Pandangan Di Dalam Kaabah

8 Jul

Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji.

Sejarah

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: ” Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci ” Dinding Hatim adalah 33 kaki ” Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki ” Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. “Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,” jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Senibina

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Pandangan Dalam Kaabah

 

Sumber :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaabah

www.chillnite.com/rare-picture-of-holy-kaaba-from-inside

www.geocities.com/TheTropics/Coast/9150/Kaaba.html

www.panoramio.com/photo/4023805

About these ads

9 Responses to “Pandangan Di Dalam Kaabah”

  1. sahabat arif July 8, 2008 at 8:38 am #

    sekadar perkongsian..seingat ana tok guru ajilah pernah berkata,,org2 yg masuk dalam kaabah Allah akan tutup pintu hati bilo Keluar,,supaya tak ingat apo2..Biasanya org akan Tukar kelambu Kaabah Bila jemaaah Haji pergi Padang Arafah

  2. fatima karim January 5, 2009 at 5:43 pm #

    im only 14 and studying in england it was my wish to see KHANA KABA from inside now wish is being full but i want to come to Kaba and wash it by my own hand before die

  3. razani January 6, 2009 at 9:24 am #

    fatima karim : In Sya Allah. Allah is always hearing our wish.

  4. najmiah May 5, 2009 at 3:27 pm #

    asslamualaikum.pergi ke mekkah dan madianh tu syok..paling tenang kalau berada di depan baituulah itu..saya juga nak ke pergi dalam baitullah tu..siapa yang belum pernah ke mecca n madinah pergi lah.minta doa pada allah di situ..kerjakan lah umrah..paling syok lah..kaabah itu adalah rumah allah..dan kiblat semua umat seluruh dunia..

  5. war demon May 22, 2009 at 12:48 am #

    its turly something
    indeed

  6. kamran September 19, 2009 at 4:54 am #

    beautiful. Allah (swt) house

  7. MOHD TARIQUE October 10, 2009 at 12:58 pm #

    LANGUAGE MUST BE ENGLISH.

  8. rimsha najam December 30, 2009 at 7:14 pm #

    i want some more pics of kabah please send me some more pics of it pleaseeee..

  9. Naim May 4, 2010 at 3:01 pm #

    Assalamualaikum

    ni aku dpt video psl kaabah, wallahu’alam
    copy paste link kt bawah ni ke browser adress korang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: