Archive | Kalam Tokku RSS feed for this section

Zawiyah Syaikh Abdul Malik

20 Jun

http://www.zawiyahsam.com/index.html

CETUSAN NURANI

Manhaj Ulama Alam Melayu
Telah meninggalkan jalannya yang jelas
Pada Akidah, Fekah, Tasawwuf, Tarekah, Dakwah dan Siasah
Pada Syariat, Tarekah, Hakikat dan Makrifat Berdiri di atas Ahlu Sunnah wal Jamaah perjalanan Nabi, Sahabat, Tabi’en dan Tabiut Tabi’en
Dan terus berjalan rantaian sanad tersebut pada diri mereka melalui guru-guru mereka

Dan aku kini hanya penyambung sanad ilmu dan amalnya
Tiada aku mencipta sesuatu yang baru
Biarlah aku dianggap jumud, sesat, bida’ah, ketinggalan zaman dan ditohmah dengan pelbagai fitnah
Namun dasar ilmu dan tarbiyah mereka tetapku teruskan

Dakwah dan siasah mereka ku jadikan sandaran
Keyakinan ku, jalan mereka diredhai Allah, dicintai Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam
Mereka kekasih Allah yang tiada siapa boleh pertikaikan
Perjuangannya telah membawa kejayaan membina pemerintahan yang bertakwa dan masyarakat yang beriman
Inilah juga perjalanan Ulama Tradisi Alam Melayu

Cahaya Allah yang dilimpahkan kepada Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam tidak akan terpadam
Ia tetap bersinar bagaikan matahari daripada dada hamba Rabbani

Tujuh Sendi kekuatan yang dibina di Nusantara ini
akan mekar kembali di bumi bertuah ini
Tiada siapa lagi mampu menahannya!

al faqir Tokku

Blog Kuliah Addeen

9 Nov

http://kuliahaddeen.blogspot.com

Blog ini dibina khusus bagi menyampaikan buah fikiran al-faqir ilaLlah Hj Ibrahim Mohamad Asy-Syathari dalam menanggapi soal keilmuan dan pentarbiyyahan Ad-Deen bersendikan Kehambaan, Syukur dan Cinta.

Turut dibicarakan adalah persoalan siasah dan isu-isu semasa khususnya yang berlaku dalam negara tercinta dari kaca mata seorang pencinta kebenaran dan keadilan demi kebaikan agama, rakyat dan negara seluruhnya.

Mudah-mudahan blog ini dapat memberi kebaikan kepada kita semua dalam mencari keredhaan Allah dan kebaikan dunia akhirat, insya Allah.

:. ‘Ibadur Rahman

Tafakurku…..

3 Jul

nyor

Berfikir tentang matlamat kehidupan

Berfikir tentang kematian

Berfikir tentang kemanakah masa yang telah dilalui

Berfikir tentang kasih sayang Tuhan

Berfikir tentang kasih saying Nabi.


Berfikir tentang kesalahan

Berfikir tentang alam barzakh

Berfikir tentang alam akhirat

Berfikir tentang azab dn nikmat yang dijanjikan.


Berrfikir betapa lemahnya diri

Berfikir tentang ruginya di akhirat nanti

Berfikir tentang berpaling Tuhan dan melihatnya.


Berfikir bahawa dia seorang ayah

Yang wajib membimbing dan menjadi contoh

kepada isteri dan anak-anak.


Berfikir ia adalah seorang isteri

Yang wajib mentaati pada suaminya

Dan memberi kasih saying kepada anak-anak.


Berfikir ia sebagai seorang anak

Yang wajib atasnya memuliakan ibu bapanya.


Berfikir bahawa ia perlu menjauhi harta yang haram

Berfikir bahawa haram atasnya menzalimi manusia


Berfikir……..dan terus berfikir…..

Tafakur Adalah Jalan Pembuka Pintu Ilmu Dan Hidayah

2 Jul

DSC05147small

Berfikir adalah pintu bagi ilmu. Semakin tinggi fikirnya, semakin tinggi Pengkajiannya, semakin tinggi dibukakan ilmu kepadanya. Tiadalah fikir yang paling mulia melainkan berfikir tentang ayat-ayat Allah, berfikir tentang mutiara-mutiara Nabi samaada perkataan atau perbuatannya.

Ayat pertama yang diturunkan adalah ayat yang menyebabkan masyarakat jahiliyah terkejut dari lamunan dan berfikir tentang satu hakikat. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang menciptakan diri mereka, dan diciptakan mereka daripada tanah.

Ujian dari Allah

13 Mar

Musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.

Ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka padaNya. Renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.

Fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapanNya. Bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, ia agar ternakannya kembali ke kandang.

Kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaranNya. Hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud padaNya.

Yakinilah, Allah tidak menzalimi hambaNya, Allah amat menyayangi dirimu. Insya Allah pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

Hakikat Tenang dan Bahagia

30 May

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan dalam keadaan Ia redha kepadamu dan engkau redha kepada-Nya, masuklah engkau dalam golongan hamba-Ku, masuklah engkau ke alam syurga-Ku.” (Al Fajr : 27-30)

Wahai Anakku,

Aku memperingatkan diriku dan dirimu agar sentiasa memelihara iman dan mengawasinya sert menjauhi perkara yang boleh menyebabkan hilang kemanisannya. Iman akan memuncak cahaya makrifatnya apabila kekotoran yang diselaputi oleh hawa nafsu dapat dikikis.

Ketahuilah anakku, nafsu ammarah adalah musuh yang paling besar dalam perjalanan menuju kepada Tuhan. Ia adalah punca hati manusia tidak tenteram di bawah takdir Allah. Nafsu ini akan merungut-rungut, memberontak, berkeluh kesah dengan apa jua takdir yang menimpanya sama ada ia berbentuk nikmat atau berbentuk musibah.

Ia tidak aman dari merungut sehingga manusia yang mendengar bisikannya akan menjadi manusia yang miskin walaupun ditangannya mempunyai segala perkara yang diidamkan manusia seperti kuasa, kekayaan, keluarga dan sebagainya. Mereka yang berjaya mendidik nafsunya sehingga sampai kepada peringkat mutmainnah (nafsu yang tenang dengan kehendak Allah) sahaja akan dapat merasai kebahagiaan. Dadanya lapang, hatinya tenang, walaupun Allah mentakdirkan ia tidak memiliki apa jua sebagaimana bahagianya Nabi Isa (a.s).

Wahai Anakku,

Kebahagiaan yang hakiki adalah dalam dirimu. Layarkan dirimu ke lautan kebahagiaan dengan sanggup merempuh badai gelombang dipermulaannya. Kuatkan kapal dan besarkan ia agar tidak terasa gelombang ombak dan tiupan badai. Jika tiupan badai terlalu kuat, hanya sedikit sahaja terasa goncangannya, dan dirimu masih boleh tersenyum dan menikmati hidangan tanpa rasa takut. Nakhoda yang hebat ialah seorang yang mempersiapkan kapal dengan segala kekuatan agar dapat menghadapi segala gelora pelayaran dengan tenang. Ia juga mempunyai ilmu dalam menghadapi dan mengatasi gelombang dan taufan.

Wahai Anakku,

Didiklah nafsumu dengan ilmu, ibadah dan mujahadah yang berterusan sehingga ia menjadi nafsu yang tenang dengan tadbir Tuhan, bukannya senang dengan kehendaknya. Ia perlu ditekan dengan bersungguh-sungguh sehingga pecah segala kejahatannya dan terbukalah tadbir penipuan yang melindungi dirimu selama ini dari melihat kebenaran. Akan tersingkaplah rahsia dirimu dari alam keTuhanan, rahsia dunia yang penuh penipuan, rahsia akhirat yang penuh dengan keindahan. Dengan itu, engkau telah mencapai hakikat kebahagiaan sebagaimana hati para kekasih-Nya.

:. Hubaib

Fikir HIDUP Sebenarnya Fikir AKHIRAT

23 Apr

Saudaraku yang dikasihi!

Apabila kita berfikir tentang hidup, sebenarnya kita berfikir tentang kematian, apabila kita berfikir tentang kematian, sebenarnya kita berfikir tentang alam barzakh, tentang alam akhirat. Apabila kita berfikir tentang kesudahan hidup, jawapannya hanyalah dua, samaada saudara akan ke syurga atau neraka.

Saudaraku!

Berhati-hatilah, bahawasanya jiwa yang tidak pernah gundah bagaimana kesudahannya diakhir kalam (maut) adalah jiwa yang sudah dihinggapi penyakit takabur, yang merasai ia sudah banyak melakukan kebaikan, sedangkan pada hakikatnya, adakah ia mengetahui apakah segala amalannya diterima oleh Allah swt? Justeru itu berkata Abu Darda r.a :

Sesiapa yang tidak pernah berfikir bagaimana akhir hayatnya, samaada ia mati kufur atau beriman, ia akan mati kufur. Nauzubillah.

Saudaraku!

Persoalan hidp saudara, saudara yang perlu menentukannya. Sama ada saudara hendak ke syuga atau ke neraka. Jangan biarkan orang lain menentukannya. Jika ada manusia yang membantu saudara, maka bersyukurlah. Tetapi jika tiada orang yang membantu, saudara mesti bangkit mencari jalan untuk keselamatan diri. Jangan hidup seperti pokok dedalu yang tidak mempunyai tapak sendiri untuk hidup atau seperti pohon yang selalu perlu disirami. Jadilah seperti sang burung yang terbang mencari rezekinya sendiri kerana hidup mengharapkan orang lain adalah kehidupan manusia yang dayus.

Saudaraku!

Hidupkanlah hati sentiasa dengan Allah swt, bersihkanlah hati dengan zikrullah, muraqabah setiap saat, setiap minit, setiap jam… Perhatikan kemana tertumpunya hati, sama ada kepada dunia atau kepada Allah. Hidupkanlah setiap degupan jantung dengan bersungguh-sungguh dengan kalimah Allah. Banyakkanlah memohon keampunan diatas kelalaian. Jadikan diri saudara sebagaimana manusia yang sentiasa memakmurkan hati dengan zikrullah dan memakmurkan dunia dengan buah fikiran, tindakan dan segala potensi yang ada. Sentiasalah saudara berfikiran besar dan berkeyakinan pada diri sendiri, moga-moga saudara adalah benteng-benteng yang akan mempertahankan Agama Allah dari kejahatan musuhnya, In Sya Allah.



Saudaramu yang fakir

Hj Ibrahim Mohamad