Doa Qunut Nazilah

January 17, 2009

palestinealways2_sk1


اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Bebaskan Palestin!


Dari Damai Ke Bandar Anggerik

September 8, 2008

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan kerajaan ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah , tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami dibangkitkan.

Kami terjaga dipagi haridalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dal;am agama nabi kami, Muhammad SAW dan dalam millah bapa kami Ibrahim yang hanif sedang dia bukan seorang yang musyrik.

Ya Allah! Aku terjaga olehmu dalam nikmat afiat dan terjaganya rahsia-rahsiaku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiatmu itu atasku, di dunia dan akhirat.

Ya Allah, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur.

Gambar : Suasana pagi (fajar sodiq) pandangan dari jendela kediaman baru di Bandar Anggerik.Kelihatan menara UiTM di puncak bukit dengan dilatari cahaya terbit fajar keberkatan bulan Ramadhan.

Ya Allah! Damaikanlah jiwa ini sebagaimana damainya pemandangan indah ciptaanmu di waktu pagi ini.


Che Det oh Che Det

May 27, 2008
SMS
Saya menerima satu pesanan ringkas (SMS) semalam yang menyatakan Dr. Mahathir keluar UMNO. SMS dimulakan dgn takbir sebanyak dua kali. Surprise juga apabila SMS dibuka, terbaca perkataan takbir terlebih dahulu. Tapi yang peliknya, tak ada reaksi apa-apa pun dari hati ini. Hanya yang terpacul dari mulut ini hanyalah perkataan istighfar. Saya cuba juga untuk merasa teruja dengan berita tersebut. Tapi tidak boleh juga, cuma apa yang terlintas di kepala…. ”dah nyanyuk kot orang tua ni”.
 
Pengorbanan
Berputar-putar kepala saya memikirkan pengorbanan apa yang Che Det nak buat untuk bangsa Melayu dan survival UMNO nya. Tetapi secara rambangnya, tidak sukar untuk meneka apakah permainan dan sandiwara yang cuba dimainkan oleh Che Det ini. Pandangan peribadi ana ada dua kepercayaan besar Che Det sehingga keputusan keluar parti dibuat. Pertamanya adalah soal kepercayaan kepimpinan Pak Lah yang dilihatnya sebagai lemah, rapuh dan tak bermaya. Keduanya adalah kepercayaan bahawa PR akan mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia menjelang September ini.
 
Tidak sukar juga untuk membaca kerisauan-kerisauan Che Det terhadap dua kepercayaan ini jika kita mengikuti ulasan-ulasan beliau mutakhir ini. Isu keluar parti adalah kemuncak dari rasa tidak puas hati yang berpanjangan bermula sebelum dari period Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Saya merumuskan, secara rasionalnya bekerja diluar parti adalah lebih efektif bagi Che Det untuk membentuk satu momentum kesedaran terhadap survival Melayu dan UMNO itu sendiri.
 
Lipatan Sirah/Sejarah Berulang Lagi
Sejarah telah membuktikan bahawa kekuatan momentum dari luar mampu menghasilkan impak yang luar biasa. Secara sedar atau tidak, ini adalah satu proses alami ataupun satu hukum fizik yang menyaksikan banyak cerita-cerita sejarah telah membuktikannnya.
 
Sekadar memetik beberapa kisah sejarah saya mulakan dengan kisah kejatuhan kerajaan Syah Iran. Kebangkitan Revolusi Syiah Iran banyak didominasi dari luar bila mana pada masa itu, Khomeini berada didalam buangan iaitu di Perancis. Suara-suara revolusi banyak disalurkan melalui medium kaset-kaset ceramah beliau, akhbar-akhbar dan sebagainya. Walaupun ada cerita lain disebalik kejatuhan Syah Iran yang dimainkan oleh golongan Sunni (ikhwanul Muslimin), tetapi dominasi penzahiran Syiah lebih jelas dilihat. Suara-suara revolusi banyak disuratkan kepada usaha-usaha Syiah untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru.
 
Kemenangan Islam dengan kemuncaknya ialah pembukaan Kota Mekah berlaku selepas penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah Ke Madinah. Pembinaan negara Islam Madinah banyak memainkan peranan sebagai paksi untuk menentang kekufuran Arab Quraisy. Siri-siri peperangan juga banyak berlaku selepas penhijrahan nabi ke Kota Madinah. Momentum-momentum Jihad & Dakwah bayak berpusat di Madinah sehinggalah akhirnya Kota Mekah kembali kepada Islam dan semua orang Arab Quraisy masuk Islam seluruhnya.
 
Suara-suara keramat rakyat yang disuarakan oleh DSAI begitu berkuasa pada tahun-tahun 1970-an sebelum kemasukannya kedalam UMNO. Selepas 1982, usaha reformasi Rakyat terbantut kerana kononya perubahan dari dalam mampu mengubah perjuangan UMNO yang korup. Suara rakyat dimandomkan dan suara DSAI sendiri tenggelam dalam arus kebangkitan rakyat. Hanya selepas 1998 pada peristiwa pemecatan beliau, momentum politik menjadi segar kembali. Momentum ini berlaku dari luar ke dalam. Suara DSAI tidak popular semasa beliau didalam UMNO. 
 
(Bersambung) : Bersihkan Najis Dari Luar, Bukannya Dari Dalam