Archive | Artikel Semasa RSS feed for this section

Isra dan Mi’raj

29 Jun

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Isra Mi’raj (Arab:الإسراء والمعراج‎, al-’Isrā’ wal-Mi‘rāğ) adalah dua bagian dari perjalanan yang dilakukan oleh Muhammad dalam waktu satu malam saja. Kejadian ini merupakan salah satu peristiwa penting bagi umat Islam, karena pada peristiwa ini Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam mendapat perintah untuk menunaikan salat lima waktu sehari semalam.

Isra Mi’raj terjadi pada periode akhir kenabian di Makkah sebelum Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam hijrah ke Madinah. Menurut al-Maududi[1] dan mayoritas ulama,[2] Isra Mi’raj terjadi pada tahun pertama sebelum hijrah, yaitu antara tahun 620-621 M. Menurut al-Allamah al-Manshurfuri, Isra Mi’raj terjadi pada malam 27 Rajab tahun ke-10 kenabian, dan inilah yang populer. Namun demikian, Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri[3] menolak pendapat tersebut dengan alasan karena Khadijah radhiyallahu anha meninggal pada bulan Ramadan tahun ke-10 kenabian, yaitu 2 bulan setelah bulan Rajab. Dan saat itu belum ada kewajiban salat lima waktu. Al-Mubarakfuri menyebutkan 6 pendapat tentang waktu kejadian Isra Mi’raj. Tetapi tidak ada satupun yang pasti. Dengan demikian, tidak diketahui secara persis kapan tanggal terjadinya Isra Mi’raj.

Peristiwa Isra Mi’raj terbagi dalam 2 peristiwa yang berbeda. Dalam Isra, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam “diberangkatkan” oleh Allah SWT dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa. Lalu dalam Mi’raj Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Di sini Beliau mendapat perintah langsung dari Allah SWT untuk menunaikan salat lima waktu.

Bagi umat Islam, peristiwa tersebut merupakan peristiwa yang berharga, karena ketika inilah salat lima waktu diwajibkan, dan tidak ada Nabi lain yang mendapat perjalanan sampai ke Sidratul Muntaha seperti ini. Walaupun begitu, peristiwa ini juga dikatakan memuat berbagai macam hal yang membuat Rasullullah SAW sedih.

Bumi Kian Laju, Masa Semakin Cepat…Kiamat Hampir Tiba ???

23 Mar


Bencana melanda kembali. Tsunami Jepun telah meranapkan Daerah utara Jepun menjadi padang jarak padang tekukur. Kisahnya mengingatkan kepada memori Hiroshima dan Nagasaki setengah abad yang lalu. Mungkin saudara-saudara sekelian boleh merujuk artikel lama saya ketika bencana gempa melanda Indonesia satu masa dahulu.

Klik sini : Bencana Alam : Kembalilah kepada Allah

Fokus saya pada artikel kali ini adalah berkaitan dengan fakta-fakta akibat bencana berganda yang berlaku di Jepun. Mesejnya tentang kiamat dan kemunculan dajjal laknatullah. Saya titipkan kembali tulisan ini dari kiriman sahabat saya untuk sama-sama kita fikir-fikirkan.

——————————————————————————–

Pernah dulu tahun lepas/2 tahun lepas (tak berapa nk ingat) sy tengok 1 siri TV Barat ni, mereka cerita tentang Zaman Ais. Dimana zaman ais akan mungkin berlaku untuk tahun2 kedepan nanti… 

Almaklumlah, disebabkan kejahilan diri dan kecetekan akal fikiran, sy hanya gelakkan saja teori2 mereka..rupa2nya mereka menceritakan pada zaman sekarang !!! 

Moral of the story : Wlaupun mereka hanya org2 Barat, tapi cubala luaskan juga fikiran kita menilai segala teori2 mereka coz hampir kebanyakan teori/ilmu yg mereka perkatakan adalah dari hasil kajian yang teliti dan dari ilmu Allah SWT. Mereka mengambil ilmu Allah, mereka menguasainya tapi 1 saja..MEREKA TIDAK MENGIMANI ALLAH SWT.. tat’s the point..

Jika anda perasan, sy byk menceritakan tntg Jepun/gempa bumi sjk akhir ni..tau kenapa ??? apa yg di bimbangkan telah terjadi kini… JOM IKUTI KISAH DI BAWAH. ( kebanyakkan dh tau pun cita ni, sy share juga 😛 )

Gempa Bumi tu apa ?

Ia adalah fenomena gegaran bumi coz gerakan bumi mengalami gelinciran kat garis sesaran bumi/disebabkn xtvt gunung berapi.

Semua gempa bumi tu tanda nak kiamat sangat ke ?

Bukan semua gempa bumi merujuk pd kiamat semata2 tapi yg dimaksudkan adalah gempa bumi yg luar biasa…

Luar biasa macam mana ?

Macam kat Jepun ni la..

Kenapa pula ?

Coz faktanya Jepun dilanda gempa bumi pada skala yg besar iaitu 8.9/9.0 s/richter dan cetuskan tsunami setinggi 10 m.. tinggi tu.. nk ukur/bayangkan senang je.. setiap manusia (asia) kebanyakkan tinggi kita sekitar 1.5 – 1.7 m sahaja.. jadi bayangkan pula kalau 10 m.. mean 10 kali ganda tinggi kita..  mahunya kita tak tenggelam dan bangunan tak runtuh.. huhuhu ~

Laa, sama je gempanya macam berlaku kat negara lain…

SALAH !!! Ia berbeza..

Apa yg bezanya ?

GEMPA BUMI DI JEPUN ADALAH YG TERBESAR DI JEPUN DAN KELIMA TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA !!!

Lagi ?

GEMPA BUMI DI JEPUN TELAH MENGUBAH LANDSKAP DAN PERJALANAN BUMI KITA !!!

Buktinya ?

BENTUK MUKA BUMI JEPUN BERGERAK SEBANYAK 4 M. Pulau Honshu adalah bahagian paling besar di Jepun telah berganjak kedudukannya sehingga 2.4 m .

Errr lagi ?

  1. PAKSI BUMI TELAH MENYENDENG 25 CM SEHINGGA MEMPERCEPATKAN PUTARAN BUMI LEBIH SEJUTA MIKRO SESAAT.
  2. SEJUMLAH KERAK BUMI DAH JATUH MENJUNAM KE DALAM RETAKAN/REKAHAN SEPANJANG 402 KM DAN TELAH BUKA JURANG SLUAS 9.6 KM DI BAWAH LAUTAN PASIFIK.

Perkara ni telah di akui oleh saintis barat dan Itali dan mereka juga kata impak ni lebih besar dr yg blaku ni Sumatera..

Eh..paksi bumi ??? Apa kesannya ???

Ya, PAKSI BUMI TELAH BERUBAH !!! PERUBAHAN 1 DARJAH PAKSI BUMI BERMAKNA IA BERGERAK KIRA2 110 KM. MAKSUDNYA PUTARAN BUMI SEMAKIN LAJU !!!

 

Kesannya :

1) Berlakunya zaman ais ( Pakar Fizik US )

Bez
la kan kalau ada zaman ais ? sejuk je..jimat duit air n tak payah
mandi..n paling bez boleh main ice skatting free je.. Haa, iya sangatlah
tu .. Impak sangat besar kalau terjadi zaman ais ni. Coz  :

a. Cahaya matahari tak sampai ke bumi n sebabkan tumbuhan mati n haiwan pun akan mati..

b. Air di lautan akan beku n ikan2 semua jadi fossil nanti..malah penguin pun jadi patung ais..

c. n IA LUMPUHKAN SISTEM ELEKTRIK dan ELEKTRONIK DUNIA !!! Mean takda fb, xda utube..overall takda internet, takda sebarang telekomunikasi..

Cuba perhatikan cuaca dunia yg semakin berubah ni…Pelik & Ajaib..

Maruah Islam yg tidak dibela- bacalah dengan HATI

23 Jan

jihad

Masanya sudah tiba untuk kita bangun drpd tidur yg panjang! Cukuplah kezaliman dan penghinaan yang dilakukan ke atas umat  Islam.Cukuplah maruah dan harga diri kita diragut secara rakus oleh musuh-musuh Islam. Saban hari,darah saudara-saudara kita tumpah ke bumi baik lelaki ,wanita,dan kanak-kanak . Nyawa mereka menjadi terlalu murah. Mereka mati dlm keadaan yang perit,pedih dan tersiksa kerana pembelaan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

            Lihatlah penderitaan dan perjuangan saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan ,Chechnya, Kasymir dan di lain-lain tempat.Musuh-musuh Islam menyerang dan membunuh mereka dari segenap penjuru.Tetapi lihatlah semangat dan keberanian mereka.Walaupun tanpa kelengkapan dan persenjataan yang sempurna,mereka tetap bangun melawan,diri mereka dijadikan perisai demi mempertahankan Islam dan maruah diri.

            Peristiwa yang mengerikan ini bukanlah suatu cacatan sejarah silam atau cerita novel.Ia berlaku di zaman kita,di depan mata kita,ketika kita masih hidup lagi! Tetapi,kita hanya melihat dan berpeluk tubuh! Alangkah besarnya dosa kita kerana kita membiarkan saudara kita dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa.Malah kita bersenang-lenang,sibuk dengan dunia sendiri dan sibuk memuaskan keinginan nafsu dan isi perut.Sedangkan kita seharusnya turut merasai penderitan mereka dan melakukan apa saja dan terdaya untuk membela maruah umat Islam.

Sabda Rasulullah saw:

Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling kasih sayang,cinta-mencintai dan kasih-mengasihi ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,maka bahagian anggota lain juga merasa sakit dan tidak dapat tidur malam (kerana sama-sama menanggung kesakitan).”                                                      (Bukhari dan Muslim)

            Malang sekali, dikebanyakkan negara umat Islam, yg kaya raya dan mewah, yg pemerintahannya terdiri drpd kalangan yg mengaku beragama Islam, mereka tidak melakukan apa-apa dan lebih malang lagi menyokong dan bersekongkol dengan mereka yg memerangi umat Islam. Ini berlaku kerana mereka sendiri adalah manusia yg tidak ada maruah dan nilai Islam dalam diri. Apalah yg boleh diharapkan daripada orang-orang yg mabuk dengan dunia, menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya, menjadikan negara Kafir sebagai kiblat dan tempat punca rezeki negara dan langsung tidak ada kesedaran untuk menegakkan, meninggikan dan mempertahankan kesucian agama Allah. Malah, mereka menjadi alat kepada pihak kuffar untuk menjayakan agenda mereka, untuk menjahanamkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka ini adalah dikategorikan oleh Allah sebagai orang fasiq, zalim dan munafik.

            Lihatlah dunia disekeliling kita hari ini. Kemungkaran dan kezaliman semakin berleluasa. Kemungkaran paling besar ialah tidak melaksanakan syariat Allah dan menyembah berhala-berhala moden seperti kebendaan,menguna pakai undang-undang ciptaan manusia, pangkat, kemasyhuran, kehendak nafsu dan syaitan.Ini adalah syirik yg perlu diperangi dan ditentang habis-habisan kerana ia akan meragut dan membahayakan iman umat Islam.

            Dalam masa yg sama, manusia-manusia yg sombong dan angkuh ini, tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada peringatan dan ancaman Allah. Walau pun gempa bumi menggegar dan menelan beribu-ribu malah berbelas-belas ribu manusia, dan ribut taufan memusnahkan segala apa yg dibina,penyakit yg pelik-pelik timbul sejak akhir-akhir ini, tetapi mereka masih engkar dan takabur. Bahkan, mereka masih berani melanggar hukum Allah secara terang dan nyata, menghinanya, menghina sunnah Rasulullah saw, para ulama’ yg soleh dan para da’ie yg mengajak manusia kembali kpd Allah. Malah merekalah yg bersungguh-sungguh mengadakan program-program mungkar, mempertahan dan membela para pendokong kemungkaran.

            Lihatlah kesannya kpd masyarakat. Gejala kerosakan akhlak, hedonisme(keseronokan dan hiburan), krisis aqidah, Black Metal dan sebagainya turut berlaku. Kononnya  mereka menyeru kepada kemajuan, kemodenan dan kecemerlangan hidup, sebaliknya apa yang berlaku adalah amat menyedihkan.

            Apa erti kemajuan jika dimurkai Allah? Disebabkan sikap hipokrit dan kejahilan mereka itulah, orang–orang  bukan Islam semakin berani untuk menghina Islam. “Jika mengamalkan Islam dalam negara, bermakna memusing jarum jam kebelakang. Islam bukan agama kemajuan.” Jangan hairan perkataan biadap ini telah dikeluarkan oleh orang bukan Islam secara terang dan nyata dihadapan umat Islam. Di mana maruah dan harga diri umat Islam? Di mana kekuatan mereka? Mengapa Allah membiarkan mereka dilanyak dan dihina musuh?

            Sedarlah wahai umat Islam! Jangan biarkan musuh-musuh Islam terus meratah dan membakar tubuh saudara Islam kita hidup-hidup. Jangan biarkan mereka terus menghina dan memijak-mijak kemuliaan dan ketinggian Islam. “ Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” Sesungguhnya hanya amal jihad yg dapat membebaskan ummah dari segala kemelut ini.

            Firman Allah swt yg bermaksud;

Orang-orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadaNya, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi di dalamnya kesenangan yg kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yg besar.” (at-Taubah :20-22)

            Jika kita takutkan Allah dan beriman dengan hari akhirat, kita harus menggembelingkan seluruh kekuatan, pemikiran, tenaga, harta bahkan titisan darah untuk membela agama Allah. Jangan kita takut dan gentar kepada apapun di dunia ini kerana kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan bahagia yg hakiki lagi abadi. Apakah kita takut ancaman manusia lebih dari ancaman Allah? Apakah akibatnya nanti jika kita meninggalkan amal jihad, mendiamkan diri apabila agama Allah dan nabi dipermainkan? Bagaimana kita mahu mengaku umat Nabi saw jika kita tidak bangun mempertahankannya? Sedangkan para sahabat sanggup menjadikan belakang mereka sebagai perisai untuk mempertahankan Nabi saw daripada anak panah musuh terus menusuk ke tubuhnya.Kita mempunyai cita-cita besar(masuk syurga) tetapi tidak diikuti dengan usaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang yg tidak mahu mencapai ketinggian.

Firman Allah swt yg bermaksud:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada lagi fitnah dan ( sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka.” (al-Baqarah: 193)

 Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam wasiatnya pernah berkata :

“Wahai kamu umat Islam! Kamu telah tidur begitu lama, cukup lama untuk pemerintah zalim menguasai kamu. Kamu rela hidup sebagai hamba dan menundukkan diri kpd mereka. Kini, masanya telah tiba untuk bangkit dan menghancurkan rantai-rantai perhambaan. Jihad itulah hidupmu, maruahmu dan kewujudanmu bergantung padanya (dengan kuasa Allah).”

“Wahai kamu, pendakwah Islam! Kamu tiada nilai dibawah mentari melainkan kamu berjihad dan menghancurkan pemimpin zalim, kuasa kuffar dan mereka yg bersalah. Carilah kematian dan kamu akan diberi ganjaran kehidupan.Jangan sekali-kali tertipu dengan syaitan atau dengan impian palsu. Jangan sesekali menipu dirimu dengan kitab-kitab yang kamu baca atau amalan-amalan tambahan yang kamu lakukan. Jangan sekali-kali menyibukkan dirimu dengan tugas-tugas mudah dan meninggalkan penyelesaian yg susah (jihad).”

Akhirnya renungilah pesanan Saidina Umar al-Khattab ra kepada Panglima Saad bin Waqaas:

“Adapun sesudah itu, maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada orang-orang yg bersamamu dari para tentera(pejuang), agar bertaqwa kpd Allah swt kerana bertaqwa kpd Allah itu persiapan yg utama untuk menghadapi musuh Allah dan ‘strategi terkuat’ dalam peperangan. Dan aku perintahkan kepadamu dan pejuang yg bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu, kerana dosa pejuang itu lebih menakutkan daripada musuh kamu. Dan sesungguhnya kaum muslimin itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah. Seandainya bukan kerana itu maka kita; tidak mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka seperti jumlah dan kelengkapan mereka. Apabila kita sama dengan mereka dalam maksiat maka mereka mempunyai kelebihan atas kita dalam hal kekuatan. Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita, maka kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.”

            Hidupkanlah jiwa dengan perasaan cinta untuk mencapai kemuliaan hidup atau mati syahid. Kuatkan iman dan amal, buangkan perasaan cinta kpd dunia, maralah ke hadapan dengan keberanian dan tawakkal kpd Allah. Janji Allah pasti benar. Jangan ragu!

Regards,

Mohd Hisham Ghazali (Ikhwan KIDI)

 

Ahlan Ya Sanah Jadidah 1430h/2009

9 Jan

Selamat tahun baru untuk semua. Rasanya masih belum terlambat untuk mengungkapkannya memandangkan peralihan tahun baru sahaja bermula. Saya sendiri menjadi agak renggang dengan dunia penulisan blog untuk masa-masa mutaakhir ini. Apa pun, saya tetap dan masih disini untuk bersama sahabat-sahabat maya sekelian bagi mengutip mutiara-mutiara hikmah yang segar dan mewangi. Biarlah sedikit tetapi istiqamah. Persoalan istiqamah adakalanya menjadikan laman blog ini agak suram, seolah-olah saya sendiri menjadi ketandusan “energy” untuk mengungkap ayat-demi ayat. Mungkin kesuraman ini perlu disirami dan dibajai dengan ruh insani yang sentiasa gagah dengan maarifat Ilahiyah yang suci.

Bumi Palestin Berdarah Kembali

Tiada apa yang lebih memilukan untuk menyambut kedatangan Muharam melainkan meratapi pembantaian secara rakus oleh regim yahudi laknatullah keatas umat Islam Palestin. Luka dan duka mereka adalah luka dan duka kita jua. Walaupun tidak atas nama keagamaan, keegoan negara Israel telah melampaui norma-norma peradaban kemanusian moden yang tidak dapat dimaafkan.

Saya hanya mampu mengeluh dan menangisi nasib mereka. Jiwa merasa tidak tenteram kerana takut nanti diakhirat kelak, persoalan ini akan dibangkitkan kepada saya kerana saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu untuk membuat sesuatu untuk menggerak seluruh jasad ini ke medan itu bersama mereka. Ampunkanlah dosa-dosa ini tuhanku. Aku  hanya mampu berdoa dan memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Semoga warga Palestin akan sentiasa di rahmati dan di lindungi oleh Allah.

Azam Tahun Baru

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan demi kekuatan untuk mengharungi detik-detik kehidupan yang lalu sehingga saya dapat melalui hari ini dengan seadanya. Pun begitu masih banyak lompong-lompong kecacatan perlu diperbaiki dan diperkemaskan agar kejahilan-kejahilan silam dapat diatasi.

Azam adalah niat. Dalam ilmu pengurusan moden ianya disebut sebagai objektif ataupun matlamat. Sesuatu organisasi perlu meletakkan objektif,misi dan misi untuk menggerakkan halatujunya. Tanpa ini semua, organisasi yang bergerak akan menjadi organisasi yang caca merba.

Begitu jualah diri kita ini yang perlu diorganisasikan dengan sebaiknya dengan meletakan azam/matlamat/misi/visi yang jelas agar haluan perjalanan hidup tidak tersasar dan menjadi lebih bermakna.

Tidak perlulah untuk saya menceritakan apakah azam baru saya untuk tahun kehadapan ini, tetapi cukuplah untuk saya berkongsikan dengan sahabat sekelian bahawa saya telah meletakkan dua jenis azam. Azam tersebut ialah azam untuk matlamat pembangunan fizikal/material dan juga azam untuk matlamat pembangunan spiritual/kerohanian.

Isyarat Awal Menjadi Ayah

Saya memanjatkan kesyukuran berganda untuk perkhabaran gembira ini. Zaujah saya telah disahkan mengandung untuk anak kami yang pertama. Penantian selama 3 tahun perkahwinan akhirnya termakbul jua.

Ini bermakna, saya perlu menggandakan persediaan dari segala aspek seperti kewangan, emosi dan lainnya. Apa yang lebih utama adalah factor kesihatan saya dan juga zaujah. Allah lebih mengerti dan memahami apa yang telah dan akan dikurniakan untuk hamba-hambanya. Semoga tahun 2009/1430 yang baru mendatang ini akan memberikan lebih makna dan nilai dalam pengembaraan kehidupan seterusnya.MR.

 

 

سنة حلوة يا جميل

5 Nov

dsc02255

Tazkirah & Muhasabah Ulangtahun ke 30 Untuk Diriku Yang Hina & Faqir

Saya menerima email dengan tajuk tarikh keramat dari seorang sahabat. Tiada apa yang keramat. Cuma terkenang balik detik 30 tahun yang lepas yang mana Allah telah mengizinkan saya untuk lahir buat kali pertama ke dunia ini. Kelahiran ini adalah misi kembara ruh ke alam dunia dengan pinjaman pakaian alam ajsam/jasadi. Potensi dan rahsia roh tetap tersimpan rapi di dalam qalbi yang diliputi pakaian alam jamadat dan nabatat. Roh yang telah maarifat kepada Allah di alam lahut sebelum ddilahirkan kedunia akan mengharungi ujian keduniaan yang mempunyai tarikan graviti dari unsur nafsiah,insaniah dan syaitaniah.

Kembara menuju kelahiran yang kedua

Aqidah Islamiyah mengharamkan kita untuk mempercayai irkarnasi (kelahiran semula) seperti mana yang di percayai oleh penganut hindu dan buddha. Mereka percaya bahawa roh mereka pernah dilahirkan satu masa dahulu dan dilahirkan semula pada masa kini ataupun mereka juga percaya bahawa mereka akan dilahirkan semula pada kelahiran masa hadapan.

Aqidah Islamiyah juga mengharamkan kepercayaan tanasukh ruh seperti mana yang dipercayai oleh aliran syiah atau pun aliran-aliran tarekat yang sesat. Mereka percaya bahawa roh manusia boleh berpindah-pindah dari satu jasad ke jasad manusia yang lain serta memberi pengaruh ke atas jasad tersebut. Sebab itu di dalam bidang perubatan tradisional dan perbomohan, aktiviti “menurun” adalah syirik dan haram.

Manusia yang lahir ke dunia akan melalui satu fasa ghaflah(lupa dan lalai) terhadap penciptanya. Ghaflah ini akan mengakibatkan potensi roh yang asalnya bersifat fitrah, suci dan bersinar (maarifat) akan pudar bilamana titik-titik hitam dan noda-noda dosa membaluti qalbi (hati) dengan zulumat(kegelapan). Bermula dari point inilah setiap manusia wajib melalui proses pembersihan semula jiwa (tazkiyatun nafs) agar kesucian maarifatullah tetap terpelihara. Maka maksud sebenar kelahiran semula untuk kali yang kedua yang perlu difahami di sini ialah kelahiran kembali ruh kita dalam konteks dan erti kata bersih, suci dan bersinar dari unsur-unsur syirik, asyik dan jelira terhadap kasih sayang tuhan, sentiasa maarifatullah dan tidak ghaflah dan pandangan hati kita terus tembus ke hadrat Allah tanpa ada hijab dan penghalang ( syuhudiah ).

Hakikat Roh

Mengenang dan menhitung perkiraan tahun untuk umur adalah kerana kita terikat dengan relatif duniawi sedangkan hakikat ruh tidak begitu. Harun Yahya dalam hurainya telah menjelaskan tentang konsep keabadian masa yang mana hakikat ruh tidak mempunyai ruang, waktu dan tempat yang khusus. Tetapi oleh kerana keterikatan dengan perjanjian umur dunia, roh telah dibebankan dengan pakaian alam jisim/jasadi dan terpaksa memikul bebaban syariah untuk ditunaikan.

Ruhiyah dalam Tanggungjawab Khalifah dan Ubudiyah

Setiap manusia majib bermaarifat kepada Allah dalam konteks melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Tuntutan bermaarifat ini adalah tuntutan rukun agama yang ketiga iaitu ehsan. Rasulullah menjawab tentang ehsan apabila ditanya oleh penghulu malaikat (Jibrail) bahawa ehsan itu ialah kamu beribadah dengan melihat Allah tetapi kalau kamu tidak melihatnya yakinlah bahawa Allah melihat kamu.

Mengapa kita solat tetapi masih melakukan perkara keji dan mungkar sedangkan Allah berkata “Solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar”. Sebab itu penyempurnaan rukun yang 13 itu adalah penyempurnaan dari rukun iman dan islam, tetapi mungkin belum disempurnakan dari aspek penyempurnaan rukun ehsan.

Penyempurnaan Rukun Ehsan

Penyempurnaan rukun ehsan di perbahaskan dengan pelbagai kaedah kerana ianya berorientasikan sifat-sifat ruhiyah. Allah telah menggariskan dengan cantiknya panduan untuk manusia bagaimana untuk menggapai hakikat ehsan. Ianya diungkap dalam bentuk mujahadah nafsu untuk menyucikan kembali jiwa-jiwa yang ghaflah. Walau apa juapun jalan yang dipilih, pastikan ianya seperti yang di sarankan oleh Al Quran dan As sunnah.

Segala tuntutan syariah seperti solat, zakat, puasa, haji, dakwah & jihad, jika dilakukan dengan penuh keikhlasan akan menghasilkan maarifatullah yang hebat. Cuma mana persoalannya, bila soal kemanisan ehsan belum dapat di capai di dalam manhaj ibadah ini, mungkin persembahan ubudiyah kita kepada Allah masih bercampur dengan jiwa yang tercemar dan tidak sakinah. Inilah tujuan tazkiyatun nafs dalam menggapai kesempurnaan rukun ehsan.

Untuk memenuhi tuntutan ini mengikut selera harakiyah, bacalah buku2 seperti Bahtera Penyelamat(Mustafa Mashyur), Hikam Syarah Said Hawa (perbahasan tasauf tauhid untuk haraki) dan menadahlah kitab-kitab yang lain dari guru yang arif seperti kitab minhajul abidin ( Imam Al Ghazali), hikam ( Ibn Athaillah Al Askandari), penawar bagi hati dan sebagainya. Adalah lebih aula untuk mencari guru-guru yang arif sebagai mursyid untuk membimbing jalan ke manhaj ruhiyyah. Muliakan mereka dan muliakan jalan ibadah, dakwah & jihad kita dengan keberkatan ilmu ulama’-ulama’ yang mukhlis, bukan dengan manhaj yang dibuat-buat dengan bimbingan nafsu dan ammarah.

Selamat Ulangtahun Hari Lahir!

Catatan Idulfitri :١٧ شوال

17 Oct

 

Senyuman & Ketawa Adalah Penawar Hidup

Suasana Oktober 1993 bagi insan seperti saya pada waktu itu adalah masa-masa yang kritikal dan mendebarkan. Waktu itu adalah musim peperiksaan PMR.

Saya telah menerima sekeping poskad “by-hand” yang dititipkan dari seorang rakan sekelas dengan kata-kata semangat seperti yang tertera di atas. الحمدلله, kata-kata tersebut telah memberikan saya satu inspirasi dan semangat kekuatan yang luar biasa bagi menghadapi saat-saat yang mendebarkan seperti PMR ini.

Kata-kata yang dititipkan adalah kata-kata yang biasa yang sesiapa sahaja boleh mengungkapkannya tetapi bagaimana ianya menjadi suatu azimat yang bermakna itulah apa yang cuba saya jelaskan. Saya dapat merasakan keihklasan, kemesraan dan ketulusan persahabatan terkandung didalam roh kata-kata itu yang diolah dalam bentuk yang menyegarkan pada sekeping poskad dengan kecerian gambar pemandangan disebaliknya dan yang lebih bermakna ianya telah dihantar pada waktu yang tepat, di waktu ketika mana saya memerlukan kekuatan semangat dan sokongan moral. Itu cerita 15 tahun dahulu. Terima kasih sekalung budi wahai sahabat.

Persahabatan Perlu Kreatif

Selain menjaga adab-adab persahabatan dan megetahui hak-hak persahabatan, kita perlu bersifat kreatif dalam apa jua suasana persahabatan agar jalinan ini tidak menjadi hambar. Persahabatan yang diumpamakan seperti cermin kepada diri kita perlu di pupuk dengan suasana yang kreatif. Mengenali seseorang sahabat tidak cukup hanya sekadar mengenalinya secara luaran atau fizikal. Cubalah juga unutk kita mengenalinya seperti dia adalah diri kita yang kedua, mengenali segalanya dari aspek zahiriah dan batiniyah.

Tiga perkara asas dalam pembinaan perhubungan seperti mana yang di gariskan oleh As Syahid Imam Hassan Al-Banna ialah :

  1. Taaruf – Berkenalan
  2. Tafahum – Memahami
  3. Takaful – Tolong menolong/Imbang mengimbangi.

Saya percaya bahawa jika ketiga-tiga asas ini dapat dihazam dan dijiwai, kita akan dapat menuai hasilnya dalam bentuk keindahan ukhuwah dan aspek taawun akan berlaku dalam suasana yang harmoni. Kekreatifan kita dalam membentuk persahabatan memerlukan sedikit pengorbanan dan cubalah sedaya upaya untuk bersifat “memberi” daripada banyak mengusulkan perkara-perkara “meminta”.

Apa Maksud Sebuah Persahabatan

Salah satu antara tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Arasy Allah kelak ialah dua orang lelaki(sahabat) yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah juga kerana Allah.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memenuhi kepentingan peribadi diri sendiri, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Kesimpulan

Nenek pernah berpesan. Carilah kawan atau sahabat yang baik kerana sebahagian besar peribadi kita adalah terkesan dari pengaruh kawan dan sahabat. Kalau bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan mendapat kesan wanginya. Kalau bersahabat dengan penjual ikan, kita juga akan terkesan dengan bau ikannya (bukan mengatakan penjual ikan itu hina, sekadar kiasan).

Untuk sahabat-sahabatku sekelian. Maafkan daku kerana belum sempurna menjadi sahabatmu yang baik. Masih banyak hak-hak kalian yang belum dapat ku laksanakan dengan sempurna. Untuk kalian, sekalung penghargaan kerana telah menjadi sahabatku yang baik dunia dan akhirat.

Penyakit ‘aku hebat’

18 Aug

Ulasan Ringkas Dari Saya :

Saya membaca artikel ini daripada tabloid Harian Metro, Ahad semalam. Menghalusi artikel ini menjadikan ianya tidak lari dari tajuk perbincangan yang pertama di dalam kitab Hikam Ibnu Athaillah Al Askandari.

Dalam posting kali ini, saya tidak mahu mengulas panjang, sekadar memanjangkan buah tangan tulisan Ustaz Zaharuddin untuk renungan kita bersama. Tokku pernah berpesan bahawa sifat “aku” tidak boleh di aplikasikan dalam kehidupan kerana ianya mewarisi 2 sifat keakuan yang berbeza.

“Aku” yang pertama ialah sifat ananiyah syaitan yang mana syaitan telah mengaku tiada yang lebih hebat melainkan dia. Keengganan syaitan sujud kepada Nabi Adam adalah kerana keegoaan sifat “aku” yang menyatakan dia lebih mulia dari adam kerana adam dari tanah dan dia dari api.

“Aku” yang kedua sifat keakuan yang datang dari sifat ketuhanan. Manusia selaku hamba diharamkan untuk menggunakan gelaran “aku” seumpama ini kerana ianya merupakan syirik yang besar dan menyesatkan. Inilah yang telah berlaku kepada Firaun apabila menyebut “Akulah tuhan sekelian kamu yang paling tinggi”.

Petikan dari Harian Metro :

CABARAN dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Bagi yang beramal, ia datang dalam bentuk yang tersorok dan mengelirukan niat dan berasakan keagungan diri adalah pemusnah amal baik yang diusahakan.

Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)

Ada manusia yang terdetik di sudut hatinya: “Aku hebat, aku sentiasa solat berjemaah di masjid.”

Padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih khusyuk solatnya dan hatinya tawaduk. Sedarkah kita walaupun kita sentiasa ke masjid, namun biasanya mesti ada yang berjaya mendahului kita ke masjid itu.

Mungkin sekali sekala kita yang terawal, namun dalam banyak keadaan lain kita bukan yang terawal. Malah, yang terawal sekalipun belum tentu yang paling berkualiti di sisi Allah SWT.

Ada yang terdetik: “Aku hebat kerana berani dan berjuang untuk Islam,” sedangkan dia lupa ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya.

Dahsyatnya aku, sibuk betul. Lagi detikan hati: “Nampaknya sibuk betul aku dalam perjuangan dan dakwah… hebat, hampir setiap hari ada kuliah dan ceramah di sana sini.”

Ada yang berasakan diri terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain, sehingga mindanya terhalang daripada berasakan ada insan lain yang jauh lebih sibuk dan berjasa daripadanya.

Sedarkah kita, sejenak terdetik diri sibuk dalam dakwah, itulah detik pemusnah diri dan amal. Malah dia terlupa dek keghairahan memuji dirinya, ada ramai lagi yang lebih sibuk daripadanya dalam hal dakwah, malah lima hingga enam ceramah setiap hari.

Malah, ada yang jauh lebih sibuk daripada berceramah seperti mereka yang berjuang dalam penulisan kitab selama 12 jam sehari, lalu tersebarlah ilmunya seantero dunia.

Lupakah dirinya, ramai yang berjuang, namun bukan sekadar memberi ceramah tapi sampai ke tahap berusaha dan bekerja melaksanakan inti ceramah itu, sama ada dalam sebuah kerajaan negeri atau persekutuan.

Sudah tentu manfaatnya lebih hebat dan besar buat umat daripada sekadar berceramah atau menulis teori semata-mata.

Justeru, janganlah sumbangan kita hingga kesibukan berceramah, menulis, mengolah artikel, mesyuarat jemaah beberapa malam menjadi pemusnah amalan, sudahlah ia sedikit, malah perasaan sebegini menjadikannya semakin kurus kering di sisi Allah SWT. Inilah nasihat buat saya dan rakan pendakwah di luar sana.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.

Sabda Nabi bermaksud: “Dua perkara yang sesiapa dapat memperolehnya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar.

“Iaitu sesiapa yang melihat mengenai agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang yang kurang daripadanya sehingga dia memuji Allah atas nikmat yang diperolehnya.” (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Namun, malang bagi ramai yang mengamalkan hadis ini tetapi secara terbalik. Dalam hal dunia, sering kita dipengaruhi oleh mereka yang lebih kaya dan berharta sehingga nafsu keduniaan meningkat dan kelabu daripada segala hukum halal haram.

Malangnya dalam bab akhirat pula ada yang sering melihat orang yang lebih teruk daripadanya, lalu menganggap dirinya lebih baik, seperti berkata: “ala, orang lain ada yang tidak solat langsung, aku ‘at least ‘ (sekurang-kurangnya) solat la jugak walaupun tidak penuh lima waktu.”

Paling alim

Selain daripada itu, ada yang terdetik: “Akulah antara yang paling alim dan paling mendalam.” Tidak kiralah sama ada dalam kajian hadis, fiqh, kewangan dan lain-lain.

Sedangkan terleka daripada firman Allah SWT, ertinya: “…dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang lebih mengetahui.” (Yusuf: 76)

Ini yang menjadikan Khalifah Umar al-Khattab berkata: “Semua orang lebih faham daripada Umar al-Khattab.” (Tafsir Ibn Su’ud, 6/276)

Ini yang disebutkan oleh Ibn Qayyim, ertinya: “Di atas setiap orang alim itu yang Allah naikkannya dengan ilmu, ada pula mereka yang lebih mengetahui daripadanya sehingga tamat pada ilmu Allah SWT, dan yang sempurna dalam ilmu tidak lain selain Allah.” (Zad Al-Masir, 4/262)

Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.