Archive | January, 2009

Beberapa Fakta Pembentukan Generasi Yahudi

30 Jan

yahudi20parlemen1

Disebalik Musibah

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda  lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir

Universiti Massachuset

USA.

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani  housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan  ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

 Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

 Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan    membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

 Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

 Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)  Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

 Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya  jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)

 Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

 

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!!  dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau  sebesar Manhattan!!

 Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!!  dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia?  Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya  memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!      

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia  yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

 

Dr. Stephen Carr Leon 

Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan  yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana ???

Maruah Islam yg tidak dibela- bacalah dengan HATI

23 Jan

jihad

Masanya sudah tiba untuk kita bangun drpd tidur yg panjang! Cukuplah kezaliman dan penghinaan yang dilakukan ke atas umat  Islam.Cukuplah maruah dan harga diri kita diragut secara rakus oleh musuh-musuh Islam. Saban hari,darah saudara-saudara kita tumpah ke bumi baik lelaki ,wanita,dan kanak-kanak . Nyawa mereka menjadi terlalu murah. Mereka mati dlm keadaan yang perit,pedih dan tersiksa kerana pembelaan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

            Lihatlah penderitaan dan perjuangan saudara kita di Palestin, Iraq, Afghanistan ,Chechnya, Kasymir dan di lain-lain tempat.Musuh-musuh Islam menyerang dan membunuh mereka dari segenap penjuru.Tetapi lihatlah semangat dan keberanian mereka.Walaupun tanpa kelengkapan dan persenjataan yang sempurna,mereka tetap bangun melawan,diri mereka dijadikan perisai demi mempertahankan Islam dan maruah diri.

            Peristiwa yang mengerikan ini bukanlah suatu cacatan sejarah silam atau cerita novel.Ia berlaku di zaman kita,di depan mata kita,ketika kita masih hidup lagi! Tetapi,kita hanya melihat dan berpeluk tubuh! Alangkah besarnya dosa kita kerana kita membiarkan saudara kita dianiaya dan diperlakukan sedemikian rupa.Malah kita bersenang-lenang,sibuk dengan dunia sendiri dan sibuk memuaskan keinginan nafsu dan isi perut.Sedangkan kita seharusnya turut merasai penderitan mereka dan melakukan apa saja dan terdaya untuk membela maruah umat Islam.

Sabda Rasulullah saw:

Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling kasih sayang,cinta-mencintai dan kasih-mengasihi ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit,maka bahagian anggota lain juga merasa sakit dan tidak dapat tidur malam (kerana sama-sama menanggung kesakitan).”                                                      (Bukhari dan Muslim)

            Malang sekali, dikebanyakkan negara umat Islam, yg kaya raya dan mewah, yg pemerintahannya terdiri drpd kalangan yg mengaku beragama Islam, mereka tidak melakukan apa-apa dan lebih malang lagi menyokong dan bersekongkol dengan mereka yg memerangi umat Islam. Ini berlaku kerana mereka sendiri adalah manusia yg tidak ada maruah dan nilai Islam dalam diri. Apalah yg boleh diharapkan daripada orang-orang yg mabuk dengan dunia, menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya, menjadikan negara Kafir sebagai kiblat dan tempat punca rezeki negara dan langsung tidak ada kesedaran untuk menegakkan, meninggikan dan mempertahankan kesucian agama Allah. Malah, mereka menjadi alat kepada pihak kuffar untuk menjayakan agenda mereka, untuk menjahanamkan dan menghancurkan Islam dan umatnya. Mereka ini adalah dikategorikan oleh Allah sebagai orang fasiq, zalim dan munafik.

            Lihatlah dunia disekeliling kita hari ini. Kemungkaran dan kezaliman semakin berleluasa. Kemungkaran paling besar ialah tidak melaksanakan syariat Allah dan menyembah berhala-berhala moden seperti kebendaan,menguna pakai undang-undang ciptaan manusia, pangkat, kemasyhuran, kehendak nafsu dan syaitan.Ini adalah syirik yg perlu diperangi dan ditentang habis-habisan kerana ia akan meragut dan membahayakan iman umat Islam.

            Dalam masa yg sama, manusia-manusia yg sombong dan angkuh ini, tidak pernah mahu mengambil iktibar daripada peringatan dan ancaman Allah. Walau pun gempa bumi menggegar dan menelan beribu-ribu malah berbelas-belas ribu manusia, dan ribut taufan memusnahkan segala apa yg dibina,penyakit yg pelik-pelik timbul sejak akhir-akhir ini, tetapi mereka masih engkar dan takabur. Bahkan, mereka masih berani melanggar hukum Allah secara terang dan nyata, menghinanya, menghina sunnah Rasulullah saw, para ulama’ yg soleh dan para da’ie yg mengajak manusia kembali kpd Allah. Malah merekalah yg bersungguh-sungguh mengadakan program-program mungkar, mempertahan dan membela para pendokong kemungkaran.

            Lihatlah kesannya kpd masyarakat. Gejala kerosakan akhlak, hedonisme(keseronokan dan hiburan), krisis aqidah, Black Metal dan sebagainya turut berlaku. Kononnya  mereka menyeru kepada kemajuan, kemodenan dan kecemerlangan hidup, sebaliknya apa yang berlaku adalah amat menyedihkan.

            Apa erti kemajuan jika dimurkai Allah? Disebabkan sikap hipokrit dan kejahilan mereka itulah, orang–orang  bukan Islam semakin berani untuk menghina Islam. “Jika mengamalkan Islam dalam negara, bermakna memusing jarum jam kebelakang. Islam bukan agama kemajuan.” Jangan hairan perkataan biadap ini telah dikeluarkan oleh orang bukan Islam secara terang dan nyata dihadapan umat Islam. Di mana maruah dan harga diri umat Islam? Di mana kekuatan mereka? Mengapa Allah membiarkan mereka dilanyak dan dihina musuh?

            Sedarlah wahai umat Islam! Jangan biarkan musuh-musuh Islam terus meratah dan membakar tubuh saudara Islam kita hidup-hidup. Jangan biarkan mereka terus menghina dan memijak-mijak kemuliaan dan ketinggian Islam. “ Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” Sesungguhnya hanya amal jihad yg dapat membebaskan ummah dari segala kemelut ini.

            Firman Allah swt yg bermaksud;

Orang-orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. Tuhan menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripadaNya, keredhaan dan syurga, mereka memperolehi di dalamnya kesenangan yg kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yg besar.” (at-Taubah :20-22)

            Jika kita takutkan Allah dan beriman dengan hari akhirat, kita harus menggembelingkan seluruh kekuatan, pemikiran, tenaga, harta bahkan titisan darah untuk membela agama Allah. Jangan kita takut dan gentar kepada apapun di dunia ini kerana kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dan bahagia yg hakiki lagi abadi. Apakah kita takut ancaman manusia lebih dari ancaman Allah? Apakah akibatnya nanti jika kita meninggalkan amal jihad, mendiamkan diri apabila agama Allah dan nabi dipermainkan? Bagaimana kita mahu mengaku umat Nabi saw jika kita tidak bangun mempertahankannya? Sedangkan para sahabat sanggup menjadikan belakang mereka sebagai perisai untuk mempertahankan Nabi saw daripada anak panah musuh terus menusuk ke tubuhnya.Kita mempunyai cita-cita besar(masuk syurga) tetapi tidak diikuti dengan usaha sedaya-upaya untuk mencapainya adalah tanda-tanda orang yg tidak mahu mencapai ketinggian.

Firman Allah swt yg bermaksud:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada lagi fitnah dan ( sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka.” (al-Baqarah: 193)

 Asy-Syahid Dr. Abdullah Azzam dalam wasiatnya pernah berkata :

“Wahai kamu umat Islam! Kamu telah tidur begitu lama, cukup lama untuk pemerintah zalim menguasai kamu. Kamu rela hidup sebagai hamba dan menundukkan diri kpd mereka. Kini, masanya telah tiba untuk bangkit dan menghancurkan rantai-rantai perhambaan. Jihad itulah hidupmu, maruahmu dan kewujudanmu bergantung padanya (dengan kuasa Allah).”

“Wahai kamu, pendakwah Islam! Kamu tiada nilai dibawah mentari melainkan kamu berjihad dan menghancurkan pemimpin zalim, kuasa kuffar dan mereka yg bersalah. Carilah kematian dan kamu akan diberi ganjaran kehidupan.Jangan sekali-kali tertipu dengan syaitan atau dengan impian palsu. Jangan sesekali menipu dirimu dengan kitab-kitab yang kamu baca atau amalan-amalan tambahan yang kamu lakukan. Jangan sekali-kali menyibukkan dirimu dengan tugas-tugas mudah dan meninggalkan penyelesaian yg susah (jihad).”

Akhirnya renungilah pesanan Saidina Umar al-Khattab ra kepada Panglima Saad bin Waqaas:

“Adapun sesudah itu, maka aku wasiatkan kepadamu dan kepada orang-orang yg bersamamu dari para tentera(pejuang), agar bertaqwa kpd Allah swt kerana bertaqwa kpd Allah itu persiapan yg utama untuk menghadapi musuh Allah dan ‘strategi terkuat’ dalam peperangan. Dan aku perintahkan kepadamu dan pejuang yg bersamamu agar lebih menjaga diri dari maksiat daripada musuh kamu, kerana dosa pejuang itu lebih menakutkan daripada musuh kamu. Dan sesungguhnya kaum muslimin itu menang kerana kemaksiatan musuh mereka terhadap Allah. Seandainya bukan kerana itu maka kita; tidak mempunyai kekuatan untuk mengalahkan mereka seperti jumlah dan kelengkapan mereka. Apabila kita sama dengan mereka dalam maksiat maka mereka mempunyai kelebihan atas kita dalam hal kekuatan. Maka bila kita tidak dapat memenangi mereka dengan keutamaan kita, maka kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.”

            Hidupkanlah jiwa dengan perasaan cinta untuk mencapai kemuliaan hidup atau mati syahid. Kuatkan iman dan amal, buangkan perasaan cinta kpd dunia, maralah ke hadapan dengan keberanian dan tawakkal kpd Allah. Janji Allah pasti benar. Jangan ragu!

Regards,

Mohd Hisham Ghazali (Ikhwan KIDI)

 

Doa Qunut Nazilah

17 Jan

palestinealways2_sk1


اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Bebaskan Palestin!

Jumpa Saya di Facebook

17 Jan

fb

Saya telah menyertai banyak ruangan sosial di alam maya seperti Frindster, Tagged dsb. Terkini saya telah menyertai ruangan Facebook. Antara kesemuanya, FB telah memberikan saya satu kepuasan yang berlainan dengan ruamgan sosial yang lain. Saya telah merasakan manfaatnya dan ianya juga amat memudahkan saya untuk menjejaki teman-teman lama satu ketika dahulu samaada teman sekampung, sekolah dan juga seuniversiti.

Jaringan masa menjadi semakin singkat dengan adanya teknologi-teknologi seperti ini pada zaman era IT. Sepatutnya, cabaran Islam juga semakin dilihat bergerak pantas yang mana ianya saling pintas memintas diantara teknologi dan tuntutan Iman, Islam dan Akhlak.

Sebenarnya, ruangan sosial di internet menjadi satu “tool” dan medium yang boleh digunakan pakai untuk memberikan satu anjakan kepada Islam dalam erti kehidupan kita. Faktor menerima dan memberi menjadi satu aktiviti yang rancak. Saya umpamakan situasi ini sebagai medan dakwah dan tarbiyah tanpa sempadan ( masa/tempat/ dan waktu). Tinggal lagi mana kita perlu meletakkan satu kod etika pada diri sendiri dalam memanipulasikan teknologi yang ada. Faktor kebersamaan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan perlu dirasakan agar, aktiviti-aktiviti kita tidak tersasar dari yang sepatutnya.

Sila “add” kan saya sebagai sahabat anda di facebook : csm_mrazani@yahoo.com

Ahlan Ya Sanah Jadidah 1430h/2009

9 Jan

Selamat tahun baru untuk semua. Rasanya masih belum terlambat untuk mengungkapkannya memandangkan peralihan tahun baru sahaja bermula. Saya sendiri menjadi agak renggang dengan dunia penulisan blog untuk masa-masa mutaakhir ini. Apa pun, saya tetap dan masih disini untuk bersama sahabat-sahabat maya sekelian bagi mengutip mutiara-mutiara hikmah yang segar dan mewangi. Biarlah sedikit tetapi istiqamah. Persoalan istiqamah adakalanya menjadikan laman blog ini agak suram, seolah-olah saya sendiri menjadi ketandusan “energy” untuk mengungkap ayat-demi ayat. Mungkin kesuraman ini perlu disirami dan dibajai dengan ruh insani yang sentiasa gagah dengan maarifat Ilahiyah yang suci.

Bumi Palestin Berdarah Kembali

Tiada apa yang lebih memilukan untuk menyambut kedatangan Muharam melainkan meratapi pembantaian secara rakus oleh regim yahudi laknatullah keatas umat Islam Palestin. Luka dan duka mereka adalah luka dan duka kita jua. Walaupun tidak atas nama keagamaan, keegoan negara Israel telah melampaui norma-norma peradaban kemanusian moden yang tidak dapat dimaafkan.

Saya hanya mampu mengeluh dan menangisi nasib mereka. Jiwa merasa tidak tenteram kerana takut nanti diakhirat kelak, persoalan ini akan dibangkitkan kepada saya kerana saya hanya mampu melihatnya tanpa mampu untuk membuat sesuatu untuk menggerak seluruh jasad ini ke medan itu bersama mereka. Ampunkanlah dosa-dosa ini tuhanku. Aku  hanya mampu berdoa dan memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk mereka. Semoga warga Palestin akan sentiasa di rahmati dan di lindungi oleh Allah.

Azam Tahun Baru

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kekuatan demi kekuatan untuk mengharungi detik-detik kehidupan yang lalu sehingga saya dapat melalui hari ini dengan seadanya. Pun begitu masih banyak lompong-lompong kecacatan perlu diperbaiki dan diperkemaskan agar kejahilan-kejahilan silam dapat diatasi.

Azam adalah niat. Dalam ilmu pengurusan moden ianya disebut sebagai objektif ataupun matlamat. Sesuatu organisasi perlu meletakkan objektif,misi dan misi untuk menggerakkan halatujunya. Tanpa ini semua, organisasi yang bergerak akan menjadi organisasi yang caca merba.

Begitu jualah diri kita ini yang perlu diorganisasikan dengan sebaiknya dengan meletakan azam/matlamat/misi/visi yang jelas agar haluan perjalanan hidup tidak tersasar dan menjadi lebih bermakna.

Tidak perlulah untuk saya menceritakan apakah azam baru saya untuk tahun kehadapan ini, tetapi cukuplah untuk saya berkongsikan dengan sahabat sekelian bahawa saya telah meletakkan dua jenis azam. Azam tersebut ialah azam untuk matlamat pembangunan fizikal/material dan juga azam untuk matlamat pembangunan spiritual/kerohanian.

Isyarat Awal Menjadi Ayah

Saya memanjatkan kesyukuran berganda untuk perkhabaran gembira ini. Zaujah saya telah disahkan mengandung untuk anak kami yang pertama. Penantian selama 3 tahun perkahwinan akhirnya termakbul jua.

Ini bermakna, saya perlu menggandakan persediaan dari segala aspek seperti kewangan, emosi dan lainnya. Apa yang lebih utama adalah factor kesihatan saya dan juga zaujah. Allah lebih mengerti dan memahami apa yang telah dan akan dikurniakan untuk hamba-hambanya. Semoga tahun 2009/1430 yang baru mendatang ini akan memberikan lebih makna dan nilai dalam pengembaraan kehidupan seterusnya.MR.