REWANG : BUDAYA MUAFAKAT MASYARAKAT JAWA

3 Jun

Pulang “Rewang” Ke Kampung

 

Awal-awal lagi emak saya sudah berpesan kepada semua anak-anaknya termasuklah saya supaya pulang ke kampung pada 31/5 & 1/6 yang lepas. Ini adalah arahan kebiasaan apabila ada apa-apa majlis kenduri yang akan dibuat dikampung. Majlis kenduri kali ini ialah majlis walimah (kenduri kahwin) di rumah emak saudara saya yang merangkap kakak kepada abah, Embah Supinah. Panggilan mesra untuk beliau ialah Embah Wawok.

Pada satu-satu majlis kenduri perkahwinan seumpama ini, kami adik-beradik akan dikerah untuk balik dan berkumpul dalam satu keluarga besar untuk sama-sama membantu majlis perkahwinan tersebut. Adat inilah yang dipanggil dengan istilah REWANG menjadikan ianya satu budaya dan adat yang unik dalam masyarakat Jawa. Penglibatan dalam aktiviti rewang seolah-olah menjadi satu yang wajib dan menjadi satu kesalahan yang besar jika ada mana-mana anggota keluarga yang tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang konkrit.

Saya cuba untuk menilai semula nilai-nilai adat yang baik ini kerana saya tidak mahu keterlibatan saya hanya dinilai dari aspek pandangan adat dan budaya yang baik semata-mata. Ini kerana segala-galanya bermula dengan niat yang murni. Saya menyatakan demikian kerana ada anggota keluarga yang hadir kerana seolah-olah terpaksa dan terikat kuat dengan adat. Maka saya terangkan semuanya kepada isteri saya tentang budaya ini. Maklum saja, isteri saya berasal dari Kelantan. Maka kami telah menetapkan bahawa kehadiran kami ke majlis rewang tersebut dengan misi amal, ziarah dan ukhwah.

Misi Amal, Ziarah Dan Ukhwah

Tatacara adab bergaul dengan masyarakat ada disebut dan dibincangkan di dalam kitab Sairu As-Salikin karangan Syeikh Abdul Samad Palembagi. Beliau membahaskan adab yang bagaimana untuk kita dibolehkan bergaul dengan masyarakat atau tidak. Pertamanya, tidak dibolehkan sekiranya aktiviti tersebut bercampur dengan perkara-perkara maksiat dan boleh merosakkan akhlak, iman & amal. Keduanya dibolehkan atas dasar ta’awun iaitu bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan.

Maka saya melihat sebenarnya budaya rewang ini merupakan satu medan amal yang besar kerana aktiviti bergotong royong memang menjadi satu amalan masyarakat Melayu umumnya dan budaya rewang ini juga dapat dijadikan satu medan dakwah diperingkat keluarga dan sanak saudara. Maka itulah misi amal, ziarah dan ukhwah menjadi keutamaan kami sebelum mendahulukan nilai adat dan budaya setempat.

Maka, aktiviti selama dua hari tersebut telah dipenuhi dengan aktiviti yang meriah kerana masing-masing akan mencari apa sahaja kerja yang boleh dilakukan. Kalau dahulu, anak-anak muda akan berebut-rebut untuk menjadi “penanggah” yang bermaksud pelayan, tetapi fungsi tersebut kian lama kian terhakis kerana sistem kenduri sekarang lebih kepada sistem layan diri. Selain itu juga, minat belia-belia dan anak muda untuk menghadiri rewang juga kian merosot. Mungkin sebab itulah saya menyarankan agar misi amal ini di terapkan agar mereka dapat melihat semua kerja-kerja ini dengan nilai-nilai pahala amal yang soleh.

Antara lain yang menjadi tarikan anak muda ialah hiburan. Makanya, mana-mana majlis yang tiada hiburan maka kuranglah anak-anak muda yang hadir. Antara hiburan yang saya maksudkan ialah seperti kumpulan kugiran, kuda kepang, joget lambak dan sebagainya. Maka disinilah saya melihat peranan dakwah yang sesuai agar hiburan-hiburan yang melalaikan ini dapat diubah konsepnya kepada hiburan yang lebih Islamik.

Bermain-main dengan keletah adik-adik sepupu dan anak-anak buah juga menjadikan misi ukhwah amat bererti buat saya. Kami sesama sepupu berborak-borak panjang bercerita dari hal kerjaya, rumahtangga, politik dan lain-lain lagi. Bagi saya ukhwah inilah sebagai satu jambatan jangka panjang untuk misi dakwah yang lebih jauh pada masa-masa mendatang.

In Sya Allah, selepas ini saya akan mengupas tajuk-tajuk lain yang saya letakkan di bawah kategori Masyarakat Jawa sebagai satu pengenalan untuk anda mengenali budaya Masyarakat Jawa ini dan sejarah telah membuktikan bahawa adat dan budaya setempat merupakan salah satu senjata yang ampuh untuk menguasai medan dakwah setempat.

Foto-Foto Rewang

                

    

9 Responses to “REWANG : BUDAYA MUAFAKAT MASYARAKAT JAWA”

  1. Wak Karjan June 3, 2008 at 5:16 am #

    Aku pun orang Jawa gak. Rewang kenduri tak apa, jangan merewang benda lain. Aku pun tak paham kenapa mesti ada istilah “minah rewang”. rosak! rosak!

    Kalau dah cerita bab rewang kenduri, kenalah pulak cerita bab kundangan, bab mbecek dan lain-lain lagi.

    Bagus. Aku amat tertarik dgn artikel ini yang memanipulasikan elemen dakwah dan budaya. Cerita wali-wali songo dulu pun mneghidupkan dakwah dengan budaya masyarakat di pulau Jawa.

  2. Zul June 3, 2008 at 5:27 am #

    Coretan beginilah yang saya suka dapatkan dari blog sahabat. Setiap kita adalah unik, dan keunikan inilah amat baik jika dikongsi. Tahniah! Perkongsian yang menarik…

    Ana pun ada keturunan Jawa juga… emak ana Melayu Jawa dari Muar.. masa kecik-kecik dulu memang seronok bila balik kampung nenek… istilah rewang tak menjadi asing lagi bagi ana… cuma tak pandai cakap jawa jer… he he he… (“,)

  3. Hafizi June 22, 2008 at 3:11 pm #

    Kang Zani, nta tak join ke komuniti Portal Jawa di cyberjawa.com…

    Panggil kang la pulak zul kat razani ni…hehe

  4. nabihah August 16, 2009 at 5:27 am #

    sy student dan sedang m’kaji mgenai masyarakat jawa.
    lmn ini byk mmbntu utk sy mmahami tntg org jawa. so sy teringin juge nk mgetahui lbh m’dlm mgenai msyrkt jawa

  5. razani August 16, 2009 at 2:56 pm #

    Nabihah : Kalau ada apa-apa maklumat lanjut yang ingin diperolehi mengenai masyarakat jawa…sila emailkan kepada saya… csm_mrazani@yahoo.com.

  6. bocahlanang August 31, 2009 at 3:12 am #

    nyong sukek seng ono artikal jowo,
    nek bongso lain ono artikan komuniti jowo pun keno uripkan web..
    nak discuss pun ngomong jowo eheeh (tercampur lak bahasa burger)bukan opo kalau kito wes meneng akan tatik ilang satu warisan bumi malaysia… kan. generasi seng keempat peringkat putu west (alah Barat lak)akeh seng lali,
    nek ono pun isin arek ngomong jowo… ngelok nang kampung2 wong cino pun iso ngomong jowo,
    ojo esen (ini budaya kita ini bahasa kita)manusia tak gagal kerana bahasa, wong jowo nang ngumah ngomong jowo, nang sekolah ngomong melayu, nang universiti campur melayu inggeris, iso tatik wong.. opo seng heran.. balik kampung mangan ubi getuk gak, tempe,tewol.. kan, sego ambeng..budaya kita warisan kita..

    • wana February 24, 2012 at 2:46 am #

      hehehee memang kita perlu melestarikan budaya kita jgan sampai luntur dgn budaya manca atau lain kita harus seiring dgn budaya budaya lain dgn arti kata kita juga pewaris dari satu budaya itu sendiri

  7. tips July 23, 2012 at 5:56 am #

    org Jawa memang meriah bab makan-makan. suka! (>.<)

  8. SofiaHani September 24, 2013 at 4:05 am #

    saya student ipta yg perlu buat kajian mengenai masyarakat jawa di Malaysia…jadi saya ingin memohon kebenaran utk mendapatkan segala info mahupun bahan yang berkaitan dengan masyarakat jawa.

    terima kasih.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: