Archive | Mutiara Iman RSS feed for this section

PUASA KITA UNTUK ALLAH

4 Aug
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ (لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ.
رواه مسلم


Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda: ALLAH berfirman maksudnya: “ Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untukKu dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) ..” (Riwayat Muslim)

HURAIAN HADIS :

1) Sesungguhnya pahala orang yang berpuasa hanya di dalam pengetahuan ALLAH. Hanya ALLAH sahaja yang akan memberi balasan dan penilaian. Bahkan para malaikat juga tidak dapat mengukur pahala puasa yang disediakan oleh ALLAH SWT.

2) Betapa besarnya keutamaan puasa ini sehingga ALLAH memberi jaminan bahawa hanya Dia yang akan memberi ganjaran.

3) Justeru itu, seharusnya kita dapat melakukan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya untuk dipersembahkan kepada Dia yang Maha Pemberi balasan.

WALLAHU’ALAM

WISDOM BEHIND FASTING

3 Aug
Meaning: Abu Huraira reported: The Prophet (peace be upon him) said: Whoever prayed at night the whole month of Ramadhan out of sincere faith and hoping for a reward from ALLAH, then all his previous sins will be forgiven. (Narrated by Bukhari)

SUMMARY OF CHAPTER :

Among the reasons behind fasting are:

        1. Fasting makes us appreciate all pleasures we enjoy. For fasting means giving up eating, drinking and intercourse, which are among the greatest pleasures. By giving them up for a short time, we begin to appreciate their value. Because the blessings of ALLAH are sometimes ignored, and only when you abstain from them, you begin to recognize them, so this motivates you to be grateful for them.

        2. Fasting makes us give up haram things, because if a person can give up halal things in order to please Allah and for fear of His painful torment, it will be easier to then refrain from doing haram things. So fasting is one of the means of avoiding the things that ALLAH has forbidden.

        3. Fasting enables us to control our desires, because when a person is full his desires grow, but if he is hungry then his desire becomes weak. Hence the Prophet (peace be upon him) said: O young men! Whoever among you can afford to get married, let him do so, for it is more effective in lowering the gaze and protecting one’s chastity. Whoever cannot do that, let him fast, for it will be a shield for him.

        4. Fasting makes us feel compassion and empathy towards the poor, because when the fasting person tastes the pain of hunger for a while, he remembers those who are in this situation all the time, so he will hasten to do acts of kindness to them and show compassion towards them. So fasting is one of the means of feeling empathy towards the poor.

        5. Fasting humiliates and weakens the Shaytan; it weakens the effects of his whispers (waswaas) on a person and reduces his sins. That is because the Shaytan “flows through the son of Adam like blood as the Prophet (Peace be upon him) said, but fasting narrows the passages through which the Shaytan flows, so his influence grows less.

        6. Fasting trains the person to remember that Allah is always watching, so he gives up the things that he desires even though he is able to take them, because he knows that ALLAH can see him.

        7. Fasting makes the Muslim get used to doing a great deal of acts of worship, because a fasting person usually does more acts of worship than the one who does not fast.

        8. These are some of the reasons why fasting is enjoined. We ask ALLAH to help us to achieve them and to worship Him properly.

WALLAHU’ALAM

NIAT PUASA

2 Aug
عَنْ حَفْصَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَمْ يُبَيِّتْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ.
  
رواه الترمذي وغيره 

Maksudnya : Dari Hafsah, Ummul Mukminin r.a., katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak berniat pada malam hari sebelum terbit fajar (untuk berpuasa pada hari esoknya) maka ia tidak dikira berpuasa” (Riwayat Tirmizi dan lain lainnya)

HURAIAN HADIS :

        1. Niat merupakan perkara penting dalam melakukan ibadah. Pahala yang kita perolehi adalah berdasarkan apa yang kita niatkan. Jika baik niat kita, baiklah yang kita akan dapat. Begitulah sebaliknya. Puasa wajib memerlukan niat dan hendaklah kita berniat di malam hari, sebelum terbit fajar.

        2. Niat di dalam melakukan ibadah adalah perkara yang harus dititikberatkan, kerana ianya adalah pembeza segala perbuatan hamba samada ianya menjadi sah, batal, wajib, sunat dan sebagainya.

        3. Jangan menjadikan segala amalan kita sia-sia, pastikan segala yang dilakukan benar mengikut hukum hakam yang sahih untuk diamalkan agar amalan kita diterima oleh ALLAH.

WALLAHUA’LAM.

MARHABAN YA RAMADHAN

1 Aug

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ… يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ.

(الترمذي والنسائي )

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi SAW sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan menyerulah Malaikat, katanya: “Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allahbanyakmembebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut).” (Tirmizi dan an-Nasa’i)

HURAIAN HADIS :

1) Apabila tiba bulan Ramadhan, Malaikat akan menyeru manusia yang menggunakan peluang yang baik itu dengan mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa, dan sebaliknya mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka melakukannya, sesungguhnya sangat rugi bagi mereka yang mensia-siakan Ramadhan yang datang hanya sekali dalam setahun.

2) Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati ALLAH, tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan pada bulan ini akan digandakan pahalanya.

3) Malaikat juga menerangkan tentang sifat pengampun ALLAH SWT yang membebaskan orang-orang yang berbuat berdosa. Semoga peluang yang baik dalam bulan yang mulia ini digunakan dengan sepenuhnya.
WALLAHUA’LAM.

TIDAK DISEKSA ORANG YANG BERSYUKUR

1 Jul

مَّا يَفۡعَلُ ٱللَّهُ بِعَذَابِڪُمۡ إِن شَكَرۡتُمۡ وَءَامَنتُمۡ


Firman ALLAH SWT bermaksud :
“ Apa gunanya ALLAH menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)?”.

( Surah An Nisa’)

ULASAN AYAT:

        1. Syukur tersusun daripada ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmu ialah dengan menyedari bahawa nikmat yang diterima datang dari zat ALLAH yang maha Pemberi nikmat. Keadaan ialah bagi menyatakan kegembiraan yang timbul disebabkan nikmat yang diterima. Perbuatan ialah menunaikan sesuatu dengan mempergunakan nikmat yang diterima.
        2. Sebagai hamba yang dhaif kita hendaklah mensyukuri atas segala nikmat yang telah dikurniakan, cara mensyukuri nikmat bukan semata dengan mengucapkan syukur melalui lisan, namun disertai dengan amal perbuatan, amal perbuatan yang menunjukkan rasa syukur kita dengan PATUH segala perintah dan TINGGAL larangan ALLAH.

                       3. Jika kita tidak dapat mengikuti segala yang telah disyariatkan itu adalah pembuktian bahawa kita masih lagi “ tidak tahu bersyukur kepada
                             Pemberi nikmat kepada kita” . Sesungguhnya ALLAH akan menyeksa orang-orang yang tidak bersyukur kepadaNYA.

WALLAHU’ALAM

MERENDAH DIRI

24 Jun


(ومن تواضع لله رفعه الله” (صحيح مسلم

“ Dan Barangsiapa yang merendah diri kerana ALLAH, ALLAH akan meninggikan darjatnya. “

( Riwayat Sohih Muslim )

 ULASAN AYAT:

  1. ALLAH akan meninggikan darjat orang yang merendah diri. Contoh yang paling sempurna untuk kita contohi adalah Rasulullah SAW. Nabi SAW adalah seorang yang sangat merendahkan diri, sekalipun tinggi martabat Baginda SAW. Baginda SAW mengenderai himar dengan berlapikkan selember kain dan kadang-kadang dengan membawa orang lain. Baginda SAW suka menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan orang ramai, menjahit kasut, menampal baju dan membantu kerja-kerja kekeluargaan di rumah.
  2. Sikap Rasulullah SAW  apabila berjalan melalui tempat kanak-kanak, Baginda SAW akan memberikan salam. Jika duduk-duduk dengan para sahabat, Baginda bercampur dengan semua orang tidak mengira sesiapa, seolah-olah mereka adalah sahabat-sahabat Baginda SAW, sehingga bila orang asing datang untuk menemui Baginda, mereka sukar membezakan lalu terpaksa bertanya siapakah diantara mereka itu Rasulullah SAW.
  3. Apabila Rasulullah SAW datang ke suatu pertemuan, jika orang bercakap hal akhirat, Baginda akan menyertai, jika mereka bercakap berkenaan hal makan dan minum Baginda SAW juga turut menyertai perbicaraan itu, sebagai tanda tawaduknya Baginda SAW. Sekalipun Baginda adalah dikalangan orang yang paling mulia dan bertaqwa di sisi ALLAH.
  4. Kadang-kadang  para sahabat menyanyikan syair dihadapan Rasulullah yang mulia, lalu bercerita juga hal semasa zaman jahiliyah, jika mereka ketawa, Rasulullah SAW juga turut tersenyum. Baginda SAW tidak pernah mencegah sahabat-sahabat dalam apa jua perbuatan melainkan dalam perkara-perkara yang haram.
  5. Begitulah sifat dan sikap Rasulullah SAW, sangat merendah diri, biarpun dirinya sangat hebat dan termulia, akhlak Baginda SAW patut dan wajib dicontohi oleh semua lapisan dan golongan. Ya ALLAH, kurniakan kami rezki dapat mengikuti percakapan, perbuatan, ibadah dan amalan soleh Rasulullah SAW dimana sahaja kami berada.

WALLAHU’ALAM

REZEKI BERKAT DENGAN BERSEDEKAH

22 Jun

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ‌ۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬ (٩٢

Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya.

(Ali Imraan : 92)

ULASAN AYAT

  1. Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kekayaan yang sempurna ialah apabila kita memperolehi keberkatan harta, keberkatan harta hanya akan diperolehi dengan cara menginfaqkan harta ( sedekah harta ). Malah lebih diberkati jika kita mengeluarkan harta yang paling kita sayangi. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
  2. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi ALLAH.
  3. Semoga ALLAH mengurniakan rezeki yang berkat dan kekal malah bertambah walaupun telah digunakan. ALLAH akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, ALLAH akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta – belanjakan harta yang ada, ALLAH akan tambahkan lagi dari sumber yang tidak disangka-sangka.
  4. Cara Untuk Mendapat Keberkatan Dari Allah
    • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh ALLAH.
    • Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh ALLAH.
    • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
    • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
    • Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). InsyALLAH akan diganti oleh ALLAH tanpa kita sedari.
    • Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana ALLAH bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri).
    • Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
    • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
    • Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92. Seperti ayat di atas.
    • Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.
    • Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi bersabda dengan mafhumnya : “ takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar.”  Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
  • WALLAHU’ALAM

  • SEGERAKAN 3 PERKARA

    21 Jun

                   ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

    Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.                                                                                                                     

    (Riwayat At-Tirmizi )

     

    ULASAN HADIS:

     

    1.    Hadis di atas menerangkan mengenai 3 perkara yang tidak boleh dilambat-lambatkan atau ditangguhkan iaitu apabila tiba waktu solat, hendaklah bersegera menunaikan solat, apabila jenazah telah siap dimandi dan dikafankan, hendaklah disegerakan pengebumiannya dan bagi wanita yang telah bertemu jodohnya, hendaklah disegerakan perkahwinannya.

    2.    Apabila bertembung antara tugasan harian dan waktu solat, hendaklah diutamakan solat tersebut. Sebagaimana kita meng’utama’kan Allah SWT didalam urusan kita, sudah pasti Allah akan meng’utama’kan kita.

    3.    Begitu juga hal yang berkaitan dengan jodoh, apabila telah sampai jodohnya, hendaklah disegerakan. Namun, bukanlah dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

    4.   Setiap perkara yang ditetap dan disaran oleh Allah SWT, sudah pasti ada hikmahnya. Justeru, tidak perlu berkira-kira, taat dan patuhlah atas saranannya. InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat.

     

    WALLAHU’ALAM

    JANGAN MEREMEHKAN PEMBERIAN ORANG

    17 Jun

    Firman ALLAH SWT bermaksud :
    “ Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, ALLAH akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

    (Surah At Taubah :79)

    ULASAN AYAT:

          1. ALLAH SWT Maha Mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. Apa yang nyata keislaman seseorang tidak diukur oleh luasnya ilmu agama yang dimiliki. Tidak juga diukur oleh kekuatan ibadah semata.

          2. Tetapi keislaman itu diukur pada orang yang paling ikhlas dalam agamanya termasuk dalam bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin yang sebenar akan sanggup menawarkan hartanya demi mempertahankan agamanya, sementara orang munafik pula akan sanggup menawarkan agamanya demi mempertahankan hartanya.

          WALLAHU’ALAM

    Mutiara Iman : AMALAN KETIKA GERHANA

    15 Jun
    AMALAN KETIKA GERHANA
    إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا

    Maksudnya:

    Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
    ( Riwayat al-Bukhari )


    ULASAN HADIS:


    Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran ALLAH yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf).

    Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

    • Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
    • Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu. Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
    • Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada ALLAH, mengerjakan solat dan bersedekah.” Memerdekakan hamba. Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

    Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

    Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. WALLAHU’ALAM