Pertemuan Hari Keluarga

7 Jul

Kami berhimpun kembali dalam suasana kekeluargaan yang meriah. Hampir 95 % ahli keluarga dari adik beradik sebelah emak dapat berkumpul untuk sama-sama menjayakan hari keluarga dan sekaligus meraikan bapa-bapa yang ada bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang baru berlalu. Lokasi yang dipilih juga amat strategik kerana hanya berlegar di sekitar halaman rumah nenda di kampung. 

Aturcara program ialah jamuan makan dan Atuk Sairan telah menaja seekor kambing untuk di panggang pada hari tersebut. Program silaturrahim ini bagi saya amat istimewa kerana kami jarang-jarang berkumpul dalam satu majlis bertema seperti ini. 

Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan acara permainan yang cukup menarik. Kami daripada generasi anak-anak dan cucu-cucu mungkin telah biasa menghadiri mana-mana hari keluarga anjuran persatuan universiti, syarikat tempat bekerja dan lain-lain. Namun pada kali ini, kemeriahan ini saya rasakan istimewa kerana, penglibatan emak-emak dan bapa-bapa amat memberangsangkan. Sepetang itu sahaja, laman rumah nenda menjadi riuh rendah dengan hiruk pikuk anak cucu beramah mesra dan bermain. Seakan-akan majlis ini mengimbau kembali ingatan saya pada zaman kanak-kanak dengan bermain berkejaran, baling selipar, polis entry dan sebagainya.   

Selamat Hari Bapa untuk atuk. Kami anak cucu mendoakan agar atuk dikurniakan kesihatan yang baik. Terus istiqamah dalam beramal dan terus membimbing kami agar terus terpandu dengan nasihat – nasihat dan bimbingan yang berguna. 

Bagi saya, atuk adalah sebahagian insan yang istimewa kerana beliaulah guru pertama saya dalam kelas pengajian Al- Quran. Pengalaman saya mengaji Al Quran dengan beliau cukup perit ketika itu kerana terpaksa mengkhatamkan “Muqaddam” berkali-kali sebelum boleh dibenarkan untuk membaca mushaf Al Quran.

Saya dapat menamatkan pengajian Al Quran sebanyak 30 juzuk semasa di tingkatan satu. Pengajian Al Quran yang berterusan sebanyak selembar mukasurat untuk setiap malam menjadi satu disiplin yang wajib sebelum dibenarkan untuk mengulangkaji matapelajaran yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: