Archive | Keluarga Muslim RSS feed for this section

Pertemuan Hari Keluarga

7 Jul

Kami berhimpun kembali dalam suasana kekeluargaan yang meriah. Hampir 95 % ahli keluarga dari adik beradik sebelah emak dapat berkumpul untuk sama-sama menjayakan hari keluarga dan sekaligus meraikan bapa-bapa yang ada bersempena dengan sambutan Hari Bapa yang baru berlalu. Lokasi yang dipilih juga amat strategik kerana hanya berlegar di sekitar halaman rumah nenda di kampung. 

Aturcara program ialah jamuan makan dan Atuk Sairan telah menaja seekor kambing untuk di panggang pada hari tersebut. Program silaturrahim ini bagi saya amat istimewa kerana kami jarang-jarang berkumpul dalam satu majlis bertema seperti ini. 

Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan acara permainan yang cukup menarik. Kami daripada generasi anak-anak dan cucu-cucu mungkin telah biasa menghadiri mana-mana hari keluarga anjuran persatuan universiti, syarikat tempat bekerja dan lain-lain. Namun pada kali ini, kemeriahan ini saya rasakan istimewa kerana, penglibatan emak-emak dan bapa-bapa amat memberangsangkan. Sepetang itu sahaja, laman rumah nenda menjadi riuh rendah dengan hiruk pikuk anak cucu beramah mesra dan bermain. Seakan-akan majlis ini mengimbau kembali ingatan saya pada zaman kanak-kanak dengan bermain berkejaran, baling selipar, polis entry dan sebagainya.   

Selamat Hari Bapa untuk atuk. Kami anak cucu mendoakan agar atuk dikurniakan kesihatan yang baik. Terus istiqamah dalam beramal dan terus membimbing kami agar terus terpandu dengan nasihat – nasihat dan bimbingan yang berguna. 

Bagi saya, atuk adalah sebahagian insan yang istimewa kerana beliaulah guru pertama saya dalam kelas pengajian Al- Quran. Pengalaman saya mengaji Al Quran dengan beliau cukup perit ketika itu kerana terpaksa mengkhatamkan “Muqaddam” berkali-kali sebelum boleh dibenarkan untuk membaca mushaf Al Quran.

Saya dapat menamatkan pengajian Al Quran sebanyak 30 juzuk semasa di tingkatan satu. Pengajian Al Quran yang berterusan sebanyak selembar mukasurat untuk setiap malam menjadi satu disiplin yang wajib sebelum dibenarkan untuk mengulangkaji matapelajaran yang lain.

Mencari Damai Dan Tenang Dalam Rumahtangga

3 May

Pasangan Perlu Kreatif

 

Satu kajian telah dilakukan oleh para sarjana kearah rumahtangga yang bahagia dan akhirnya mereka telah merumuskan empat faktor yang perlu ada untuk membawa kejayaan kepada cita-cita tersebut, iaitu :

 

  1. Faktor-faktor yang berhubung dengan penampilan peribadi, hati nurani dan hubungan timbal-balik diantara anggota keluarga. Faktor ini adalah faktor utama.
  2. Faktor yang berhubung dengan ekonomi keluarga termasuk penghasilan yang memadai, kebolehan menangani urusan rumahtangga dan adanya aduan khusus tentang belanjawan rumahtangga.
  3. Faktor lain di dalam rumahtangga termasuk teladan suami ister, pandangan, sikap serta pendidikan mereka tentang akhlak dan agama.
  4. Faktor kemasyarakatan iaitu hubungan keluarga dengan lingkungan luar termasuk tatacara penggunaan dan peraturan waktu lapang, hiburan, istirehat dan lain-lain.

 

Ada beberapa perkara yang perlu ada di dalam komunikasi anatar suami dengan isteri untuk mencapai kebahagiaan, antaranya ialah :

 

KETAQWAAN

Taqwa merupakan kominikasi atau hubungan kebatinan yang tinggi dan suci. Hati mereka bersatu dialam yang penuh dengan kenikmatan dan diikat oleh Allah SWT. Allah menjadi pemelihara hubungan mereka dan malaikat sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. Ia adalah kunci agar kebahagiaan rumahtangga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

 

Orang yang bertaqwa tidak berubah layanannya, samaada suami kepada isteri atau isteri kepada suami, kerana ketaqwaan mengikat mereka dengan arahan Allah. Allah menyuruh suami menyayangi isteri dan bergaul dengan baik sampai bila-bila. Begitu juga sikap isteri terhadap suami. Ini adalah prinsip di dalam Islam. Teknik bermanja dan bergaul terpulang kepada kreativiti pasangan tersebut. Pokoknya, bergaul dan mengekalkan kebahagiaan adalah amanah Allah yang perlu dilaksanakan untuk melayakkan mereka menjadi penghuni syurga.

 

CINTAKAN AKHIRAT

Firman Allah :

“Dan janganlah engkau tujukan pandangan engkau kepada kesengangan yang Kami berikan kepada beberap golongan di antara mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, kerana Kami hendak menguji mereka dengan itu…..” (Thoha : 131)

Kecintaan kepada akhirat boleh melahirkan sifat yang unik di dalam pergaulan. Perkahwinan adalah tempat mendapatkan berkat, bukan tempat mencari kebendaan, kerana kebendaan hanyalah alat untuk menjadikan mereka beroleh keuntungan di akhirat. Lahirlah sifat suka berlumba di dalam melakukan kebaikan antara kedua pihak dan mengelakkan sengketa agar hidup mereka sentiasa eroleh pahala dan berkat. Hati yang mengingati akhirat ialah hati yang bebas dari tawanan material dan sekelilingnya. Mereka akan menjadi manusia yang tenang dan sabar di dalam melayari bahtera rumahtangga.

 

Manusia yang hidup dibelenggu kebendaan dan menjadikan suasana sekelilingnya sebagai prinsip dan neraca dalam kehidupan akan merasai pendertitaan dan kesusahan. Hatinya gelisah dan bimbang apabila memikirkan kehidupan dunia yang penuh mencabar. Hatinya tidak tenteram bila melihat sekeliling, manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup. Ingin sekali dia beroleh segala apa yang dimiliki oleh orang lain, malah lebih lagi.

 

Akibatnya, topik yang sering dibincangkan antara keduanya ialah bagaimana mahu menjadi kaya, senang dan mewah sebagaimana orang lain. Isteri selalu mengajukan soalan yang membeban dan menekan suami.

“Bila lagi nak beli kereta,…bang…beli, beli ini…?”, …..dan pelbagai lagi.

 

Jika suami seorang yang lemah, ia akan melayan karenah isteri malah kekadang, ia pula lebih yang lebih dari isterinya. Kata seorang ahli hikmah :

 

“ Barang siapa yang mencari dunia, dunia lari daripadanya, dan barang siapa yang mencari akhirat, dunia akan mendatanginya.”

 

KASIH SAYANG

Kasih sayang antara suami isteri perlu diperlihatkan dalam bentuk tindakan dan ucapan, bukannya bentuk yang kaku. Hatinya sayang, tetapi tidak mahu menunjukkan kepada isteri kerana bimbang isteri akan naik kepala. Ini adalah prinsip yang bertentangan dengan kehendak Allah dan sunnah Rasulullah. Rasulullah sendiri melahirkan kasih sayang pada isterinya didalam bentuk ungkapan dan perbuatan. Baginda memanggil isterinya dengan panggilan yang manja, umpamanya memanggil Aisyah dengan nama “Humairah”, dan di antara sebab Nabi sentiasa bersugi ialah kerana Baginda suka mencium isterinya.

 

Ummu Salamah r.a berkata :

 

“Rasulullah mencium salah seorang isterinya ketika hendak melakukan solat.”

 

Suami atau isteri perlu melahirkan ungkapan yang menggambarkan kasih sayang dengan panggilan yang amnja antara kedunay. Ada kes dimana seorang isteri enggan memanggil suaminya ‘abang’, mungkin disebabkan faktor usia dan sebagainya. Tetapi faktor ini bukanlah faktor yang boleh dijadikan alasan kerana malu yang tidak syarie adalah daripada syaitan. Suami atau isteri perlu bermujahadah melawan sifat ego dan malu mereka kerana Allah mencintai suami isteri yang berkasih sayang.

 

Lakukanlah kerana Allah. Jika isteri enggan, suamilah yang perlu memulakan dengan secara tidak serius, didalam keadaan gurau senda. Begitu juga didalam perbuatan, perlihatkanlah kemanjaan atau belaian. Sentuhan manja antara kedua pihak di dalam keadaan sentuhan bukan bertujuan melakukan hubungan kelamin adalah sentuhan yang memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak.

 

Begitu juga bila tiba hari ulangtahun perkahwinan, sambutlah ia dengan mengadakan acara tersendiri seolah-olah sentiasa memperbaharui hubungan antara keduanya. Yang penting, masing-masing perlu merasai betapa diri disayangi dan dihargai serta mereka saling memerlukan di antara satu sama lain.

 

Pemimpin Rumahtangga:Ganjaran 70 Tahun Pahala

3 May

Perkahwinan yang bahagia dan aman damai adalah cita-cita dan  idaman setiap pasangan. Untuk mencapai kebahagiaan, setiap pasangan perlulah mengikut jalan-jalan yang telah pun ditunjukkan oleh Allah dan Rasul. Sekiranya masing-masing dapat menjalankan setiap tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah itu dengan baik dan sempurna, mereka akan berjaya didalam melayari bahtera perkahwinan.

Namun, di antara tanggungjawab-tanggungjawab itu, ada yang berat dan ada yang ringan. Cuma pasangan yang terdidik dengan ajaran Islam akan mudah melaksanakan tanggungjawab yang berat itu.

Ibnu Abbas berkata :

“Berilah pengertian kepada mereka (isteri dan anak-anak) dan pelajaran akhlak yang bagus kepada mereka.”

Menjadi pemimpin kepada keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda :

“Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinanya. Seorang imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.”

Mengajar ilmu yang wajib( fardhu ain)

Yang dikatakan ilmu fardhu ain adalah :

  • Ilmu Tauhid – MengEsakan Allah Taala, yang dengannya dapat diketahui Dzat dan Sifat-Sifat-Nya.
  • Ilmu Feqah – Mengetahui cara-cara beribadah, halal dan haram, bersuci dan sebagainya.
  • Ilmu Tasauf – Mengenal hal ehwal hati, sifat-sifat mazmumah dan mahmudah, dan sebagainya.


Sekiranya suami tidak mampu mengajar ilmu fardhu ain, hendaklah dia menyuruh isterinya belajar dari guru.

Rasulullah SAW bersabda :

“Kewajipan seorang suami ialah menyediakan makanan, pakaian, tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokannya dan tidak meninggalkannya kecuali pada tempat tidur (sewaktu isteri menderhaka).”


Menyediakan makan minum, tempat tinggal dan pakaian dari sumber yang halal.

Kata ulama :

“ Sekali suami membeli pakaian yang dapat menggembirakan isterinya dari sumber yang halal, Allah memberi ganjaran pahala kepadanya selama 70 tahun”.

Memberi nafkah zahir dan batin

Memberinya mengikut kadar keperluan masing-masing dengan secukupnya. Sekiranya nafkah ini mencukupi dan sempurna, kedua-dua pasangan akan merasa tenang dan nikmat rumahtangga.

Rasulullah bersabda :

“Sesungguhnya apabila seorang lelaki bersetubuh dengan isterinya, baginya dicatat pahala (kerana persetubuhan itu) seperti pahala anak lelaki yang mati syahid dalam medan peperangan menegakkan agama Allah.”

Memberi nasihat dan teguran

Memberikan nasihat dan teguran jika mereka (isteri dan anak-anak) melakukan maksiat dan kesalahan. Nasihat yang diberikan itu hendaklah dengan hikmah, lemah lembut dan baik.

Allah berfirman :

“Dan mereka sekalian (isteri-isteri) telah mengambil suatu perjanjian yang berat daripada kamu.” (An-Nisa’:20)

“Pergaulilah mereka dengan cara yang baik.: (An-Nisa’: 183)