Fikir HIDUP Sebenarnya Fikir AKHIRAT

23 Apr

Saudaraku yang dikasihi!

Apabila kita berfikir tentang hidup, sebenarnya kita berfikir tentang kematian, apabila kita berfikir tentang kematian, sebenarnya kita berfikir tentang alam barzakh, tentang alam akhirat. Apabila kita berfikir tentang kesudahan hidup, jawapannya hanyalah dua, samaada saudara akan ke syurga atau neraka.

Saudaraku!

Berhati-hatilah, bahawasanya jiwa yang tidak pernah gundah bagaimana kesudahannya diakhir kalam (maut) adalah jiwa yang sudah dihinggapi penyakit takabur, yang merasai ia sudah banyak melakukan kebaikan, sedangkan pada hakikatnya, adakah ia mengetahui apakah segala amalannya diterima oleh Allah swt? Justeru itu berkata Abu Darda r.a :

Sesiapa yang tidak pernah berfikir bagaimana akhir hayatnya, samaada ia mati kufur atau beriman, ia akan mati kufur. Nauzubillah.

Saudaraku!

Persoalan hidp saudara, saudara yang perlu menentukannya. Sama ada saudara hendak ke syuga atau ke neraka. Jangan biarkan orang lain menentukannya. Jika ada manusia yang membantu saudara, maka bersyukurlah. Tetapi jika tiada orang yang membantu, saudara mesti bangkit mencari jalan untuk keselamatan diri. Jangan hidup seperti pokok dedalu yang tidak mempunyai tapak sendiri untuk hidup atau seperti pohon yang selalu perlu disirami. Jadilah seperti sang burung yang terbang mencari rezekinya sendiri kerana hidup mengharapkan orang lain adalah kehidupan manusia yang dayus.

Saudaraku!

Hidupkanlah hati sentiasa dengan Allah swt, bersihkanlah hati dengan zikrullah, muraqabah setiap saat, setiap minit, setiap jam… Perhatikan kemana tertumpunya hati, sama ada kepada dunia atau kepada Allah. Hidupkanlah setiap degupan jantung dengan bersungguh-sungguh dengan kalimah Allah. Banyakkanlah memohon keampunan diatas kelalaian. Jadikan diri saudara sebagaimana manusia yang sentiasa memakmurkan hati dengan zikrullah dan memakmurkan dunia dengan buah fikiran, tindakan dan segala potensi yang ada. Sentiasalah saudara berfikiran besar dan berkeyakinan pada diri sendiri, moga-moga saudara adalah benteng-benteng yang akan mempertahankan Agama Allah dari kejahatan musuhnya, In Sya Allah.



Saudaramu yang fakir

Hj Ibrahim Mohamad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: