REZEKI BERKAT DENGAN BERSEDEKAH

22 Jun

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬ (٩٢

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya.

(Ali Imraan : 92)

ULASAN AYAT

  1. Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kekayaan yang sempurna ialah apabila kita memperolehi keberkatan harta, keberkatan harta hanya akan diperolehi dengan cara menginfaqkan harta ( sedekah harta ). Malah lebih diberkati jika kita mengeluarkan harta yang paling kita sayangi. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
  2. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi ALLAH.
  3. Semoga ALLAH mengurniakan rezeki yang berkat dan kekal malah bertambah walaupun telah digunakan. ALLAH akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, ALLAH akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, ALLAH akan tambahkan lagi dari sumber yang tidak disangka-sangka.
  4. Cara Untuk Mendapat Keberkatan Dari Allah
    • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh ALLAH.
    • Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh ALLAH.
    • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
    • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
    • Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). InsyALLAH akan diganti oleh ALLAH tanpa kita sedari.
    • Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana ALLAH bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
    • Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
    • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
    • Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92. Seperti ayat di atas.
    • Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.
    • Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi bersabda dengan mafhumnya : “ takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.”  Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
  • WALLAHU’ALAM

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: