Archive | June, 2011

Solat Dhuha Beserta Doanya

29 Jun

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

DALIL TENTANG SOLAT INI.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال :

أو صاني خليلي بثلاثة صيام أيام من كل شهر وركعتين الضحى وأن أوتر قبل أنام .

(رواه البخاري ومسلم)

 

 

Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

NIATNYA

أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya :

Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

 

DOA SOLAT DHUHA

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ .

Maksud :

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.



Advertisements

Isra dan Mi’raj

29 Jun

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Isra Mi’raj (Arab:الإسراء والمعراج‎, al-’Isrā’ wal-Mi‘rāğ) adalah dua bagian dari perjalanan yang dilakukan oleh Muhammad dalam waktu satu malam saja. Kejadian ini merupakan salah satu peristiwa penting bagi umat Islam, karena pada peristiwa ini Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam mendapat perintah untuk menunaikan salat lima waktu sehari semalam.

Isra Mi’raj terjadi pada periode akhir kenabian di Makkah sebelum Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam hijrah ke Madinah. Menurut al-Maududi[1] dan mayoritas ulama,[2] Isra Mi’raj terjadi pada tahun pertama sebelum hijrah, yaitu antara tahun 620-621 M. Menurut al-Allamah al-Manshurfuri, Isra Mi’raj terjadi pada malam 27 Rajab tahun ke-10 kenabian, dan inilah yang populer. Namun demikian, Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri[3] menolak pendapat tersebut dengan alasan karena Khadijah radhiyallahu anha meninggal pada bulan Ramadan tahun ke-10 kenabian, yaitu 2 bulan setelah bulan Rajab. Dan saat itu belum ada kewajiban salat lima waktu. Al-Mubarakfuri menyebutkan 6 pendapat tentang waktu kejadian Isra Mi’raj. Tetapi tidak ada satupun yang pasti. Dengan demikian, tidak diketahui secara persis kapan tanggal terjadinya Isra Mi’raj.

Peristiwa Isra Mi’raj terbagi dalam 2 peristiwa yang berbeda. Dalam Isra, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam “diberangkatkan” oleh Allah SWT dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa. Lalu dalam Mi’raj Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Di sini Beliau mendapat perintah langsung dari Allah SWT untuk menunaikan salat lima waktu.

Bagi umat Islam, peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang berharga, karena ketika inilah salat lima waktu diwajibkan, dan tidak ada Nabi lain yang mendapat perjalanan sampai ke Sidratul Muntaha seperti ini. Walaupun begitu, peristiwa ini juga dikatakan memuat berbagai macam hal yang membuat Rasullullah SAW sedih.

MERENDAH DIRI

24 Jun


(ومن تواضع لله رفعه الله” (صحيح مسلم

“ Dan Barangsiapa yang merendah diri kerana ALLAH, ALLAH akan meninggikan darjatnya. “

( Riwayat Sohih Muslim )

 ULASAN AYAT:

  1. ALLAH akan meninggikan darjat orang yang merendah diri. Contoh yang paling sempurna untuk kita contohi adalah Rasulullah SAW. Nabi SAW adalah seorang yang sangat merendahkan diri, sekalipun tinggi martabat Baginda SAW. Baginda SAW mengenderai himar dengan berlapikkan selember kain dan kadang-kadang dengan membawa orang lain. Baginda SAW suka menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan orang ramai, menjahit kasut, menampal baju dan membantu kerja-kerja kekeluargaan di rumah.
  2. Sikap Rasulullah SAW  apabila berjalan melalui tempat kanak-kanak, Baginda SAW akan memberikan salam. Jika duduk-duduk dengan para sahabat, Baginda bercampur dengan semua orang tidak mengira sesiapa, seolah-olah mereka adalah sahabat-sahabat Baginda SAW, sehingga bila orang asing datang untuk menemui Baginda, mereka sukar membezakan lalu terpaksa bertanya siapakah diantara mereka itu Rasulullah SAW.
  3. Apabila Rasulullah SAW datang ke suatu pertemuan, jika orang bercakap hal akhirat, Baginda akan menyertai, jika mereka bercakap berkenaan hal makan dan minum Baginda SAW juga turut menyertai perbicaraan itu, sebagai tanda tawaduknya Baginda SAW. Sekalipun Baginda adalah dikalangan orang yang paling mulia dan bertaqwa di sisi ALLAH.
  4. Kadang-kadang  para sahabat menyanyikan syair dihadapan Rasulullah yang mulia, lalu bercerita juga hal semasa zaman jahiliyah, jika mereka ketawa, Rasulullah SAW juga turut tersenyum. Baginda SAW tidak pernah mencegah sahabat-sahabat dalam apa jua perbuatan melainkan dalam perkara-perkara yang haram.
  5. Begitulah sifat dan sikap Rasulullah SAW, sangat merendah diri, biarpun dirinya sangat hebat dan termulia, akhlak Baginda SAW patut dan wajib dicontohi oleh semua lapisan dan golongan. Ya ALLAH, kurniakan kami rezki dapat mengikuti percakapan, perbuatan, ibadah dan amalan soleh Rasulullah SAW dimana sahaja kami berada.

WALLAHU’ALAM

Kompilasi Galeri Ulama

24 Jun

Sengaja saya mewujudkan ruangan galeri ulama’ di dalam blog ini sebagai rujukan dan pembakar semangat untuk saya terus berusaha menggapai ilmu2 kehidupan dunia dan akhirat.Ulama adalah mata rantai kepada kesinambungan kegemilangan tamadun. Seperti mana yang dimaklumi, tamadun islam di bina atas asas rohaniyah dan juga jasmaniyah. Ianya bertunjangkan Al-Quran dan Assunnah. Maka disinilah pernanan ulama dilihat signifikan dalam pembangunan ummah kerana merekalah antara golongan yang memahami Al_quran dan As-sunnah dan menggarapnya dalam kehidupan seharian.

Mereka jugalah yang telah bertanggungjawab yang menjadi sebab tersebarnya nur islami ke seantero alam, khususnya di bumi nusantara ini. Sejarah telah dinukilkan dengan gemilang kejayaan ulama’-ulama’ silam bagi memastikan benih-benih islam terus subur dan berkembang biak.

Saudara/i boleh mengakses antri-entri terdahulu tentang galeri ulama’ seperti mana berikut. Kesemua bahan saya kutip dari karya-karya penulis lain untuk dikongsi dan saya memberi setinggi kredit dan penghargaan atas usaha yang telah mereka lakukan.

Saya hampir kehilangan sumber pautan ke laman web yang lain. Faktor-faktor seperti penutupan laman web dan sebagainya akan mengakibatkan sumber-sumber ini tidak boleh diakses. Atas kesedaran inilah saya cuba menghumpunkan kembali sumber-sumber yang ada dan saya akan menerbitkannya semula di blog ini untuk bacaan saudara/i sekelian.

Sekiranya anda mempunyai maklumat dan sumber-sumber yang baik tentang ulama-ulama silam, boleh berhubung melalui email saya : admin@mohdrazani.com .

GALERI ULAMA

SENARAI ARTIKEL ULAMA NUSANTARA

Sila klik pada senarai dibawah untuk maklumat dan bacaan selanjutnya. Kiai Khalil Abu Ammar pakar ilmu Arabiah di Selangor   Kiai … more →

SENARAI ARTIKEL ULAMA NUSANTARA

razani wrote 2 years ago:   Sila klik pada senarai dibawah untuk maklumat dan bacaan selanjutnya.  … more →

 

SYEIKH ABDUR RAUF FANSURI 3

razani wrote 2 years ago: Abdul Rauf ibn Ali al-Fansuri Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Abdul Rauf ibn Ali a … more →

 

SYEIKH ABDUR RAUF FANSURI 2

razani wrote 2 years ago: Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah   MENGENAI ulama ini sangat banyak ditulis orang, namun tulisan ini … more →

 

SYEIKH ABDUR RAUF FANSURI 1

razani wrote 2 years ago: Upaya al-Raniri memperkenalkan gagasan neo-sufisme Islam di dunia Melayu-Nusantara selanjutnya diter … more →

 

Kiai Muhammad Ali Qaribun ulama Selangor berjiwa besar 2 comments

razani wrote 2 years ago: Petikan dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia … more →

 

SYEIKH ABDUL MALIK (TOK PULAU MANIS)29 comments

razani wrote 2 years ago: Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu p … more →

REZEKI BERKAT DENGAN BERSEDEKAH

22 Jun

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬ (٩٢

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya.

(Ali Imraan : 92)

ULASAN AYAT

  1. Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kekayaan yang sempurna ialah apabila kita memperolehi keberkatan harta, keberkatan harta hanya akan diperolehi dengan cara menginfaqkan harta ( sedekah harta ). Malah lebih diberkati jika kita mengeluarkan harta yang paling kita sayangi. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
  2. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi ALLAH.
  3. Semoga ALLAH mengurniakan rezeki yang berkat dan kekal malah bertambah walaupun telah digunakan. ALLAH akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, ALLAH akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, ALLAH akan tambahkan lagi dari sumber yang tidak disangka-sangka.
  4. Cara Untuk Mendapat Keberkatan Dari Allah
    • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh ALLAH.
    • Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh ALLAH.
    • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
    • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
    • Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). InsyALLAH akan diganti oleh ALLAH tanpa kita sedari.
    • Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana ALLAH bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
    • Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
    • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
    • Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92. Seperti ayat di atas.
    • Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.
    • Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi bersabda dengan mafhumnya : “ takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.”  Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
  • WALLAHU’ALAM

  • SEGERAKAN 3 PERKARA

    21 Jun

                   ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

    Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.                                                                                                                     

    (Riwayat At-Tirmizi )

     

    ULASAN HADIS:

     

    1.    Hadis di atas menerangkan mengenai 3 perkara yang tidak boleh dilambat-lambatkan atau ditangguhkan iaitu apabila tiba waktu solat, hendaklah bersegera menunaikan solat, apabila jenazah telah siap dimandi dan dikafankan, hendaklah disegerakan pengebumiannya dan bagi wanita yang telah bertemu jodohnya, hendaklah disegerakan perkahwinannya.

    2.    Apabila bertembung antara tugasan harian dan waktu solat, hendaklah diutamakan solat tersebut. Sebagaimana kita meng’utama’kan Allah SWT didalam urusan kita, sudah pasti Allah akan meng’utama’kan kita.

    3.    Begitu juga hal yang berkaitan dengan jodoh, apabila telah sampai jodohnya, hendaklah disegerakan. Namun, bukanlah dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

    4.   Setiap perkara yang ditetap dan disaran oleh Allah SWT, sudah pasti ada hikmahnya. Justeru, tidak perlu berkira-kira, taat dan patuhlah atas saranannya. InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat.

     

    WALLAHU’ALAM

    Zawiyah Syaikh Abdul Malik

    20 Jun

    http://www.zawiyahsam.com/index.html

    CETUSAN NURANI

    Manhaj Ulama Alam Melayu
    Telah meninggalkan jalannya yang jelas
    Pada Akidah, Fekah, Tasawwuf, Tarekah, Dakwah dan Siasah
    Pada Syariat, Tarekah, Hakikat dan Makrifat Berdiri di atas Ahlu Sunnah wal Jamaah perjalanan Nabi, Sahabat, Tabi’en dan Tabiut Tabi’en
    Dan terus berjalan rantaian sanad tersebut pada diri mereka melalui guru-guru mereka

    Dan aku kini hanya penyambung sanad ilmu dan amalnya
    Tiada aku mencipta sesuatu yang baru
    Biarlah aku dianggap jumud, sesat, bida’ah, ketinggalan zaman dan ditohmah dengan pelbagai fitnah
    Namun dasar ilmu dan tarbiyah mereka tetapku teruskan

    Dakwah dan siasah mereka ku jadikan sandaran
    Keyakinan ku, jalan mereka diredhai Allah, dicintai Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam
    Mereka kekasih Allah yang tiada siapa boleh pertikaikan
    Perjuangannya telah membawa kejayaan membina pemerintahan yang bertakwa dan masyarakat yang beriman
    Inilah juga perjalanan Ulama Tradisi Alam Melayu

    Cahaya Allah yang dilimpahkan kepada Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam tidak akan terpadam
    Ia tetap bersinar bagaikan matahari daripada dada hamba Rabbani

    Tujuh Sendi kekuatan yang dibina di Nusantara ini
    akan mekar kembali di bumi bertuah ini
    Tiada siapa lagi mampu menahannya!

    al faqir Tokku