Catatan Idulfitri : Ayat-Ayat Cinta

13 Oct

Sejujurnya, saya amat jarang membaca novel. Apalagi yang berkaitan dengan kisah-kisah cinta. Kalau adapun, pernah satu ketika dahulu saya amat meminati novel-novel siri penyiasatan seperti Hardy Boys dan yang seumpamanya. Tanpa dinafikan, minat untuk membaca novel itu tetap ada tetapi saya amat memilih untuk membacanya kerana tidak mahu terikat dengan komitment pembacaan yang konsisten.

Habiburrahman-el-Shirazy

Novel Ayat-Ayat Cinta

Pernah juga saya mendengar tentang menariknya novel ayat-ayat cinta sebelum ini. Itupun daripada sahabat-sahabat yang pernah memberikan respon terhadap pembacaan mereka. Sehinggakan ada segelintir sahabat yang telah mengi’traf novel tersebut seumpama sebuah kitab rujukan fiqh rumahtangga yang baru. Saya yang masih belum pernah membeleknya hanya berkata di dalam hati, hebat juga penangan novel ini.

Tanpa dirancang, saya telah terbeli senaskhah novel tersebut beberapa hari sebelum Idulfitri yang lepas ketika menemani zaujah membeli belah dipasar raya Tesco Shah Alam. Hasrat ingin mengetahui hasil daripada respon-respon sahabat sebelum ini menyebabkan saya telah membelinya. Novel ini juga adalah antara 3 buah buku yang perlu saya habiskan pembacaannya semasa pulang bercuti ke kampung nanti. Ianya termasuklah novel AAC, Nota Jutawan(Irfan Khairi) dan majalah i edisi September yang belum sempat dihabiskan pembacaannya.

Saya kira, memiliki novel AAC kali ini sangat bermakna kerana sejurus selepas pembeliannya, iklan di TV3 telah memaparkan untuk menayangkan filem AAC pada 10 Oktober 2008. Apakah ini satu kebetulan dan saya hanya mampu tersenyum sendirian.

Ulasan Tentang AAC

Seusai menonton filem AAC bersama zaujah, terus saya mendapatkan respon daripadanya. Dengan memek muka yang tersangkut diantara dahi berkerut dan bibir yang mencebik, saya kira saya tahu jawapannya.

Saya memberikan kredit yang tinggi terhadap watak Fahri kerana berjaya menonjolkan akhlak mahmudah yang tinggi sehingga mampu “menggoda” ramai wanita kerana kemuliaan akhlaknya.

Watak Aisha juga seharusnya mampu menjelaskan keindahan poligami di dalam Islam.

Watak Maria adalah manifestasi kepada kejayaan dakwah bi hal yang ditunjukkan oleh Fahri yang mana Maria telah mengakhirkan hayatnya dalam dakapan kalimah syahadah.

Penutup

Saya pernah berdiskusi dengan salah seorang sahabat bahawa faktor kejayaan poligami adalah natijah dari keberhasilan proses pentarbiyahan diri individu, baik suami mahupun isteri. Suami harus bersikap adil adil sedangkan isteri perlu bersifat redha, sabar dan menerima segalanya kerana Allah. Memperkatakannya memang mudah, tetapi untuk menempuhnya belum tentu lagi. Jadi, timbang-timbangkanlah diri kita dimana kedudukan kita. Adakah anda mampu untuk berpoligami ?

Antara Cinta Sejati Dan Keinginan Untuk Memiliki – Maria

2 Responses to “Catatan Idulfitri : Ayat-Ayat Cinta”

  1. razlan October 16, 2008 at 9:51 am #

    ada seorang ‘graduate’ dr univ pulau manis telah pun selamat berpoligami setelah beroleh sanad dr Guru kita… ada kisah menarik sehebat aac di sebaliknya

    lan

  2. eastgirl November 26, 2008 at 10:33 am #

    jarang sekali utk b’temu pemuda sebaik fahri dlm aac…boleh dikatakn pemuda seperti beliau tidak mungkin wujud pd zaman globalisasi kini…bersikap adil n saksama dlm b’poligami amatlah sukar bg suami…skdr pndngn peribadi dari ana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: