SYEIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS)

27 Nov

makampm

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.

Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato’ Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.

Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.

Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.

Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.

Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin  dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.

Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :

(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia……?.

Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.

Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.

 Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu  Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.

Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun  iaitu pada  tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.

62 Responses to “SYEIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS)”

  1. Bone February 5, 2009 at 6:29 am #

    Masa kehidupan di alam fana yang tak sebanding dengan masa abadi di-alam baqa maka haruslah roh menguasai manusia sebelum menuju alam baqa

    Jangan buang tempo/waktu , pergunakanlah hanya untuk mengingat ALLAH SWT pada setiap hembusan nafas,

  2. mat September 23, 2009 at 12:24 am #

    kubur siapakah yg t’letak di sebelah makam tok pulau manis>?..

    • Norazian May 17, 2011 at 4:55 pm #

      My grand father. Yaacob

      • hanun February 2, 2012 at 3:20 pm #

        my great grandfather..hihi

  3. awang September 26, 2009 at 11:17 am #

    Saya nak kenal dengan penulis tok pulau manis

  4. azizi October 27, 2009 at 9:14 am #

    saya keturunan ke 7 tok ku pulau manis

    • Norazian May 17, 2011 at 4:51 pm #

      Assalamu’alaikum, I was wandering who is the real descendant of tu ku Pulau Manis. As I know Tok Ku Pulau Manis never had any siblings. the only descendant of ‘Tok Ku Pulau Manis’ is only on the side of his sister.

    • Najib June 16, 2011 at 2:47 am #

      Kepada Tuan/Puan keturunan Al Baghdadi dan Tok Pulau Manis sila hubungi saya melalui email najibjpn@yahoo.com atau 019 9810685 untuk urusan penubuhan Kerabat Tok Pulau Manis Nusantara…..

      • ramlah haji mukhtar February 2, 2012 at 3:59 pm #

        Assalamualaikum,

        saya ada mendengar cerita tentang tok pulau manis ni, setahu saya keturunan dia adalah alim ulamak yang bersebaran di Terengganu dan lain-lain tempat seluruh Malaysia. Saya diberitahu terdapat tanah perkuburan islam di Kg Seberang Marang, Marang Terengganu yang menempatkan kubur keturunan Tok Pulau Manis. Pada satu kubur telah ditulis di batu nesan dalam jawi, kubur ini tercatat kubur Haji Said ( Tidak Menggunakan Nama Sheikh) Cicit kepada Tok Pulau Manis Sheikh Abdul Malik. Di situ juga terdapat kubur Anak kepada Haji Said iaitu Haji Mukhtar yang terkenal sebagai seorang alim ulamak di Marang Terengganu, pakar Usulfiqh. Di kg sebelah kg Pantai Seberang Marang, terdapat kubur ayah kepada Haji Said iaitu Haji Awang (nama sheikh badarudin ada dikaitkan)yang terkenal sbg keramat suatu ketika dahulu, di situ juga terdapat masjid lama dikenali sebagai masjid haji said. Jadi saya pun teruja ingin mengetahui siapa ayah kepada Hj Awang iaitu moyang saya sendiri. Jadi bila ikut salsilah

    • Pijoe January 3, 2018 at 6:29 am #

      Tuan Aziz kenal dgn Ustaz Ibrahim dgr2 die cicit tok Ku?mohon kogsi Tuan…

  5. shukri October 29, 2009 at 5:50 pm #

    Tuan Azizi,
    Boleh saya dapatkan silsilah azizi

    • azizi yusof October 30, 2009 at 4:49 am #

      nama ayah saya yusof b muda,nama tok saya cik mandak b ali,nama tok ki saya muda b bakar, silsalas keturunan saya,saya x tahu keluarga saya merantau..cuma apa yg saya tahu adalah dari org tua saya..

  6. amer June 3, 2010 at 5:24 pm #

    aku pun keturunan ke tujuh tokku pulau manis..leni duk kat kg kepong

  7. azizi August 16, 2010 at 9:17 am #

    saya anak ayah su kepong

  8. azizi August 16, 2010 at 9:18 am #

    amer mu anak sapa kepong?

  9. azizi August 16, 2010 at 9:19 am #

    my email v6azizi@yahoo.com kalau nak bertanya lebih lanjut my pone no 0179700830

    • amer @ awie September 15, 2010 at 1:17 pm #

      aku ni,awie anok cikgu solah,,azizi mane er?jiji kembor ker?

  10. muhd naqiuddin bin badrul hisham September 6, 2010 at 1:30 pm #

    saya cucu mohamad bin salleh di dungun.

    • fauzi69 March 6, 2014 at 6:51 pm #

      Cucu tokde mat dungun ke?

  11. najmuddin September 30, 2010 at 4:59 am #

    Salam, apa kata kita duk sekali dan bincg dan kita update salasilah tok ku Pulau manis ni,setuju x? saya keturunan yang ke 9…..duk d Kg padang paloh..

    • Najib June 16, 2011 at 2:45 am #

      Salam Keluarga Tok Pulau Manis dari Kelantan

  12. syeikh saman October 8, 2010 at 12:54 am #

    assalamualikum wrt,
    saya akan ke terengganu bulan 12 nanti. Boleh dapatkan maklumat penuh tentang kawasan syeikh abdul malik dimakamkan?
    harap dapat bantu saya

  13. Shukri November 4, 2010 at 8:44 am #

    Salam En.amer & en. azizi,

    nmpknya kita berketurunan sama, sy ada salasilah keturunan tok ku pulau manis yg disimpan turun – menurun dari moyang dulu2.Mengikut salasilh tersebut keluarga sy dari keturunan anak tok ku yg bernama Sayid Badruddin.awk berdua dari keturunan anak tok ku yang mana??…kg sya pulau bahagia,manir.

    • azizi bin yusof March 4, 2011 at 9:19 am #

      salam en shukri…saya azizi tak salah saya aruwah saya ada menyebut tentang sayid badaruddin salah seorang datok saya…tak salah saya lah..

    • hanafi June 9, 2015 at 3:26 am #

      tolong copy paste kpd saya keturunanannya sebelah pasir panjang
      elfesfanji@gmail.com

  14. Muslimah Mahmood December 4, 2010 at 2:55 pm #

    Syukur pada Allah kerana saya juga dari keturunan Sheikh Abdul Malik daripada anak keduanya iaitu Badruddin. Keluarga kami masih menyimpan sebahagian daripada salasilah keluarga dari Sheikh Syarif Muhamad Al-Baghdadi yang meninggal di Batu Belah, Kuala Berang. Telah menjadi kebiasaan untuk kami menziarahi pusara Sheikh Abdul Malik dan keluarga terdekat yang berada di dalam makam yang sama dengan Sheikh serta cucunya makam Lebai Isa yang terletak di Kampung Tasik.

    • Kamaruzaman bin musa September 8, 2016 at 8:31 am #

      Lebai isa tuu duduk di ksmpung tasik…….derah mana….boleh tolong jelaskan

  15. azizi bin yusof March 4, 2011 at 9:11 am #

    muslimah mahmood salam, saya azizi..asal kepong..nama ayah saya yusof muda tapi di kg orang panggil dia cik su
    tok saya mandak ali..cuma nak tanya tok tasek(lebai isa) pun tok2 saya,termasuklah tok pulau manis,tok pauh…kalau cik mahmood boleh sambong keturunan saya..dapatlah saya bertemu saudara saya…email saya di atas..

  16. azizi bin yusof March 4, 2011 at 9:17 am #

    salam semua…saya azizi mungkin orang x mengenali saya disebabkan aruwah ayah saya merantau…kalau sesiapa yang mengenali aruwah ayah saya dapatlah saya susr keturunan saya…nama ayah saya yusof bin muda nama dlm ic. nama di kampong orang panggil cik su..asal kepong. nama tok saya cik mandak bin ali…kalau saudara saya tahu lebih lanjut pasal susur saya emailah saya..v6azizi@yahoo.com no phone saya 0179707969 salam

  17. Mohamed Nizam Sharifuddin Mustaffa March 24, 2011 at 4:40 am #

    Saya pun keturunan Tok Pulau Manis juga. Keluarga saya berasal dari Kampung Paloh, Kuala Terengganu tetapi sekarang telah menetap di Kuala Lumpur sejak 26 tahun dahulu. Datuk saya, Almarhum Syeikh Zain merupakan seorang yang terkenal di kampung Paloh. Salasilah keturunan Tok Pulau Manis sekarang di simpan oleh sepupu saya, Cikgu Wahid yang menetap di Gong Tok Nasek. Saya boleh dihubungi di no 0196703217. Sekian, terima kaih

    • Jalaluddin October 27, 2011 at 3:34 am #

      Saya ada mendapat satu salinan dari kerabat terdekat Tok Ku Pulau Manis catatan Cikgu Wahid. Setelah meneliti salasilah tersebut didapati ada kebenaran dan asasnya.

      Saya bukan dari Keturunan Tok Ku Pulau Manis, tetapi dari jaluran yang sama.

  18. shamsuddin April 13, 2011 at 2:59 pm #

    slm. Salasilah anak cucu marhum tok ku pulau manis ada dgn saya. Tolong warwarkan masa kumpul keluarga dah tiba. Syukran

    • rugaiyah June 7, 2011 at 5:55 am #

      salam, alhamdulillah, maklumkan tarikh berkumpul keluarga ni no phone saya 0129322909

    • Najib June 16, 2011 at 2:43 am #

      Mohon hubungi saya…kami keturunan tok pulaumanis di kelantan
      Najib 019 9810 685 Kota Bharu

      • Fatimah April 21, 2012 at 3:26 pm #

        sy juga keturunan tok pulau manis dr kelantan.. dari keturunan shiekh hassan

  19. Al-kelangi June 14, 2011 at 7:21 pm #

    Berdekatan dengan makan Tok Pulau Manis terdapat makam anaknya iaitu Ummi Kalthum seorang Jawa yang menyerupai batu nisan di Kompleks Permakamam Sunan Ampel . Ini kerana isteri pertama Tok Pulau Manis adalah seorang wanita Jawa dari Ceribon. Manakala isteri kedua berasal dari Terengganu memperolehi 4 orang anak lelaki Abdul Jamal, Abdul Kamal, Abdul Qahar, dan Abdul Kasim. Pada 1684H keempat-empat anak Tok Pulau Manis berhijrah iaitu Abdul Kamal ke Pulau Jawa, Abdul Jamal ke Sumatera, Acheh, Abdul Kahar ………….. Abdul Kasim ke Thailand . Ini menunjukkan adanya hubungan antara Tanah Jawa khususnya di Demak , Ceribon dengan Kerajaan Terengganu pada abad ke 16H.

    Petikan karya buku : Maulana Malik Ibrahim Pelopor Dan Penyebar agama Islam di Tanah Jawa.
    Oleh Ahmad Shukri Ghazali al-Kelangi

    • Sharif July 11, 2011 at 1:19 am #

      Salam tuan. Mohon hubungi saya di Klang. Jazakumullah. Drp. Shamsuddin. Hp 0173201949/0136744652. Ada perkara yang perlu dibincang.

  20. wan June 29, 2011 at 3:52 pm #

    Slm, sy wan dr seb takir. Menurut ayah sy, kami dr keturunan Tok pulau manis dan ade darah raja pahang dan terengganu. Moyang sy ulama 3 serangkai ngn Tok syeikh duyong n tokku paloh. Blh sape2 tlg smbg salasilh sy x?

  21. fasya.. July 10, 2011 at 4:14 am #

    salam….nk mtak tlong…lokasi sbenar makam tokku pulau manis kt mane eh????sy nk bt asgment utk tokoh ulama tganu…tp x taw kt ne makam tu…hope someone dpt tlong sy…tq.

  22. imran July 10, 2011 at 6:59 pm #

    asalammualaikum ,
    kepada semua keturunan tok pulau manis ingin saya berpesan kepada saya dan keturunannya agar kita tidak boleh berbangga dgn keturunan kita selagi kita tidak dapat apa yg diamalkan oleh tok pulau manis moyang kita dapat kita capai kerana dalam ramai2 hanya satu mewakili semua .Amal kitab dgn betul, bergurulah dgn ALLAH.pakai mata yg bersih,hati yg bersih dan akal yg bersih seperti mana dalam kalamnya.dekati Allah . Contoh kalau kita rasa dekat dgnnya maka kita jauh daripadanya kalau kita rasa jauh maka dia ada dekat kita .Hidup ini sebenarnya terbalik .jadi jaga2 semoga berjaya .insyaallah.

    • rugaiyah July 25, 2011 at 6:22 am #

      salam, itu yg sbaiknya, ilmu x stinggi mna, t/laku jga x spt mna… mlu nk mngaku keturunan baik-baik. smoga dberi petunjuk olh ALLAH n dberi ilmu n ikhlas dlm smua urusan!

    • Saidi Hashim October 27, 2013 at 9:28 pm #

      Encik imran, tujuan saya menyusuri salasilah ialah untuk mencari jalan menpelajari, mendalami ilmu dan dakwah yang telah diusahakan nenek moyang kita dahulu. saya setuju dengan saudara, pertalian darah tiada erti bila ilmu dan usaha tidak diwarisi. sekian wassalam. saidikmc@gmail.com

  23. mohd nasir tahir December 13, 2011 at 9:55 am #

    salam semua… saya nak mintak tolong sahabat2 sekalian……. saya dikhabarkan bahawa saya dari keturunan tok ku pulau manis pada tahun 1997 oleh bapa dua pupu saya . hari tu tok ki saya meninggal…… saya masih mencari kebenaran ini… tak tahu nak rujuk di mana…… yang saya ingat tik ki saya ada menceritakan kpd saya masa saya berumur 9 thn bahawa tok ki nya bernama ahmad (mat gelap) tinggal di hulu berang hulu terengganu.. dan berperang menentang british di padang kancung bersama hj abd rahman limbong…… sesiapa yang boleh bantu saya bolehlah hubungi saya MOHD NASIR BIN TAHIR 019-9368779 email ayhde_tp@yahoo.com…….

  24. matrocjk January 14, 2012 at 2:32 pm #

    moga dapat ziarah ke makam tok pulau manis atu hari nanti ,,insyaAllah….satu2nya ulamak yang menterjemah kitab Al-hikam..moga2 Allah S.W.T melimpahkan rahmat keatas ruhnya..Amin.

  25. no name January 14, 2012 at 2:49 pm #

    salam.saya juga generasi ke brape tah sy pon x igt.ayah sy(fadzillah mohd hijazi) dan tok wan sy(hijazzi bin hussein),pernah citer psl ni.boleh sy dapat salasialh lengkap?

    • kuyie kl August 13, 2012 at 7:59 am #

      al-fatihah kepada TUAN SYEIKH TOKKU PULAU MANIS…semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yang dikasihiNya…

    • firdaus August 25, 2012 at 1:03 pm #

      salam…sy ada salasilah tu…kalu nok mari jupe nge saya…saya xboleh pos mende2 ni…sbb ni pesanan keturunan saya…sy generasi ke 7 sheikh abdul malik dan merupakan cucu cicit kepada tok bongkok@yaakob….hubungi sya 0125814191@email tae5053@yahoo.com.my…-firdaus-

  26. ali2 July 3, 2012 at 11:10 am #

    Salam sori bebnyk aku tumpng sibok. D mana mkam tok pulau manis brada. ?… Hnya cucu kesayangan dia aje yg tau ha…ha…..byngkn orng yg x brtnggungjwp dpt tau d mana mkam tok aku…kompom bnyak colok, ayam golek, plot kning n bla,bla, bla

  27. Roshayati Hassan September 19, 2012 at 3:26 am #

    saya Roshayati keturunan ke-16,ingin berjumpa dengan saudara2 saya ini…

  28. nurul April 2, 2013 at 4:13 am #

    salam..saya juga pernah mengkaji salasilah keturunan sy tp xjmpa pnghujung. krana pernah seorng ustaz bgtau bahawa sy keturunan tok ku pulau manis & muka sy seiras dia (tp sy perempuan)..pelik sbb dia tahu sdgkan sy xpernah tahu ttg keturunan sy. jadi sy pernah tanya tokwan sy (nenek) dia ckp dia mmg knal dgn nama tok ku pulau manis dan dia ada jelaskan ttg ketrunan tu tapi sy xfaham(hehe).tp mak sy mmg pernah di jaga oleh mak sedara tokwan, mak kata nama panggilan dia ‘mek hitam’..xtau related atau tak. tapi sy teringin sgt nak tahu ttg tok ku pulau manis tu..xtau knp..mungkin just nak tau.
    harap2 dpt cari keturunan tok ku pulau manis yg ada sekarang..nak dgr cerita ttg tok ku pulau manis..menarik..^^

  29. sayyid October 3, 2013 at 3:41 pm #

    saya tak sengaja termasuk blog ini dan baca dan berterus terang saya geling kepala, Saya sungguh hairan kebanyakan saya jumpa dan termasuk facebook semua mengaku dia ada keturunan yang baik2 alim ulamak wali seperti di atas dan ada nya mengaku dia adalah keturunan sunan2 , pada saya manusia semua nya asal dari satu tali dari nabi adam dan hawa baik kafir dan islam nya. dan ada mengaku ini adakah mereka ini seperti belia2 alim nya ulamak, hafiz nya dan lain2 lagi. dan ada mengaku dia keturunan ulamak yang hebat2 belaka, saya pernah bertanya pada mereka itu, adakah kamu pernah berjumpa Rasullullah dengan 2 mata kepala kamu sendiri atau di angkat bertemu dengan beliau waktu sadar atas sejadah kamu , Jawab nya belum … saya geling kepala terus jalan malas nak layang orang2 seperti ini. saya benar minta maaf kalau menyinggung perasaan anda, tapi ini adalah benar.

  30. azizi yusof October 8, 2013 at 2:43 pm #

    salam semua Saudaraku. saya azizi yusof.ni no baharu Saya 01112179817.

  31. azizi yusof October 8, 2013 at 2:46 pm #

    apa apa msg saya.azizi

  32. fauzi69 March 6, 2014 at 7:01 pm #

    Mohd fauzi bin mohd roof bin taib bin umar bin daud bin badrudin. 012-9782732

  33. samsuddin June 29, 2014 at 2:31 pm #

    salamm… saya samsuddin, tinggal di kampung pulau bahagia, manir.. ayoh saya cakap, dia jugak berketurunan tok pulau manis. nama bapa saya hj ismail bin hj chick bin hj muhammad…. beliau cakap hj muhammad ni merupakan cicit kepada tok pulau manis dan memiliki ilmu yg banyak serta memiliki keramat seperti tok pulau manis… saya agak terkejut kerana ayoh saya x pernah sebut pasal salahsilah keluarga beliau sejak sekian lama setelah abg tiri saya(anak kpd isteri pertama ayoh saya) yg telah mencungkil rahsia ini di hadapan saya@samsuddin(anak kpd isteri kedua).. hanya abg tiri saya yang sempat bersama tok n to’ki(atuk)@hj chick, saya kurang arif dlm hal salahsilah ni.. sapa2 yg lebih mengetahui lebih dlm pasal keturunan tok pulau manis ni boleh whatapp/wechat saya di no 014-5149750. @ email kepada samsuddinz@gmail.com

    p/s : saya cadangkan buat satu group whatapp @ wechat tuk kemudahan bersama

  34. Norzairul Faizal bin Zulkunaini August 4, 2014 at 7:16 am #

    Salam, maaf mecelah jika sesiapa di ruangan komen ini mahu ke kubur Allaharyarham Haji Awang Alim ayah kepada Allaharyarham Haji said, apa yang kak Ramlah cakap kubur Allaharyarham berada di kg pantai seberang Marang adalah betul, dan kuburnya terbiar sekarang tidak terjaga. My fone Number 0179300232 faizal.

  35. Miziana Yusoff November 4, 2015 at 4:34 am #

    Assalamualaikum..
    Blh sesiapa bantu sy pasal salasilah keturunan s.a.malik.

  36. saberi February 8, 2016 at 2:48 pm #

    ada rujuk salasilah keturunan tokku pulau manis tak?…

  37. Adi November 11, 2017 at 7:18 am #

    Macamana plak arwah Sheikh boleh balik thun 1960

  38. Ahmad January 19, 2019 at 11:07 pm #

    Maaf bertanya.. Boleh tahu tak kenapa nama dari keturunan syarif (syarif muhmmad al bagdhadi ) bertukar kepada sheikh/sayyid ( sheikh abdul malik). Adakah ini disebabkan ibu kepada tokku pulau manis dari keturunan sheikh/sayyid .

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tempat /Makam bersejarah dan keramat di Nusantara « Nagaraku’s Blog - March 24, 2009

    […] SEIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS) […]

Leave a reply to fauzi69 Cancel reply