Kesinambungan Pencarian

26 Oct

Agak lama juga blog ini berehat. Setelah melalui beberapa musim terutamanya Ramadhan dan Syawal, baru kini saya diberi kekuatan olehNYA untuk meneruskan kesinambungan tulisan-tulisan yang lepas. Saya percaya bahawa blog ini hanyalah picisan sahaja, maka tiadalah mana-mana pihak yang akan kecewa dengan muramnya Kembara Salik .

Penulisan di blog ini juga bukanlah untuk mencari populariti sedangkan saya juga bukanlah sepopular bloggers-bloggers yang lain, apatah lagi untuk menjadi popular seperti artis-artis dan tokoh-tokoh ternama. Disini, ianya hanyalah perhentian dan persinggahan. Sekadar catatan kosong saya dalam melakar perjalanan hidup yang sentiasa berubah-ubah, macam sesumpah.

Memang diakui, untuk menetapkan pendirian hidup bukannya sesuatu yang mudah. Untuk menjadi seorang yang berprinsip hebat juga perlukan ketahanan apabila diuji. Bukan seperti pohon mati yang menunggu masa untuk rebah pada bila-bila masa sahaja.

Adakalanya, menjadi seperti lalang ada bagusnya juga walaupun banyak bidalan dan perumpamaan mengungkapkan, janganlah menjadi seperti lalang yang tiada pendirian. Mengikut rentak angin kemana ia bertiup. Kita hanya melihat daun yang bergoyang, tetapi kita tidak pernah melihatnya akarnya yang kukuh menghunjam kedalam bumi. Datanglah ribut sekuat mana, lalang tetap kukuh dan tidak tercabut. Menanti hari terang dan cerah untuk dedaun itu tegak kembali, dan ia menari kembali mengikut rentak tari kehidupan yang pelbagai dan membadai.

Maaf sahabat. Kalau kalian terjumpa sesuatu yang hebat dalam blog ini, bukan bermakna penulisnya juga adalah seorang yang hebat. Atau lebih tepat lagi dia mungkin penulis blog ini berangan-angan dan berfantasi sahaja. Menceritakan kehebatan yang bukan miliknya yangmungkin jauh lagi kebenaranya. Mungkin ianya hanya sekadar cerita, cedokan dari sumber yang lain.

Mati itu pasti

Semua orang akan mati. Penyataan ini adalah pasti kerana Allah sendiri telah mengungkapkannya di dalam Al Quran. Siapa yang berani menafikannya melainkan orang itu adalah orang-orang yang kufur nikmatNYA.

Saya juga akan mati seperti saudara pembaca sekelian. Cuma secara umumnya, kelakuan kita (saya) tidak menggambarkan  bahawa kita (saya).akan mati. Mati bermakna kita akan ke kubur sebagai transit sebelum dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak. Akan tetapi perasankah kita bahawa kehidupan kita pada hari ini sangat-sangat terbelenggu dan terikat dengan faktor keduniaan yang kuat. Seolah-olah dunia inilah segalanya. Kita hidup, makan dan mencari rezeki semata-mata untuk memenuhi nafsu keduniaan semata-mata. Alangkah kotornya jiwa kita sedangkan dunia dan seisinya ini tiada bernilai langsung walau sebesar sebelah sayap nyamuk untuk Allah.

Apa dan bagaimana ?

Soalan itu saya ajukan untuk saya sebenarnya. Sebenarnya, Jalan untuk itu sudah ada, cuma faktor kelalaian dan kebodohan menjadikan ianya tidak digilap sepenuhnya. Bodohnya saya!

Selagi nafas masih berhembus, selagi itulah peluang tetap ada untuk kembali kepada fitrah. Tidak salah untuk kita bermula di garisan permulaan semula kerana setiap sesuatu hasil yang baik itu pastinya bermula dengan permulaan yang baik.

Ingat! Disini hanya ujian. Tempat sementara. Disana adalah tempat yang kekal abadi. Kalau kamu mahu untung disana, ayuhlah mulakan semula permainan ini. Ayuh kita bermula semula digarisan permulaan. Tiada salahnya untuk mengaku kesilapan dan kebodohan diri.

One Response to “Kesinambungan Pencarian”

  1. al-fakir October 27, 2009 at 9:24 am #

    Teruskan wahai sahabat….pokok yang ada akar dan bertunjang pasti boleh bertahan dan dapat meneruskan kesinambungan hidup….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: