Salaf vs Khalaf

18 Nov

Mutakhir ini, perbahasan agama diantara pendapat khalaf dan salaf dilihat agak rancak berlaku. Adakalanya, perbahasan ini lebih cenderung untuk membuka pintu perbalahan diantara pengikut kedua-dua aliran tersebut.

Sejarahnya terlalu panjang untuk di kisahkan disini tentang bila dan bagaimana ianya berlaku. Sejarah ini bukan baru setahun dua sudah bermula, tetapi telah berkurun lamanya diperbahaskan.

Di alam Melayu sendiri, pertembungan dua aliran ini telah berlaku sejak zaman awal masuknya Islam ke Nusantara. Di Malaysia khususnya, ia telah berlaku sejak dizaman gemilangnya tokoh seperti Tok Kenali. Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkannya dari sumber-sumber yang lain kerana keutamaan saya menulis tidak kearah pengkisahan semula sejarah.

Apa sebenarnya?

Perkara asas yang menjadi perbezaan diantara aliran khalaf dan salaf ialah dari sudut pengambilan hukum dan dalil. Bermula dari titik inilah ianya memperbahaskan tentang tauhid, fiqah dan akhlak.

Secara asasnya, aliran salaf bersumberkan terus daripada Al-Quran dan Hadis untuk mengistinbat hukum dan bagi aliran khalaf, disana ada empat sumber pengambilan hukum yang utama. Pertamanya ialah Al-Quran, keduanya ialah Hadis, ketiganya ialah Ijma’  Ulama dan yang keempat ialah Qias.Ada juga sesetengah ulama’ yang berijtihad dengan menggunakan sumber pengambilan yang kedua seperti istihsan dan masalih almursalah.

Siapa Yang Betul & Siapa Yang Salah

Semua orang tidak sukakan pergaduhan dan perbalahan. Maka disana akan keluar dalil bahawa semua orang Mukmin itu adalah bersaudara. Dalil-dalil mengenai pergaduhan dan perbalahan juga terlalu banyak untuk di huraikan satu persatu.

Jadi, mana satukah pendapat yang boleh kita ikuti. Khalaf atau salaf? Kerana ianya melibatkan cara kita berfikir dan juga cara kita melaksanakan ibadah. Kalau solat Tarawih, anda mahu 20 rakaat atau 8 rakaat.

Kalau membicara soal ketuhanan, anda mahu menerima bahawa Allah itu duduk di atas arasy atau Allah itu tidak mempunyai tempat.

Saya percaya bahawa kebanyakan orang awam seperti saya akan keliru dan pening kerana semua hujah-hujah yang dinyatakan dibawa oleh tokoh-tokoh yang diiktiraf oleh masyarakat.

Maka sebab itulah, saya tekankan kepentingannya untuk kita berguru untuk melaksanakan ibadah. Memberi nilai tambah kepada ibadah kita dengan ilmu, bukannya sekadar ikut-ikutan ataupun lebih mudah bahasanya, ibadah itu tidak lebih dari adat sahaja.

Jadi persoalan ini saya pulangkan kepada untuk untuk menilai. Dimana salahnya khalaf dan dimana tak betulnya salaf. Fikir tuan-tuan!

Jalan Penyelesaian

Saya sendiri akan tersenyum sendirian bila memikirkan jalan penyelesaiannya. Sebab saya sendiri bukanlah insan yang layak berijtihad. Jadi bagi mendepani isu ini, saya suka memakai hujah-hujah guru saya agar kita bersikap rasional .  Pemikiran yang rasional akan menutup pintu ta’asub dan kita akan dapat menilai dengan pemikiran dan hati yang tenang. Mintalah petunjuk Allah.

Atas dasar penyatuan ummah jugalah, Imam Hassan AlBanna telah menggariskan 20 usul didalam kitabnya “Usul Isyrin” bagaimana untuk kita berhadapan dengan situasi ini. Beliau telah berusaha untuk menyatukan kedua-dua golongan ini dan memusatkan fokus umat Islam kepada satu iaitu, Jihad melawan kuffar.

Perbalahan ini telah dan akan merugikan masa depan umat Islam itu sendiri. Kita akan terjebak dengan kancah perdebatan yang melekakan. Ianya tidak akan berkesudahan.

Rumusan

Sudah sampai masanya untuk kita meninggalkan titik-titik perbezaan dan mencari serta menyusun titik-titik persamaan. Tiada ruginya untuk berlapang dada. Kita fokuskan fikiran dan gerk kerja kepada perkara yang lebih aula.

Kepada para alim ulama, para imam mujtahid serta mufti-mufti yang digaji, duduklah semeja dan leraikan permusuhan.

Kepada kita semua, beramallah selagi mana anda meyakini bahawa amalan tersebut mempunyai hujah yang kukuh serta tidak melanggar syara’.

Wallahua’lam.

PPSPPA : Bangsar (18 Nov 2009)

4 Responses to “Salaf vs Khalaf”

  1. al-fakir November 20, 2009 at 4:11 am #

    setuju…carilah titik pertemuan bukan titik perbalahan. tutup pintu perdebatan….belajar perkara yang lebih utama daripada yang utama. “FIQH AULAWIYAH”

  2. PIRDAUS,PENANG March 19, 2010 at 6:45 am #

    saya amat setuju dengan artikel anda…ada juga yg bergelar ustaz tidak mahu langsung menerima fahaman org lain dgn menggelar wahabi dgn org lain…xxxxxxxxx(perkataan ini telah diedit)

  3. ahlul sunnah April 5, 2010 at 2:49 am #

    Salam mahabbah,

    Untuk perkara-perkara furuk (cabang) tiada apa-apa masalah. Kalau ada firqah yang yang tak nak tahlil, tak nak maulid, tak nak baca qunut hatta nak buat 8 rakaat sembahyang terawih dan lain-lain lg tak de masalah. Masalah bila melibatkan akidah yang tidak boleh ditolak ansur. Ulama Salaf (yang sejati) dan Khalaf sebenarnya tiada perbezaan. Ulama Salaf tidak mentakwilkan ayat mutasyabibat dalam quran. Diserah sepenuhnya maknanya kepada Allah Taala. Kalau disebut tangan Allah, ulama salaf tidak mentakwil dan tidak juga beranggapan Allah itu ada tangan. Maknanya tangan Allah, tu diserahkan kepada Allah. Firqah yang memanggil diri mereka sebagai salafi pun tidak mentakwil. Tetapi kalau dikatakan tangan Allah tu Allah bertangan lah cuma bagaimana tangan tu bersesuaian dengan kebesaran Allah Taala. Pegangan ini diketengahkan oleh Ibnu Taimiyah dan ditentang oleh kebanyakan ulama zaman tu. Jadi ada perbezaan diantara pandangan ulama salaf (yang sejati) dengan pandangan Ibnu Taimiyah. Pandangan senyap sehingga di popularkan kembali oleh Sheikh Muhamad Abdul Wahab an-Nijdi lebih kurang 400 ratus tahun kemudian.
    Manakala ulama khalaf pula mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat. Takwil ulama khalaf pun bersandarkan dalil-dalil.
    Ana tidak berpegang dengan Ibnu Taimiyah dan tidak pula nak menyesatkan sebab ana cuma orang awam saja.
    Kita pohon kepad Allah supaya ditunjukkan jalan yang benar.

  4. nafisah April 20, 2010 at 3:07 pm #

    salam….

    ustaz ada mengatakan asas perbezaan salaf dan khalaf ialah sudut pengambilan hukum dan dalil? adakah dalil2 tersebut dari al-Quran sahaja atau juga dari al-hadith dan sunnah?

    boleh ustaz jelaskan contoh2 perbezaan 2 golongan ini dalam mengambil dalil2 dari al-hadith atau sunnah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: