Archive | March, 2011

Bumi Kian Laju, Masa Semakin Cepat…Kiamat Hampir Tiba ???

23 Mar


Bencana melanda kembali. Tsunami Jepun telah meranapkan Daerah utara Jepun menjadi padang jarak padang tekukur. Kisahnya mengingatkan kepada memori Hiroshima dan Nagasaki setengah abad yang lalu. Mungkin saudara-saudara sekelian boleh merujuk artikel lama saya ketika bencana gempa melanda Indonesia satu masa dahulu.

Klik sini : Bencana Alam : Kembalilah kepada Allah

Fokus saya pada artikel kali ini adalah berkaitan dengan fakta-fakta akibat bencana berganda yang berlaku di Jepun. Mesejnya tentang kiamat dan kemunculan dajjal laknatullah. Saya titipkan kembali tulisan ini dari kiriman sahabat saya untuk sama-sama kita fikir-fikirkan.

——————————————————————————–

Pernah dulu tahun lepas/2 tahun lepas (tak berapa nk ingat) sy tengok 1 siri TV Barat ni, mereka cerita tentang Zaman Ais. Dimana zaman ais akan mungkin berlaku untuk tahun2 kedepan nanti… 

Almaklumlah, disebabkan kejahilan diri dan kecetekan akal fikiran, sy hanya gelakkan saja teori2 mereka..rupa2nya mereka menceritakan pada zaman sekarang !!! 

Moral of the story : Wlaupun mereka hanya org2 Barat, tapi cubala luaskan juga fikiran kita menilai segala teori2 mereka coz hampir kebanyakan teori/ilmu yg mereka perkatakan adalah dari hasil kajian yang teliti dan dari ilmu Allah SWT. Mereka mengambil ilmu Allah, mereka menguasainya tapi 1 saja..MEREKA TIDAK MENGIMANI ALLAH SWT.. tat’s the point..

Jika anda perasan, sy byk menceritakan tntg Jepun/gempa bumi sjk akhir ni..tau kenapa ??? apa yg di bimbangkan telah terjadi kini… JOM IKUTI KISAH DI BAWAH. ( kebanyakkan dh tau pun cita ni, sy share juga 😛 )

Gempa Bumi tu apa ?

Ia adalah fenomena gegaran bumi coz gerakan bumi mengalami gelinciran kat garis sesaran bumi/disebabkn xtvt gunung berapi.

Semua gempa bumi tu tanda nak kiamat sangat ke ?

Bukan semua gempa bumi merujuk pd kiamat semata2 tapi yg dimaksudkan adalah gempa bumi yg luar biasa…

Luar biasa macam mana ?

Macam kat Jepun ni la..

Kenapa pula ?

Coz faktanya Jepun dilanda gempa bumi pada skala yg besar iaitu 8.9/9.0 s/richter dan cetuskan tsunami setinggi 10 m.. tinggi tu.. nk ukur/bayangkan senang je.. setiap manusia (asia) kebanyakkan tinggi kita sekitar 1.5 – 1.7 m sahaja.. jadi bayangkan pula kalau 10 m.. mean 10 kali ganda tinggi kita..  mahunya kita tak tenggelam dan bangunan tak runtuh.. huhuhu ~

Laa, sama je gempanya macam berlaku kat negara lain…

SALAH !!! Ia berbeza..

Apa yg bezanya ?

GEMPA BUMI DI JEPUN ADALAH YG TERBESAR DI JEPUN DAN KELIMA TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA !!!

Lagi ?

GEMPA BUMI DI JEPUN TELAH MENGUBAH LANDSKAP DAN PERJALANAN BUMI KITA !!!

Buktinya ?

BENTUK MUKA BUMI JEPUN BERGERAK SEBANYAK 4 M. Pulau Honshu adalah bahagian paling besar di Jepun telah berganjak kedudukannya sehingga 2.4 m .

Errr lagi ?

  1. PAKSI BUMI TELAH MENYENDENG 25 CM SEHINGGA MEMPERCEPATKAN PUTARAN BUMI LEBIH SEJUTA MIKRO SESAAT.
  2. SEJUMLAH KERAK BUMI DAH JATUH MENJUNAM KE DALAM RETAKAN/REKAHAN SEPANJANG 402 KM DAN TELAH BUKA JURANG SLUAS 9.6 KM DI BAWAH LAUTAN PASIFIK.

Perkara ni telah di akui oleh saintis barat dan Itali dan mereka juga kata impak ni lebih besar dr yg blaku ni Sumatera..

Eh..paksi bumi ??? Apa kesannya ???

Ya, PAKSI BUMI TELAH BERUBAH !!! PERUBAHAN 1 DARJAH PAKSI BUMI BERMAKNA IA BERGERAK KIRA2 110 KM. MAKSUDNYA PUTARAN BUMI SEMAKIN LAJU !!!

 

Kesannya :

1) Berlakunya zaman ais ( Pakar Fizik US )

Bez
la kan kalau ada zaman ais ? sejuk je..jimat duit air n tak payah
mandi..n paling bez boleh main ice skatting free je.. Haa, iya sangatlah
tu .. Impak sangat besar kalau terjadi zaman ais ni. Coz  :

a. Cahaya matahari tak sampai ke bumi n sebabkan tumbuhan mati n haiwan pun akan mati..

b. Air di lautan akan beku n ikan2 semua jadi fossil nanti..malah penguin pun jadi patung ais..

c. n IA LUMPUHKAN SISTEM ELEKTRIK dan ELEKTRONIK DUNIA !!! Mean takda fb, xda utube..overall takda internet, takda sebarang telekomunikasi..

Cuba perhatikan cuaca dunia yg semakin berubah ni…Pelik & Ajaib..

Mutiara Iman Edisi 977

23 Mar

LAFAZ ASSALAMUALAIKUM

عن ابن مسعود رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن من اشراط الساعة أن يسلم الرجل على الرجل لا يسلم عليه الا لمعرفة. ( رواه أحمد )

Dari Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya salah satu daripada tanda kiamat ialah seseorang yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja. ”  ( Riwayat Ahmad )

HURAIAN HADIS .

  1. Hadis ini mengingatkan kita tentang petanda hari kiamat dan hendaklah sentiasa menyebarkan salam sesama saudara islam dan bukan hanya kepada orang yang dikenalinya sahaja. Ini adalah kerana ummat Islam itu merupakan saudara  antara satu sama lain.
  2. Lafaz salam merupakan doa buat saudaranya yang lain. Kalimah ‘ASSALAM ’ membawa makna sejahtera dan ‘ALAIKUM ’ membawa makna keatas kamu. Ucapan salam yang berbentuk doa ini hendaklah dilafazkan dengan sempurna dan betul, dan tidak boleh dimain-mainkan atau dianggap remeh, kerana lafaz salam yang digunakan terkandung nama ALLAH iaitu ASSALAM ( ALLAH yang MAHA sejahtera ).
  3. Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun pahala memberi salam akan diberikan apabila salam yang dihulurkan dengan sempurna dan dijawab dengan sempurna.
  4. Salam bukanlah perkataan sapaan biasa, bahkan ia adalah lambang kepada akhlak Islam ketika bertemu dalam menjalinkan silaturrahim. Akhlak ini merupakan akhlak Rasulullah SAW yang agung. Salam juga merupakan pengenalan indentiti seseorang Islam yang dapat membezakan antara orang Islam atau bukan Islam.
  5. Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga ALLAH. Semoga ALLAH mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada ummat Islam yang mengamalkan salam.

WALLAHU’ALAM

test subcribefire

23 Mar

test