Archive | Aktiviti RSS feed for this section

Jumpa Saya di Facebook

17 Jan

fb

Saya telah menyertai banyak ruangan sosial di alam maya seperti Frindster, Tagged dsb. Terkini saya telah menyertai ruangan Facebook. Antara kesemuanya, FB telah memberikan saya satu kepuasan yang berlainan dengan ruamgan sosial yang lain. Saya telah merasakan manfaatnya dan ianya juga amat memudahkan saya untuk menjejaki teman-teman lama satu ketika dahulu samaada teman sekampung, sekolah dan juga seuniversiti.

Jaringan masa menjadi semakin singkat dengan adanya teknologi-teknologi seperti ini pada zaman era IT. Sepatutnya, cabaran Islam juga semakin dilihat bergerak pantas yang mana ianya saling pintas memintas diantara teknologi dan tuntutan Iman, Islam dan Akhlak.

Sebenarnya, ruangan sosial di internet menjadi satu “tool” dan medium yang boleh digunakan pakai untuk memberikan satu anjakan kepada Islam dalam erti kehidupan kita. Faktor menerima dan memberi menjadi satu aktiviti yang rancak. Saya umpamakan situasi ini sebagai medan dakwah dan tarbiyah tanpa sempadan ( masa/tempat/ dan waktu). Tinggal lagi mana kita perlu meletakkan satu kod etika pada diri sendiri dalam memanipulasikan teknologi yang ada. Faktor kebersamaan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan perlu dirasakan agar, aktiviti-aktiviti kita tidak tersasar dari yang sepatutnya.

Sila “add” kan saya sebagai sahabat anda di facebook : csm_mrazani@yahoo.com

Dari Damai Ke Bandar Anggerik

8 Sep

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari dengan kerajaan ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah , tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami dibangkitkan.

Kami terjaga dipagi haridalam fitrah Islam dan kalimah ikhlas dan dal;am agama nabi kami, Muhammad SAW dan dalam millah bapa kami Ibrahim yang hanif sedang dia bukan seorang yang musyrik.

Ya Allah! Aku terjaga olehmu dalam nikmat afiat dan terjaganya rahsia-rahsiaku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiatmu itu atasku, di dunia dan akhirat.

Ya Allah, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagimu segala puji dan syukur.

Gambar : Suasana pagi (fajar sodiq) pandangan dari jendela kediaman baru di Bandar Anggerik.Kelihatan menara UiTM di puncak bukit dengan dilatari cahaya terbit fajar keberkatan bulan Ramadhan.

Ya Allah! Damaikanlah jiwa ini sebagaimana damainya pemandangan indah ciptaanmu di waktu pagi ini.