyambung kembali misi perniagaan yang pernah tergendala suatu masa dahulu. ( Ke macam mana saudara Arif).

Peace of Mind

Saya percaya, ramai diantara kita yang masih ligat berfikir bagaimana caranya untuk mengatasi masalah kewangan yang ketat. Belumpun sempurna untuk kita mengecapi kemewahan kewangan yang abadi dalam konteks tenang dan damai, bebas dari belenggu hutang dan ada simpanan tetap yang sempurna, sebahagian wang kita telah DIROMPAK oleh fenomena “duit pisang”. Hati dan perasaan kita terpaksa untuk menerima situasi ini dengan keadaan redha dalam keterpaksaan.

Saya bukanlah orang yang sesuai untuk membincangkan topik perancangan kewangan, tetapi paling tidak setiap kita mesti ada formula untuk keluar dari belenggu fenomena “duit pisang” ini. Saya pulangkan kembali persoalan ini kepada anda untuk melihat kepada diri masing-masing tentang perancangan kewangan yang bagaimanakah yang patut ada pada diri kita agar kehidupan “peace of mind” ini dapat dikecapi sampai bila-bila dan dimana sahaja. Tanya pada diri kita dimana letaknya nilai tenang, damai dan bahagia. Setidak-tidaknya, setiap kita perlu untuk berfikir dan bertafakur sejenak tentang perkara ini.

Munculnya Galian-Galian Bumi : Petanda Akhir Zaman

Mungkin kalau boleh saya titipkan satu hadis daripada 40 hadis akhir zaman yang dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. 

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

H.R.Baihaqi

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

Penutup

Saya merasa terpanggil untuk menyatakan disini bahawa keperluan kita kepada pemerintah negara yang adil dan bijaksana perlu di wujudkan. Paksi keadilan dan kebijaksanaan itu ialah dengan kembali kepada fitrah, iaitu melaksanakan tuntutan Syariah Islamiah secara syumul. Pelanggaran kepada nilai-nilai fitrah beragama dalam konteks pemerintahan negara akan mengakibatkan kepincangan dan kerosakan (fasad) yang amat dashyat. Apabila rintihan suara hati untuk penegakkan keadilan tidak dilaksanakan, tunggulah sehingga azab dan bala Allah sampai. Inilah juga yang disebutkan didalam satu hadis bahawa apabila harta negara hanya beredar pada pihak-pihak tertentu maka ianya akan mengundang bala dari Allah.

 
 

p/s : Berdoalah semoga semua rakyat hidup aman dan sejahtera, dan dijauhkan dari bala bencana.

Mohd Razani : KWAP, Bukit Bintang