Kalam Tokku :Bicara Seorang Guru

23 Apr

Siapa yang datang kepadaku untuk mencari kelebihan, ia hanya akan membuang masa. Carilah Guru yang lain kerana padaku tiada apa-apa kelebihan.

Siapa yang datang kepadaku kerana ALLAH, In Sya Allah, dengan amalan dan latihan yang diberikan, perasaan cinta, rindu, asyik, takut pada Allah akan memancar pada jiwanya. Cinta pada ibadah, khusyuk, kasih sayang pada manusia dan cinta pada agama adalah natijah dari pendidikan ini.

Di sini kami melihat tiada keutamaan membincangkan tentang karamah, kasyaf, ilham, firasat, mimpi, wali-wali ghaib, syeikh-syeikh yang hebat, perubatan, persoalan imam Mahadi dan dunia mistik yang lain. Di sini kami melihat agenda membangunkan ummah, keimanan, kasih sayang, kefahaman, amal, mujahadah, dakwah, jihad adalah lebih besar dan utama untuk dibincangkan.

Dalam pendidikan ini, ukuran natijah kerohanian bukannya dilihat dari segi apa yang ia dapat dari alam ghaib seperti bisikan, mimpi yang hebat, karamah, firasat yang hebat, kelebihan perubatan atau persilatan. Tetapi, ukuran kehebatan kerohaniannya yang sebenar ialah keimanan, ketaqwaan, tercabutnya mazmumah, ubudiyyah, perlaksanaan syariah, akhlak, ibadah, cinta Allah, rasul, akhirat, warak, khusyuk dalam ibadah, ketenangan menghadapi musibah, mencintai dakwah dan jihad.

Pendidikan ini untuk mereka yang mencari kefakiran diri dengan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan. Juga untuk mereka yang mahu menghilangkan wujud diri untuk melihat wujud Diri-Nya (ALLAH).

al-faqir ilaLlah Hubaib Mohamad

2 Responses to “Kalam Tokku :Bicara Seorang Guru”

  1. Al Mubtadi April 23, 2008 at 10:10 am #

    Assalaamu’alaikum,

    Moga usaha anda dberkati Nya. Seperti kata seorang alim “Karamah sebenar adalah
    istiqamah dalam beramal”. Bila selalu beramal, baru jadi pakaian.

  2. tarmezdi a.kadir May 22, 2009 at 2:10 am #

    Salam

    memang benar..karamah dalam istiqamah dalam beramal adalah yang difahamkan..ilmu yang bersanad..saya merasa bersyukur mengetahui dayausaha ini..ianya mudah untuk di faham..

Leave a reply to Al Mubtadi Cancel reply