Iklan

Jom Belajar Bahasa Arab

Kini, ada cara mudah untuk mempelajari Bahasa Arab.

Bukan lagi satu penghalang bagi anda untuk mempelajari Bahasa Arab, tidak kira apa saja profesion anda. Ia boleh dipelajari di rumah, di pejabat, di sekolah, di serata tempat atau di mana-mana sahaja anda berada.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak untuk pergi ke kelas-kelas semata-mata untuk mendapatkan ilmu yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini.

border

Kursus Meneroka Rahsia Diri

zikir2

Dalam kehidupan, manusia menghadapi pelbagai masalah yang datang dalam pelbagai bentuk. Masalah menimbulkan banyak konflik; Konflik diri, rumahtangga, organisasi, masyarakat dan sebagainya. Namun, manusia tidak boleh lari dari masalah kerana dunia ini sememangnya tempat ujian.

Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang tidaklah menurunkan hambaNya ke dunia ini tanpa diberikan persediaan. Malah hamba itu dilengkapkan dengan pelbagai kelebihan. Ia perlu berusaha dan berikhtiar untuk membina kehidupan yang terbaik, namun perlu pula redha atas apa sahaja takdir Allah ke atasnya. Ujian bukanlah ‘musuh’ tetapi suatu kaedah tarbiyah (didikan) daripada Allah untuk meningkatkan jiwa dan pemikirannya. Soalnya, bagaimana persepsi seseorang terhadap setiap masalah yang mendatanginya? Jika tersilap pandang, maka ia akan sukar menerima keadaan tersebut dan akibatnya ia tertekan (stress), yang akhirnya menimbulkan pelbagai mudarat terutamanya dari sudut kesihatan. Menurut kajian, 70 % punca penyakit adalah disebabkan stress.

Kegagalan menangani hal ini secara berkesan bukan sahaja membawa kerugian pada individu seperti hilang ketenangan, kebahagiaan hidup, kesihatan terganggu, lemah daya fikir, kemurungan dan sebagainya, malah turut memberi kerugian terhadap organisasi seperti penurunan produktiviti dan mutu kerja, masalah disiplin, sifat amanah, keharmonian organisasi dan sebagainya.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a comment